Header Ads

ads header

Flash News

Sidang DUN Kedah, Pulau Pinang hanya dua jam, Teresa diam membisu


KUALA LUMPUR – Garang sekali pemimpin DAP mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila Dewan Rakyat memutuskan persidangan pada 18 Mei ini hanya berlangsung satu hari berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti bisu apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, yang mana DAP sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH), bersidang hanya 25 minit pada Khamis lalu.

Menurut penganalisa politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof, begitu bekas Menteri Industri Utama itu seolah terkunci mulutnya apabila DUN kerajaan DAP Pulau Pinang bersidang kurang dua jam.

“Semalam DUN Pulau Pinang yang kerajaannya dipimpin oleh DAP bersidang kurang dua jam, lidah Teresa Kok turut terkunci.

“Tapi, bila mengulas sidang Parlimen, beliau kata walaupun sekarang musim Covid-19, tindakan Dewan Rakyat bersidang satu langsung tidak boleh diterima dan bercanggah dengan konsep demokrasi berparlimen.

“Dia tuduh pula tindakan itu menunjukkan yang kerajaan menghina peranan dan fungsi Parlimen serta cuba menghalang peranan sah Parlimen,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, tindakan Teresa itu menunjukkan DAP sebuah parti politik yang hipokrit, apabila mereka buat benda sama dengan alasan yang sama, tidak apa, tetapi bila orang lain buat, terus tidak boleh.

Dewan Rakyat semalam, menghantar surat pemberitahuan kepada Ahli Parlimen bahawa sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini bersidang satu hari bagi mematuhi peraturan PKP.

Surat yang ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat itu dihantar menerusi e-mel Ahli Parlimen masing-masing.

Menerusi surat itu, Parlimen menyatakan, sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas ini tidak ada sesi pertanyaan jawab lisan.


MR :  PH ni hipokrit..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: