Header Ads

ads header

Flash News

Siapa Yang Ingkar Arahan PKP Akan Dikurung Di Dalam Rumah Hantu


Macam-macam cara dilaksanakan bagi memastikan semua orang patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kan? Ada yang pakai mask macam virus lah, guna pocong lah dan macam-macam lagi.

Yang terbaru, di Jawa Tengah, Indonesia, pihak berkuasa dekat sana telah memberi amaran kepada sesiapa yang ingkar arahan PKP akan dikurung di dalam rumah hantu! Lagi extreme kan?

Menurut Ketua pemerintah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati, pihaknya telah meminta Ketua Kampung Miri, Sragen, untuk membersihkan sebuah rumah yang dikatan berhantu. Rumah tersebut terletak di tengah sawah dan akan dijadikan tempat kuarantin untuk penduduk yang tak nak dengar arahan!

"Kalau memang degil silakan. Saya menerima laporan ada penduduk dari dua buah kampung ingkar. Satu di Plupuh dan satu lagi di kampung Sepat yang enggan dikuarantin.

"Saya minta pihak berkaitan tempatkan mereka di rumah hantu, memberi makanan dan kesihatan mereka juga akan dipantau," ujarnya.

Dia juga berkata bahawa tindakannya ini tak lain tak bukan adalah untuk memberi pengajaran kepada semua penduduk kampung,

"Kita memang agak memaksa tetapi semua ini demi kebaikan seluruh penduduk.

"Kami harapkan hal ini menjadi pengajaran bagi orang ramai agar mematuhi arahan kerajaan bagi memutus rantaian koronavirus," katanya.

Sumber: Sinar Harian

MR :  Bulan puasa ni bukan hantu kena kurung, rakyat Malaysia pun kena kurung


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan