Header Ads

ads header

Flash News

RON95 RM1.30 seliter murah daripada air mineral


Harga runcit petrol RON95, RON97 dan harga diesel terus menyaksikan penurunan.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 4 April 2020 sehingga 10 April 2020 adalah ditetapkan seperti berikut:

(i) harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 8 sen seliter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.60 seliter;

(ii) harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 8 sen seliter iaitu daripada RM1.38 seliter kepada RM1.30 seliter; dan

(iii) harga runcit diesel turun sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.58 seliter.

"Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik Covid-19."Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Minyak turun lebih rendah dari ph lagi (dalam manifesto bukan kitab suci) . Nampak gaya semakin meroyan lah geng PH ni ye.

    BalasPadam