Header Ads

ads header

Flash News

Runtuhan Gereja St.Paul itu asalnya tapak Istana Kesultanan Melayu dan Masjid Agung Melaka



Saya percaya bahawa kebanyakan kita yang pergi bercuti dan melancong ke Bandaraya Bersejarah Kota Melaka sekarang ini dan gah berselfie serta berposing sakan di atas runtuhan Gereja St.Paul dan persekitarannya TIDAK SEDAR bahawa ditempat kita berdiri itulah TAPAK ASAL ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA dan MASJID AGUNG yang dihancur-musnahkan oleh para penjajah Portugis dahulu pada tahun 1511!




Kompleks Istana Kesultanan Melayu Melaka yang termasyhur itu di hancurkan oleh para penjajah Portugis termasuklah Masjid Agung Empayar Kesultanan Melayu Melaka dan batu batu Istana Melaka serta Masjid Agung tu di gunakan penjajah untuk membina Gereja St.Paul mereka di tempat bersejarah Empayar Kesultanan Melayu Melaka terdiri sebegitu lama dahulu!

Hari ini, berpusu pusu (sebelum terjadinya wabak Covid-19) kita rakyat Malaysia dan para pelancung dari seluruh dunia beriya-iya ke Melaka dan bergambar di hadapan bangunan Stadhuys [pusat pentadbiran Penjajah Belanda] dan juga di runtuhan Gereja St.Paul [peninggalan penjajah Portugis] tanpa sedar bahawa TIADA SATU PUN PENINGGALAN BANGUNAN BERSEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA DI TINGGALKAN PENJAJAH KE HARI INI!!!

Mana dia para pejuang Bangsa Melayu serta Kerabat-kerabat Di-Raja Kesultanan Melayu yang mengaku sebagai pewaris Empayar Kesultanan Melayu Melaka dahulu?

Apa dia? Sudah tak ada? Kita kini di era zaman Sains dan Teknologi kurun ke 21???

Hello brader!

Janganlah ba alif ngang sangat sampai tidak tahu menghargai Warisan Melayu zaman berzaman!

Apa dia??? Malu mengaku sebagai Melayu???

Hello Syeh!

Tahu ke tidak bahawa Ketamadunan Melayu itu adalah yang tertua di rantau Asia Tenggara ini???



Tonton video di atas dan hadam ertikata bahawa Ketamadunan Melayu Kedah Tua di Sungai Batu adalah berusia 788 Tahun Sebelum Masehi!!!


Kita perlu sedar bahawa kita sedang berhadapan dengan realiti akan kewujudan Ketamadunan Melayu Kedah Tua yang kesan kesan peninggalan kerja kerja melebur besi tercanggih di zaman dahulu di jumpai pasukan arkaeologi dari Pusat Penyelidikan Arkaeologi Global [PPAG], Universiti Sains Malaysia yang diketuai Pengarah PPAG Professor Dato’ Dr. Mokhtar Saidin pada tahun 2009.


Relau peleburan besi yang di ketemui di tapak arkaeologi Sg Batu, Tamadun Kedah Tua


Professor Dato Dr Mokhtar Saidin di tapak arkaeologi Tamadun Kedah Tua Sg.Batu





Relau relau peleburan besi berteknologi tinggi
Pakar pakar arkaeologi dari serata dunia hadir ke tapak penggalian arkaeologi Sg Batu, Kedah untuk melihat sendiri dan mengesahkan bukti bukti penemuan relau-relau peleburan besi dari Ketamadunan Kedah Tua yang berusia lebih dari 788 tahun sebelum Masehi.

Segala bukti menunjukkan bahawa Ketamadunan Melayu itu adalah ketamadunan manusia yang tertua di Nusantara dan orang orang Melayu tidak perlu berasa malu berketurunan Melayu. Kemuncak ketamadunan Melayu boleh dikatakan berlaku semasa zaman kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka namun bilamana berlakunya peristiwa penaklukan Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke 15 pada tahun 1511 oleh penjajah Portugis yang mempunyai misi menyekat kegemilangan Melaka sebagai pusat ketamadunan Islam di rantau Asia ini, sejarah kewujudan Istana Kesultanan Melayu Melaka dipadamkan dari lipatan sejarah oleh para penjajah Barat yang mahukan pengaruh Kristian mengambil alih identiti ketamadunan Melayu Melaka yang berteraskan Islam!

Lihatlah gambaran rupa sebenar Istana Kesultanan Melaka yang begitu gah gemilang sebelum di hancur luluhkan oleh penjajah Portugis!



Istana sebenar merupakan bangunan yang mempunyai 7 tingkat! Bukannya sebagaimana dibina replika Istana Kesultanan Melayu Melaka seperti yang ada di Melaka sekarang.



Ini terbukti dengan merujuk kepada illustrasi asal dari perkongsian orang orang Barat yang menulis tentang penaklukan Melaka oleh pejuang pejuang Salib Kristian Portugis di dalam penerbitan penerbitan mereka. Turut di gambarkan oleh para pengkaji sejarah menurut catatan para penulis Barat yang menggambarkan keadaan pelabuhan dan kota Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka.







Soalan saya adalah, kenapa pihak Kerajaan Malaysia sejak Merdeka tidak pernah berusaha untuk membina semula Istana Kesultanan Melayu Melaka di tempat asalnya?

Kenapakah dibiarkan Melaka terus dijajah dengan kehadiran runtuhan Gereja St.Paul di bukit yang dinamakan Bukit St.Paul dan tidak dikembalikan nama asal bukit tersebut serta di biarkan sahaja segala kesan kesan penjajahan Portugis dan Belanda menjadi mercu tanda Bandaraya Melaka yang penuh bersejarah?

Bangga ya?

Apa maknanya berkerajaan Kesultanan Melayu sedangkan monumen monumen bekas penjajah Portugis dan Belanda yang terus di agung agungkan!



MR :  Satu pendedahan yang perlu diperluaskan lagi dengan kajian ilmiah yang berterusan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Maaf bertanya tuan. Muat ke keluasan tapak puncak bukit St Paul tersebut untuk menempatkan istana dan masjid agung Melaka?

    BalasPadam
  2. Aku dari dulu tak setuju peninggalan penjajah dibiarkan..apa bangga ke kene jajah?sepatutnya bila merdeka,semua tinggalan yg berkaitan penjajah dihapuskan dan dibena semula tamadun dan peradaban melayu islam..itu yg patut ditonjolkan..aku rasa tiada bangsa didunia ini yg waras pamerkan peradaban bangsa yg menjajah mereka.

    BalasPadam