Header Ads

ads header

Flash News

‘Saya Dah Jadi Macam Bibik Dalam Rumah Sendiri’ – Isteri Luah Rasa Kesal


Salam semua. Di musim Covid-19 ini benar-benar menguji para suami isteri yang terperuk kuarantin di rumah. Makin senang gaduh, makin senang cari pasal.

Al kisah suami saya, entah kenapa dia boleh angkut mak ayahnya dari kampung datang ke Kuala Lumpur. Di awalan perancangan saya dah beritahu,

“Jangan dibawa orang tua datang ke sini. Elok-elok dah duduk di kampung, awak bawa ke sini kang kene Covid-19 menyesal tak guna.”

Tetapi nasihat tak diendahkan. Kesudahannya saya stuck dengan mak ayah dia di rumah kami sendiri apabila RMO dikuatkuasakan. Dah macam ada RMO dalam rumah sendiri.

Saya sepatutnya work from home jadi terbantut apabila mertua saya langsung tidak membantu. Ingatkan bolehlah tolong tengokkan anak bila suami on call, eh tidak. Anak menangis pun saya yang handle.

Di dapur pun langsung tidak membantu. Handphone melekat di tangan masing-masing. Tengok apa tak tahulah.

Orang tua main Facebook, aduhaiii buruk benar perangai. Kalau tak main handphone, tengok Netflix, tak pun tidur. Maklumlah WiFi free.

Remote TV macam dah jadi milik mereka, sampaikan anak-anak saya nak tengok kartun kegemaran pun tak merasa. Sedihnya rasa macam orang asing dalam rumah sendiri.

Bila saya dah siap masak, berpeluh-peluh hidang. Laju masing-masing meluru ke meja makan. Siap tanya, “Eh hidangan ni dah dibuat tiga hari lepas”.

Allahu dalam hati saya, dah lauk itu je yang ada dalam peti. Saya masak untuk satu hari terus yakni makan tengah hari sekalilah makan malam.

Means hidangan tu banyak jadi pandai-pandailah berjimat untuk makan malam sekali.

Sudahlah tidak membantu di dapur, pinggan mangkuk pun saya yang basuh, lauk makan malam pula dihabiskan.

Saya nak suap anak makan malam terkejut tengok tak ada langsung lauk ditinggalkan.

Orang mungkin boleh cakap, apa susah masak sajalah lauk lain. Yaaaa, memang boleh masak. Tapi takkanlah saya nak menggoreng lauk lain di waktu jam 8 malam tu.

Masa itulah nak kupas sayur ikan ayam pula ke?

Kecewanya saya rasa. Saya sendiri pun tak dapat nak makan malam sebab kehabisan lauk.

Suami mana tanya, saya dah makan ke belum. Yang dia pasti mak ayahnya ada sekali makan di meja bersamanya.

Suami pula seolah-olah macam buat bodoh langsung tak fikir perasaan penat lelah saya di dapur, di rumah, di bilik. Mak ayah dia bukanlah tua mana.

Saya masih menghormati mereka. Tapi kalau dah cawan minuman manis sendiri bersepah depan TV, dalam bilik, atas meja makan, saya naik fedup.

Nak dibiarkan nanti kang anak-anak pula terpecahkan cawan. Keropok makan bersepah atas karpet sekadar dipandang saja.

Allahuuu bila nak tamat Covid-19 ni. Saya letih, saya jadi tak ikhlas dalam membuat semua benda. Baju-baju mereka semua saya basuh dan sidaikan.

Saya dah seperti bibik baru dalam rumah sendiri. Saya keletihan sehingga saya tak mampu nak ukirkan senyuman.

Sehinggakan suami saya marahkan saya disebabkan muka ketat saya too obvious macam tak sukakan mak ayahnya.

Memang tak pandai saya nak menipu riak wajah ni. Kalau saya tak suka, baik saya masak lauk untuk diri sendiri dan anak-anak saja.

Suami siap maki saya dalam WhatsApp. Siap larang lepas ni saya tak dibenarkan lagi berjumpa mak ayah saya sendiri.

Diugutnya saya dilarang ke rumah parents sendiri atas sikap dingin saya. Memang tak boleh ke mana-mana pun saya ni, ada kawalan pergerakan kan? Makanya saya cuma buat video call sajalah dengan parent sendiri untuk lepaskan rindu.

Suami saya mungkin nampak bagus di mata parents dan adik beradik dia tapi bukan dengan isteri dan anak-anaknya. Hanya saya yang tahu baik buruk suami. Mak mertua saya sanjung tinggi suami.

Kononnya sanggup ambil mereka dari kampung di musim-musim Covid-19 ini. Tapi isteri dan anak-anak ibarat:

“Lantak kau situ. Yang penting mak ayah aku ade depan mata untuk aku tengok.”

Habis saya yang masih ada parents dia halang pula.

Kenapa wujud suami macam ni dalam dunia? Ya dia anak yang bagus, tapi dia bukan suami dan ayah yang baik untuk saya dan anak-anak.

Ya allah pulihkanlah Covid-19. Aku terlalu penat Ya Allah 😭.
Maaf atas tulisan yang agak panjang tapi inilah luahan hati saya.

 #sumber


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Allah bagi peluang utk kamu raih syurga dlm berbakti mentaati mentua belah suami,tapi sayangnya kamu tak ambil manfaat. Sebaliknya kamu dapat dosa dgn mengeluh dan mengata mereka.
    Tahukah kamu bahawa menjaga orang tua itu pahalanya adalah sama dgn berjihad di jalan Allah, dan sedikit pun pahala tak berkurang walaupun sedang kamu tidur di waktu malam.
    Alah, kalau setakat keropok kat karpet tu, kamu ambil bersihkan sahajalah dgn cara ikhlas kerana Allah, Allah akan berikan ganjaran seluruh dunia dan seisinya. Kamu senyum kat mentua kamu tu pun Allah bagi pahala berlipat ganda.
    Nanti bila mereka dah tiada, peluang utk kamu dapat masuk syurga free akan hilang. Nanti menyesal tak sudah.

    Ingatlah, karier kamu ni Allah takkan tanya pun kat Akhirat. Kamu doktor ke,pakar ke, lawyer ke, magistrate ke, PM ke,engineer ke, ahli kehormat ke, Allah takkan lihat langsung tau. Sijil kamu, harta kamu, kedudukan kamu takde nilai langsung di sisi Allah. Kosong. Sifar. Allah takkan pandang langsung.

    Kerana apa? Kerana ianya semua milik Allah. Segala ilmu dan kepandaian serta kemahiran yg kamu ada semua milik Allah, Allah boleh bagi bila-bila masa, Allah boleh tarik bila-bila masa.

    Ada sorang Vascular surgeon pompuan hebat kat Dublin, Ireland, terer sangat, umur 30 dah jadi pakar. Dapat anugerah macam-macam. Allah bagi dia kena stroke aje, cuti sakit, bedah, nampak cam okay. Kerja sekejap aje beberapa minggu, habis tak leh kerja sebab kepala dah mereng.

    Ada sorang cardiologist, pun hebat bagai lulusan Trinity College, umur 30 dah jadi consultant, juga dapat anugerah macam-macam, tapi kena serangan jantung, mati terus. Bini pun dah kena kebas.

    Jangan kamu main-main. Dunia ini semua milik Allah.
    Allah bagi nikmat skill, kemahiran, duit, harta sbb Allah tahu yg kamu boleh tanggung mentua kamu. Alah apalah sangat WiFi tu, takkanlah nak tengok kartun memanjang, kamu patut didik anak mengenal Allah, duduk sama ngaji Quran baca Ta'lim Riyadhus salihin jadi bekalan akhirat nanti.
    Ha apalah sangat bagi makan kat org tua. Takkan kebulur kamu kalau kamu bagi makan, org tua bukan makan banyak pun, tapi Allah janji Allah akan tambahkan lagi nikmat yg Allah berikan jikalau kamu sabar dan ikhlas.

    Semoga dapat bagi manfaat. Juga peringatan pada diri yg mudah lupa.

    Dr. Kama.

    BalasPadam
  2. Kenapa wujud isteri selfish macam ni dalam dunia? Ya dia isteri yang jahil murakkab yang tidak tahu kedudukan mertua setaraf dengan ibubapanya sendiri, mudah terpengaruh dengan ideologi feminis yang sesat, dia bukan isteri dan ibu yang baik untuk suami dan anak-anak kerana dia pentingkan diri sendiri dan kerjayanya sendiri. Lebih baik dia tidak kahwin dan hidup sebagai anak dara tua sehingga tua kerepot dan mereput.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wanita yang pentingkan diri sendiri hanya layak hidup seorang diri sahaja seperti kera sumbang dalam zoo sahaja.

      Padam
    2. Isteri wajib mentaati suami selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

      Nabi Muhammad S.A.W. bangun menuju golongan wanita untuk menasihati dan mengingatkan mereka me-ngenai akhirat, kemudian bersabda: “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api neraka jahanam!”

      Maka berdirilah seorang wanita yang duduk antara wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua-dua pipinya lalu bertanya: “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”

      Baginda menjawab: “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (hadis riwayat al-Bukhari)

      Padam
  3. Tiap2 individu ada hak dan tanggungjawab menurut panduan syara'. In sha Allah dgn konsep ta'awun banyak perkara jadi harmoni dan sempurna. Ingatlah setiap orang akan ditanya apa yang dilakukan.. suami, isteri, anak2, ibu2, bapa2 dan sesiapa shj.

    BalasPadam
  4. Sembang sonang laa eh.. Syurga itu syurga ini... Baca laaa kitab feqah sampai habih... bukan takat syurga isteri bawah tapak kaki suami jek... Ibu bapa suami mcm ibu bapa sendiri... Dah tu suaminya jadi lah syurga untuk isteri dia... omak ayah suami tuh buek lah menantu mcm anak sendiri... bukan buat abdi... cawan goleh bersepah tu nko rasa dalam Islam cakap apo... bukan takat bab isteri jek... bab adab ngan anak kono ado... bab ngan menantu kono ado... bab bersih dan suci kono paham... bab suami sebagai imam kono blaja... barulah namo syurga bawah tapak kaki suami... dia x samo anak ngan emak bapak sebab memg x leh nak carik lain... tp isteri ngan suami boleh jek nak carik lain kalau dah menyampah... lg satu.. nkau hengat tugas memasak ngomeh ghumah nie tugas isteri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika mengikut ajaran Islam, isteri sepatutnya mentaati siapa ? Kamu sembang sonang la eh !!!

      Padam
  5. Status tetamu kt rumah orang 3 hati saja. Lepas tu kenala pandai2 seduaikan diri tolong ringankan beban tuan rumah mana yang mampu...kerjasama tolong menolong...bila lagi nk rebut peluang belanja menantu n cucu2😆😁

    BalasPadam
  6. SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI PAGE INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, seorang wanita, ibu, kakak dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGURUS ESTATE SEBENAR dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tidak ada yang mahu meminjam wang kepada kami untuk menyelesaikan projek komersial kami yang telah dibina dalam beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang menuntut sejumlah wang daripada saya tanpa kami menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik mungkin dan menolong, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak ditanggung dan saya kehilangan harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL sebuah syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan memberitahu saya jangan bimbang syarikat itu akan meminjamkan wang kepada saya, walaupun jumlah yang saya perlukan sangat besar, dan semua yang saya dapat berikan kepada mereka keperluan yang merupakan beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya melalui semua proses, mereka berjanji akan meminjamkan wang yang saya minta setelah mengesahkan saya layak untuk mendapatkan pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. Kami syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya berjaya dengan baik ini menjadikan hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada semua PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI SAYA
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    BalasPadam
  7. ada ulasan di atas kata tetamu hanya 3 hari adakah ibu bapa tu tetamu 3 hari?

    BalasPadam