Header Ads

ads header

Flash News

Tanda-tanda nak retak lagi PKR, Ahli majlis pimpinan Wanita PKR persoal pemecatan ahli


Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat PKR mempersoalkan tindakan lembaga disiplin parti itu yang menggantung dan memecat sekurang-kurangnya 500 anggota parti, termasuk Ketua Wanita PKR Haniza Mohd Talha dan Adun Batu Lintang See Chee How.

Ginie Lim Siew Lin hari ini mendakwa tindakan tersebut, termasuk meminta Naib Presiden PKR Tian Chua mengemukakan surat tunjuk sebab memperlihatkan parti itu menyimpang jauh daripada prinsip terasnya iaitu prinsip keadilan.

Beliau turut menggesa tindakan tersebut dihentikan supaya semua pimpinan parti dan ahli dapat bekerjasama untuk memerangi wabak Covid-19.

Lim yang juga Ketua Wanita PKR Melaka itu menambah bahawa PKR menggunakan arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang kini dilaksanakan di negara sebagai peluang untuk menggantung ahli supaya dapat menghalang sebarang protes atau bantahan.

Adun Machap Jaya itu turut mendakwa bahawa tindakan tersebut jelas dibuat secara terburu-buru ekoran mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) secara dalam talian pada 21 Mac.

“Namun dalam mesyuarat tersebut tiada nama dibentangkan untuk MPP menentukan sebarang hukuman seperti memecat atau menggantung keanggotaan, atau melucut atau menggantung jawatan mengikut Perkara (d) Fasal 9 Perlembagaan Parti.

“Maka sejauh manakah pelucutan keanggotaan mematuhi Fasal 9 Perlembagaan Parti. Apakah kes membabitkan aduan diterima oleh Lembaga Disiplin (LD) disiasat dan dikemukakan cadangan keputusan untuk MPP menentukan hukuman?

“Apakah mesyuarat tergempar MPP pada 21 Mac memberi kuasa kepada Setiausaha Agung untuk menentukan sebarang hukuman bagi kes membabitkan aduan anggota parti?,” katanay dalam satu kenyataan media hari ini.

Turut dilaporkan sebelum ini ahli PKR lain seperti Ketua penerangan sayap Wanita PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah yang dikenali sebagai Ratu Naga juga menerima surat rasmi pemecatannya pada 9 April lalu.

“Persoalan sekarang bukan berkenaan political survival Tian Chua, Haniza Talha mahupun See Chee How, ataupun mereka yang mengisytihar keluar parti, tetapi persepsi umum terhadap parti yang mengamalkan budaya pilih kasih dan pendakwaan berpilih terhadap mereka yang berani menyuarakan pandangan berbeza.

“Presiden (PKR) Anwar Ibrahim sendiri pernah menjadi mangsa pendakwaan berpilih dan konspirasi politik. PKR telah ditubuhkan untuk melawan ketidakadilan bagi mengembalikan pada tempatnya yang betul.

"Maka, amat mendukacitakan apabila parti menghakimi anggota parti disebabkan perbezaan pandangan dan tindakan yang dianggap menjejaskan kepentingan parti.

"Hukuman atas sebab jenayah fikiran (thoughtcrime) dan pencegahan awal (pre-emptive) akan terus menghakis semangat demokrasi dan progresif parti,” katanya.

Lim juga menggesa supaya parti tersebut tidak melupakan ulang tahun Black 14, yang merujuk ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam tahun penjara ke atas Anwar terhadap empat tuduhan rasuah pada 14 April 1999 dan aktivis reformasi yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001.


MR :  Bukan retak tapi dah terbelah...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. "PKR telah ditubuhkan untuk melawan ketidakadilan bagi mengembalikan pada tempatnya yang betul."

    Eh...iye ker? Saja tanyer...

    BalasPadam
  2. Buat apa simpan musang dlm reban ayam

    BalasPadam
  3. Itu adalah isyaratnya hendak PECAH,mulanya calar,retak menunggu belah dan PECAH,mana mana ahli PKR yang dipecat saya secara peribadi mahu semuanya masuk parti BN,MCA,MIC,UMNO atau PAS tengoklah berberapa orang MP PKR yang telah dipecat masuk bersatu dan berada didalam PN sekarang.Manalah tahu dengan izin ALLAH anda semua( Bersatu)dibukakan pintu hati untuk menjadi ahli MUAFAKAT NASIONAL(MN) dan boleh menjadi ahlinya atau menjadi calon DUN atau ADUN pada PRU15 nanti insyaAllah itu tidak mustahil boleh berlaku dengan kuasa allah Taala.jadi sekarang fikir fikirkanlah.

    BalasPadam