Header Ads

ads header

Flash News

Surat terbuka kepada Salahuddin Ayub - Siapa Khianati PH


Hari ini hanyalah sebahagian dari tempoh-tempoh yang telah ditetapkan Allah.
Memang, segala yang berlaku adalah takdir yang tersurat menurut kudrat dan iradat Allah belaka. Kita sudah buat yang terbaik menurut kadar kemampuan kita, tetapi dengan kesilapan sedikit saja maka kita terpaksa menanggung akibat yang sangat besar;

Kita kehilangan sebuah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat.

Kita gagal mempertahankan mandat dan kepercayaan rakyat. Bukan kerana kita tidak mampu mentadbir sebuah kerajaan, tetapi musabab-musabab kejatuhan kerajaan PH adalah kerana kejahilan dan sikap ego kita sendiri. Setahun ada 365 hari. Selama 364 hari PH gagah dan bertahan dengan gigih, tetapi kesilapan dalam masa 1 hari saja telah benar-benar mengubah jalan sejarah, tiba-tiba PH jadi pembangkang.

Tidak ada istilah rampasan kuasa secara haram. Ini politik.
Sekarang bukan masa untuk berhujah menegakkan benang basah apatah lagi memaki-hamun dan mengutuk pihak lain, kerana itu tidak boleh mengubah apa-apa pun. Benda sudah terlambat. Damage has been done.

Tahun 2003 dulu ketika menjadi Perdana Menteri ke-4, Dr Mahathir mengumumkan letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO. Spontan Rafidah Aziz dan Hishamuddin Hussin berlari naik ke pentas, menghalang Dr Mahathir meneruskan ucapan, dan merayu supaya Dr Mahathir jangan resign. Kemudian pemimpin tertinggi UMNO pergi jumpa Dr Mahathir, berbincang dan berlaku pujuk-memujuk, hingga akhirnya setuju untuk menangguhkan perletakan jawatan itu.

Tahun 2020 Tun Mahathir umumkan letak jawatan, pemimpin Amanah terus terduduk dan segera menuduh Tun telah mengkhianati Pakatan Harapan....

Ini kejahilan pertama.
Tidak ada usaha untuk pergi berjumpa Tun dengan kadar segera, jangan kira lain, tujuannya semata-mata untuk pujuk Tun supaya tarik balik keputusan itu. Tidak ada usaha untuk terangkan kepada Tun implikasi kepada PH bila Tun letak jawatan. Tidak ada yang pergi tanya Tun apa akan jadi kepada PH. Tidak ada yang nak ingatkan Tun bahawa kita yang bina kerajaan ini, kita sama-sama berusaha membaiki kerosakan dari kerajaan lalu, takkan Tun mahu musnahkan segala usaha kita selama ini bla bla bla. Mesti kena pergi jumpa, pujuk, bincang, suruh Tun tarik balik perletakan jawatan dengan segera.

Sepatutnya kita pergi jumpa Tun, terangkan kita masih kerajaan. Jangan letak jawatan. Muhyidin umumkan Bersatu keluar PH, biarkan. Biarkan dia dan sesiapa yang mahu mengikutnya keluar PH. Muhyidin akan berhadapan dengan tentangan dari dalam Bersatu sendiri kerana tidak berapa orang yang setuju dengan tindakannya. Asalkan Tun masih PM dan PH masih jadi kerajaan. Biarkan Muhyidin keluar PH. Biarkan Azmin dan Zuraida keluar PH. Tun masih punya sokongan majoriti dari ahli dewan rakyat untuk terus jadi PM. PH masih punya cukup number untuk menerajui kerajaan.

Terangkan kepada Tun, pujuk Tun suruh tarik balik perletakan jawatan.
 Tapi kita tak buat. Tun umum letak jawatan saja, spontan terkeluar perkataan dari mulut kita : “Habis... kita dah kena game dengan Tun.” Inilah puncanya kenapa kita jatuh. Sikap bodo-sombong dan tak reti baser kita itu lah yang menjatuhkan kerajaan PH.

Dalam keadaan itu, Tun memerlukan dokongan dari menteri-menteri Pakatan Harapan. Tun umumkan letak jawatan sebagai reaksi spontan akibat terkejut dengan tindakan Muhyidin dan Azmin yang baru diketahuinya. Kita kena faham.

Itu hal antara Tun dengan Muhyidin, hal dalaman Bersatu. Tetapi kerana Tun adalah PM kita, ketika itu pemimpin PH terutama Amanah perlu bersama Tun.


Perlu sokong Tun. Perlu pertahankan kerajaan PH. Tun bergaduh dengan Muhyidin, kenapa Amanah pula yang terasa kena game?

Abe Din,

Ada dua faktor yang menentukan lanskap politik kita dan boleh merubah jalan sejarah, iaitu fakta dan auta.

Fakta ialah apa yang tersurat, semua orang nampak, semua orang tahu, diberitakan secara rasmi dalam suratkhabar dan tv. Muhyidin umumkan Bersatu keluar dari PH, itu fakta. Tun Mahathir letak jawatan sebagai PM, itu fakta. PKR pecat Azmin dan Zuraida, itu fakta.

Autanya apa? Auta ialah apa yang orang tak nampak, tidak ada bukti, yang ada hanya cerita-cerita.

Ini Tun punya game, itu hanya andaian. Tun sudah khianati PH, itu hanya tuduhan. Semua kena tipu dengan Tun, itu hanya sangkaan. Tun sudah nyanyuk, itu hanya anggapan. Semua itu orang tak nampak, tidak ada bukti. Benar atau tidak, kita tak tahu, tapi kebanyakannya tak benar.

Malangnya kita tinggalkan fakta, pemimpin Amanah membuat keputusan politik berdasarkan auta saja. Bila Tun umum letak jawatan, pemimpin Amanah terus buat kesimpulan PH dah kena khianat dengan Tun. Kena khianat dengan Tun itu adalah auta. Hanya andaian. Hanya tuduhan. Faktanya ialah kerajaan PH akan tumbang hari itu jugak jika tidak ada sebarang usaha mengajak Tun untuk menyelamatkannya.

Ketika itu Tun tertekan. Terkejut dengan tindakan Muhyidin. Tun memerlukan sokongan orang PH. Tun memerlukan mandat yang lebih kukuh. Kita kena faham bahawa selama ini Muhyidin dan MP Bersatu serta Azmin dan Zuraida dan MP PKR yang pro keduanya, mereka itulah yang menyokong Tun selama ini. Sekarang yang menyokong Tun itu sudah keluar PH, sudah tentu Tun perlukan mandat baru untuk dia terus boleh jadi PM, terutama dari MP PH sendiri. Sepatutnya kita faham situasi ini.

Kesilapan pertama sudah berlalu, tapi permainan belum berakhir.
Bila YDP Agong melantik Tun sebagai PM Interim, dan mengumumkan akan memanggil kesemua 222 orang ahli parlimen untuk ditanya, PH masih punya peluang untuk terus menjadi kerajaan, iaitu dengan cara melantik semula Tun sebagai PM.

Itu saja satu-satunya cara yang ada ketika itu untuk menyelamatkan kerajaan PH. Lagi pun, MP Bersatu termasuk Muhyidin pun menyokong Tun, Azmin dan Zuraida pun menyokong Tun. Tak apa lah mereka nak sokong. Kalau semua MP PH sokong Tun, Tun akan terus menjadi PM kepada kerajaan Pakatan Harapan. Bahkan kalau semua MP PAS dan MP BN pakat sokong Tun belaka pun, itu tidak menjejaskan kerajaan PH yang mempunyai majoriti mudah di parlimen.

Pemandangan nampak semakin mudah bagi PH bila di hari pertama MP BN dan MP PAS dan MP Bersatu mengadap Agong, sokongan mereka sudah berpecah tiga. MP BN menyokong Hishamudin, MP PAS menyokong Ku Li, MP Bersatu menyokong Muhyidin. Tanpa sokongan dari MP PH pun, Tun juga sudah dapat sokongan sebanyak 64. 

Pemimpin PH akan mengadap keesokan harinya. MP PKR + MP DAP + MP Amanah yang masih bersama PH ialah 92 orang. Saya tak nampak ada masalah untuk mempertahankan kerajaan PH.

Hishamudin, Ku Li dan Muhyidin sudah terkeluar dari saingan. Pada perkiraan kita, 92 orang MP PH campur 64 sokongan dari parti lain, maka Tun sudah mendapat 156 sokongan. Jauh dari cukup untuk dilantik sebagai PM. Itu fakta.

Tapi malangnya kita membuat keputusan penting berdasarkan auta. Pagi esoknya kita tengok live dalam tv, MP PKR pergi ke istana naik bas berdiri atas bumbung macam pemain Liverpool merayakan kejuaraan, mujur tak ada yang bawak piala. Astro Awani melapurkan, pemberita mereka sempat bertanyakan beberapa orang pemimpin Amanah, semuanya menjawab : “Solid, solid.” Kita ingat solid sokong Tun Mahathir. Rupa-rupanya, bila diinterview seorang MP PKR, dengan semangat dia kata : “Semua MP PH solid menyokong Anwar Ibrahim!”

Heh..!!! Kegilaan kebabian jenis apa ni? Solid menolak Tun bangga wat menatang apa? Berapa sokongan yang Anwar dapat? 92. So? Takkan kita tak tahu kerusi parlimen ada 222. Majoriti mudah ialah 112. Apa boleh buat dengan 92 sokongan? Takkan kita tak tahu Agong tak boleh lantik Anwar kerana tidak dapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat? Kenapa calonkan Anwar juga kalau dah tahu dia tak cukup sokongan?

Kita jangan jadi macam Wak Sir, duk terhendap-hendap di bawah lampu jalan dan mata melilau seperti mencari sesuatu. Pak Ya Asmara tanyo, cari ggapo? Wak Sir jawab cari duit, tadi jatuh. Pak Ya tanya, jatuh kat mana? Wak Sir kata jatuh kat hujung sano. Pakya tanya, dah duit jatuh sano bakpo cari sini? Wak Sir kata, sana gelap nak cari lagu mano? Keno cari kat tempat cerah.

Itu lawak jenaka antara Wak Sir, Ya Asmara dan Mamud Rail. Duit jatuh kat tempat gelap, dia pergi cari kat tempat cerah. Sebab? Sebab sana gelap.

Itulah perangai kita. Dah tahu kalau sokong Anwar tetap tak boleh cukup majoriti, tapi sokong Anwar jugak. Sebab? Sebab Tun dah khianat kita, Tun yang bubarkan PH.. Heh! Mu main politik kelas apa ni...? Itu semua auta!!! Kita tunggu Agong umumkan sesuatu yang penting petang ini, akhirnya ternyata dengan politik auta MP PH menyebabkan Agong tidak dapat membuat keputusan.

Saya sudah bagitahu, kalau Agong tidak buat keputusan pada petang itu juga, maka sesuatu yang luar biasa pasti akan berlaku. Kerana kita telah mengheret masa permainan, kita menolak peluang keemasan yang terhidang, kita telah memilih jalan yang sukar; kerana kesempatan itu telah dipergunakan oleh MP PAS, MP UMNO, Muhyidin dan semua MP di luar dari PH untuk merancang sesuatu dengan menukar sokongan, semuanya akan menyokong Muhyidin.

Penangguhan mengumumkan Tun sebagai PM Pakatan Harapan itu telah menarik perhatian majlis raja-raja. Akhirnya kalau dibuat undian di kalangan ahli parlimen untuk menyokong siapa jadi PM, Anwar akan kalah di tangan Muhyidin.

Pada petang itu juga saya talipon Abe Din, tapi tak dapat. Saya mesej Pak Bakar suruh bagitahu Abe Din saya nak jumpa malam ni. Lepas tu Pak Bakar forwar mesej dari Abe Din bertulis : “Railway station. 9.30 pm.”

Kita berjumpa tiga orang di Restoren Heritage. Irwan pemberita Astro Awani ada sekali. Saya tanya kenapa sokong Anwar, kenapa tak sokong Tun. Kalau semua MP PH sokong Tun, sekarang masalah dah selesai. Kenapa PH sengaja cari masalah? Saya katakan, tindakan 92 orang MP PH menyokong Anwar Ibrahim, itulah punca kerajaan PH ranap.

Bukan kerana apa, tapi kerana tak cukup number. Ini fakta!

Abe Din kata petang semalam PH buat meeting kita ada panggil Tun suruh datang, tapi dia tak nak datang. Jadi kita anggap Tun memang dah tinggalkan PH, dan kerajaan PH pun terbubar sebab Tun. Ya lah, bila dia umum letak jawatan, habis lah terbubar semua.

Kalau itulah alasannya, terlalu remeh-temeh jika dibandingkan akibat dari remehnya pemikiran kita dalam politik. Saya katakan, tindakan Muhyidin mmbawa Bersatu keluar dari PH adalah pengkhianatan. Menyedari kedudukannya sebagai PM dan Pengerusi Bersatu, sedangkan Tun baru tahu Muhyidin mahu bentuk kerajaan bersama Azmin, UMNO dan PAS, maka kedudukan itu sangat bahaya bagi PH. Tun perlu membuat keputusan segera. Kalau dibiarkan, Muhyidin akan mengadap agong mengatakan mereka cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional menggantikan Pakatan Harapan, dan Perdana Menteri ialah Tun Mahathir. Kemungkinan untuk berlaku begitu amat tinggi. Tun tidak mahu begitu. Tun tidak mahu khianati Pakatan Harapan.

Dalam keadaan yang terdesak itu, Tun umum letak jawatan sebagai PM, mungkin untuk menenangkan keadaan. Mungkin Tun perlukan mandat baru yang lebih segar dan lebih kukuh dari Pakatan Harapan. Tun sudah dilantik sebagai PM Interim. Ingat, pihak Muhyidin dan Azmin sudah nyatakan sokongan kepada Tun. Jadi, amat tidak wajar jika Tun hadir dalam mesyuarat PH petang itu untuk memutuskan siapa yang PH sokong. Ketika itu, kedudukan Tun perlu dilihat berkecuali, tidak boleh nampak bias sangat, walaupun semua orang tahu hati Tun tetap bersama PH. Sebab itu Tun tak nak datang mesyuarat PH petang tu. Ibaratnya Tun kata :”Pandai-pandailah hangpa buat keputusan. Kalau hangpa sokong aku jadi PM, aku terima. Kalau hangpa pilih orang lain, aku nak kata apa?” (Dalam PC semalam Tun bagitahu dia sedih sebab PH tak sokong dia.... nampak?)

Kenapa kita perlu melatah sejak minit pertama Tun umum letak jawatan. Padahal itu belum muktamad. Tun belum pergi mengadap Agong. Tun boleh tarik balik keputusan itu bila-bila masa saja. Dan ketika diberi peluang untuk lantik Tun semula, kenapa kita memilih jalan lain? Hanya dengan alasan yang remeh-remeh?

Nampaknya kita belum faham kilat dan kilau politik Tun. Kita banyak dipengaruhi dengan cerita-cerita auta tentang Tun. Kita tak nampak Tun sayangkan PH. Kita lupa orang yang paling Tun percaya ialah Mohamad Sabu, Salahudin Ayub, dan Mahfuz Omar. Tun percaya tiga orang Amanah ini tidak akan curi duit dan tidak akan khianat PH dan diri Tun sendiri.

Abang Mat ialah Presiden Amanah. Dia juga adalah menteri kanan dalam kabinet. Akrabnya hubungan antara keduanya hingga Tun pernah datang makan nasi di rumah Abang Mat.

Sepatutnya bila Tun umum letak jawatan, Abang Mat, Din Ayub, dan Tok Put segera berkejar ke rumah Tun, tenangkan Tun, minta Tun tarik balik, bincang dengan Tun apa patut dibuat. Tapi sayang, Mohamad Sabu itu seorang pahlawan, bukan negarawan.

Pada hari Isnin Tun umumkan letak jawatan, Abang Mat terus bagitahu orang-orang yang berada di rumahnya, kita kena khianat dengan Tun. Dan pada hari itu juga, Abang Mat pulangkan balik kereta kerajaan, dan bersiap-siap kemas barang nak pindah rumah; ini politik apa ni?

Dalam keadaan buntu fikiran dan PH sedang berada di ambang kekalahan itu, bertempat di Hotel Heritage itu, Abe Din tanya apa patut buat sekarang? Saya kata peluang dah tertutup, kita dah lepaskannya. Sekarang satu-satunya cara yang boleh buat, tapi cara ini pun belum tentu berjaya, ialah, Abe Din pergi jumpa Tun, pujuk Tun, katakan kita ada 92 sokongan yang menyokong Anwar, Tun ada 64 sokongan, Tun minta mengadap Agong untuk mempersembahkan 156 sokongan dan mahu mengangkat sumpah sebagai PM. Itu saja cara yang tinggal yang boleh kita buat, yang logik berdasarkan fakta. Jangan layanlah cerita-cerita auta tu.

Abe Din terus whatsapp Tun minta nak jumpa. Tun jawab boleh, dia tunggu di rumah jam 8.30 pagi. Saya tanya, pergi dengan siapa esok? Abe Din jawab dengan Mahfuz. Saya kata cantik, jangan ajak Abang Mat, dia seorang pahlawan, bukan negarawan. Dia handal berperang, dia lemah dalam rundingan.

Esoknya saya dapat tahu sebelum jumpa Tun, Abe Din dapat berita kematian dan bergegas balik ke Johor. Perjumpaan dengan Tun dibatalkan. Masa tu saya kata, Pakatan Harapan habis.

Benar seperti bacaan saya, tindakan PH melengah-lengahkan masa untuk selesaikan hal ini akan memakan diri. Masa kecederaan akan jadi masa kematian. PAS, UMNO Muhyidin, Azmin, semuanya sudah menukar pendirian dengan sepakat menyokong Muhyidin seorang saja.   

Pemimpin PH baru sedar benda ni ketika keadaan sudah terlambat. Memang Anwar, Mat Sabu, Lim Guan Eng pegi mengadap Tun dan memujuknya kembali menerajui PH, walaupun sokongan 92 MP yang ada di tangan YDP Agong ialah terhadap Anwar Ibrahim. Benar, Tun setuju dan akur dengan pujukan itu, tapi keadaan sudah terlambat. Belum sempat Tun minta mengadap Agong, baginda sudah umumkan Muhyidin Yasin sebagai PM ke-8. Dan selepas itu Agong menyatakan tidak mahu jumpa Tun Mahathir lagi. Selesai.

Itulah detik kekalahan kita secara rasmi. Siapa yang kalahkan kita? Siapa yang khianati PH? Sejak awal saya menjangkakan pihak pembangkang tidak akan mampu menumbangkan kerajaan PH, tetapi kalau pun kerajaan PH jatuh, kejatuhan itu disebabkan kejahilan dan bodo sombong pemimpin PH sendiri.

Demikian adanya.

-Abe-


MR :  Entahlah engkau labu... terjun dengan labu.. seperti si luncai


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Semua ini terjadi kerana ketentuan Allah Yang Maha Mengetahui, ada fazilatNya. Alhamdulillah...Malaysia dah selamat dan aman sekarang walau pun sedang diuji Allah dgn Covid 19, tapi masih boleh ditangani...Insyaallah...Aamiin

    BalasPadam
  2. ph yg bodoh ngn orang tua pon kene tipu haaaaa

    BalasPadam
  3. Hahaha .sudah2 la...JD lah insan yg sentiasa bersyukur of nikmatNya.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..."Rakyat bersyukur PH tersukur"

    BalasPadam
  5. Keluar mulut buaya..masuk mulut naga..

    BalasPadam
  6. Sudah terang lagi nyata,punca perpecahan dalam masyarakat ialah daripada perebutan kuasa dan kepimpinan politik.Ia amat merugikan negara.Rakyat berpecah-belah disebabkan pemimpin atasan.Menasihat pemimpin yang berbuat zalim merupakan perintah Islam.Sudah selayaknya para pemimpin itu terbuka menerima kritik dan nasihat dari rakyatnya dan sangat terbuka menerima kritikan dari sesiapa pun,tidak kiralah pemimpin itu dari kalangan mana sekalipun.Seorang pemimpin adalah penjaga dan bertanggungjawab keatas rakyatnya.Pemimpin yang celaka menyebabkan rakyat celaka.Ketika pemimpin berlaku adil,sesuai dengan petunjuk syariat,maka masyarakat pun akan sejahtera,demikian ketika pemimpin tersebut berlaku zalim dan tidak jujur,maka rakyat akan sengsara,apalagi ketika ia rela berbohong dihadapan rakyat demi mempertahankan jawatannya.

    BalasPadam
  7. Malaysia lebih aman bila pH bkn
    kerajaan .ramai yg bersyukur krn kesilapan memilih PH telah berjaya melihatkan PH kerajaan ukt kuasa,dendam dan pemimpin PH hanya main politik drp membantu ekonomi negara dan rakyat..

    BalasPadam
  8. Betul....krjaan ph berdiri dgn matlamat utk balas dendam kpd kerajaan dlu...mrk tdk iklas mentadbir negara dan membela rakyat...rmai mp yg mempermainkan rakyat dr golongan trtntu...dgn kejatuhan ph...mka trselamatlh negara dr dr han dan huruhara...

    BalasPadam