Header Ads

ads header

Flash News

Seramai 10,328 jalani kuarantin di 146 pusat seluruh negara


PUTRAJAYA: Seramai 10,328 individu menjalani proses kuarantin wajib di 146 pusat kuarantin setakat ini, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pusat kuarantin yang beroperasi meningkat berbanding 143 pusat pada hari sebelumnya.

“Terdapat pertambahan seramai 612 rakyat Malaysia yang baru tiba dari luar negara, semalam yang turut menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang disediakan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat harian Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ismail juga berkata sebanyak 666 tangkapan dibuat terhadap individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 392 orang dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan masing-masing.

“Sebanyak 263 individu direman dan 11 individu dijamin polis,” katanya, sambil menambah seramai 7,479 tangkapan terhadap pesalah ingkar arahan PKP sejak 18 Mac lalu hingga semalam.

Beliau juga berkata proses nyahcemar masih diteruskan di 83 zon termasuk 24 zon merah dan 15 zon jingga.

Proses yang diselia Kemeterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut menjalankan proses nyahcemar di 773 bangunan kerajaan, 496 tempat awam, 422 pusat perniagaan dan 100 pasar raya.

“Semalam sebanyak 4 PPR dinyahcemar menjadikan jumlah keseluruhan 34 PPR telah selasai disanitasi melibatkan 34,295 unit rumah,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan