Header Ads

ads header

Flash News

'Sambutan ulang tahun kelahiran terindah sepanjang hayat saya' kata Dr Noor Hisham


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas ucapan sempena ulang tahun kelahiran beliau.

Beliau menyifatkan ulang tahun kelahirannya yang ke-57 kelmarin dengan iringan doa ramai rakyat Malaysia adalah ulang tahun yang akan sentiasa tersemat dalam memorinya.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyampaikan ucapan hari lahir dan doa yang sungguh bermakna. Ia sesungguhnya adalah sambutan ulang tahun kelahiran yang terindah sepanjang hayat saya.

“Terima kasih semua rakyat Malaysia dan marilah kita semua terus memerangi dan menamatkan rantaian jangkitan COVID-19. Kekal selamat dan duduk rumah,” ciap beliau malam tadi.

Ribuan netizen mengambil peluang menghantar ucapan hari lahir kepada Dr Noor Hisham yang menyambut ulang tahunnya.

Laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram dibanjiri ucapan tahniah dan doa untuk Ketua Pengarah Kesihatan itu, tokoh penting di barisan hadapan dalam perjuangan negara memerangi pandemik COVID-19.

Tanda pagar #HappyBirthdayDGHisham tular di Twitter. – BERNAMA


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan