Header Ads

ads header

Flash News

Terjumpa foto di google. Tertulis di bawah Fuji Jun 88.


Terjumpa foto di google. Tertulis di bawah Fuji Jun 88. Barangkali foto ini dirakam Jun 1988. (Ambo baru berusia 2 tahun 😅)

Tokoh yang dibulatkan dalam foto ini adalah Prof Dr Necmettin Erbakan (Almarhum). Beliau merupakan pemimpin ulung gerakan Islam di Turki pada zaman moden (Selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah)

Beliau menubuhkan Parti Refah pada tahun 1986. Sepuluh tahun kemudian partinya memperoleh kejayaan dan beliau diangkat menjadi Perdana Menteri pada 1996. Beliau sempat memimpin Turki selama 9 bulan (Sehingga 1997) sebelum digulingkan kerana menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran dan menjauhkan amalan sekularisme.

Selepas digulingkan, parti-parti yang berteraskan Islam tidak dibenarkan ditubuhkan. Beliau bangkit semula dengan menubuhkan Parti Saedat pada tahun 2001 dan parti ini berdiri sehingga sekarang. Manakala anak muridnya iaitu Abdullah Gul dan Tayib Erdogan bergerak dengan platform AKP Parti. Beliau kembali ke rahmatullah sekitar tahun 2011 dan ratusan ribu hadir dalam solat jenazah tersebut.

Berbalik pada persoalan gambar tadi, siapakah sosok wajah Melayu di sebelah Dr Erbakan tersebut?

Pasti ramai yang mengenali. Cuma kini misai dan janggutnya telah beruban. Keakraban dalam gambar ini jelas menunjukkan sosok Melayu tersebut bukan asing lagi dalam dunia gerakan Islam di Turki dan juga dunia Arab.

Jadi adalah bertepatan dan sangat wajar sosok Melayu tersebut diberi peranan sebagai duta khas di negara timur tengah di atas pengalaman yang dimiliki. Moga diberi kekuatan ke atas beliau dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Editor terjumpa yang ini..


MR :  Insan yang menjadi panah fitnah..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Selagi boleh fitnah,teruskan topup dosa, dah rasa diri tu hebat sangat dan tak akan jadi baja tanah.Fitnah alim ulamak dibimbangi mati dalam kufur jah.Minta dijauhkan Allah.
    Moga Allah memberkati TGHH

    BalasPadam
  2. Cautim kat SR ?
    Tahu terima rasuah umno ?
    Kafirkan umno ?
    Sokong mca ?
    Khianat undi rakyat ?
    Ini termasuk apa yee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika tak ada asas agama dan pembacaan cetek, lebih baik berdiam diri drp berkata². Kelak memakan diri dan menabur fitnah semata². Maaflah, sekadar sama² mengingatkan.

      Padam
    2. Lebai pas paling terkedepan serta versatile dalam berpolitik. Hasil dari kerjasama dengan PKR dan DAP sebelum ini menjadi satu pengalaman mengenalpasti rakan politik yang lebih memudaratkan kepada agama Islam,bangsa dan negara. Peluang yang rakyat berikan kepada PH untuk memerintah tidak digunakan sebaiknya tetapi masih dengan fitnah,perspeksi dan salahkan orang lain. Alhamdulillah..Allah takdirkan kerajaan PH tumbang dalam tempoh singkat dan mereka yang mempersendakan parti lebai sebelum ini tidak sangka lebai berjaya ke Putrajaya. Tuduhan kerajaan pintu belakang,atap,khianat dan lain lain tidak relevan kerana kerajaan PH tumbang bila Bersatu dan kem Azmin keluar dari pakatan.Ia tiada kena mengena dengan PAS dan BN. Itu sifir mudah tetapi malangnya PH masih ingin teruskan tradisi kencing mereka kepada rakyat dengan pelbagai dakyah yang berbelit belit namun rakyat tidak lagi termakan hasutan PH kerana rakyat sudah kenal PH bukan sahaja cakap tidak serupa bikin tetapi sudah tahu PH sebenarnya tidak tau bikin untuk kebaikan rakyat melainkan meniru apa yang BN buat sebelumnya dengan sedikit tokok tambah dan menjilat ludah sendiri

      Padam