Header Ads

ads header

Flash News

Tian Chua pula diberi surat tunjuk sebab


PETALING JAYA: Dakwaan mengatakan Naib Presiden PKR, Tian Chua digantung keahlian adalah tidak benar.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kasim membuat menafian itu, sambil berkata pemimpin itu hanya diberi surat tunjuk sebab oleh parti.

“Tidak benar, beliau hanya diberi surat tunjuk sebab,” katanya

Terdahulu, Setiausaha PKR Cabang Batu, Ahmad Azrin mendedahkan Tian Chua digantung keahlian.

“Apabila digantung bermakna beliau tidak boleh lagi membuat sebarang aktiviti atau program dengan menggunakan nama parti. Saya tidak faham, di saat tumpuan kami di cabang ke arah untuk membantu rakyat yang terkesan akibat PKP ini, parti memilih untuk menggantung ketua kami.

“Selaku antara pengasas parti, Tian Chua membuktikan kesetiaan beliau kepada parti hingga di saat peralihan kuasa tampuk pemerintahan kerajaan pun, beliau memilih untuk kekal di dalam parti. Walaupun beliau dihina, dimaki, dicaci bahkan dikasari, beliau tetap teguh bersama parti.

“Tetapi parti memilih untuk menggantung beliau dan ini bermakna parti sendiri tidak perlukan beliau lagi,” katanya dalam satu kenyataan

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan keputusan terhadap Tian Chua.

“Sebagai tanda solidariti bersama, saya memilih untuk menggantung keanggotaan saya sendiri sehingga penggantungan keanggotaan Tian Chua dibatalkan,” katanya.

Pada 1 Mac, Tian Chua dibaling dengan botol dan digelar “pengkhianat” serta “anjing” oleh sekumpulan penyokong parti itu yang marah dengannya, ketika beliau meninggalkan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Tian Chua dituduh sekutu bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipecat parti selepas mengadakan satu siri pertemuan dengan pemimpin parti lawan untuk membentuk gabungan baru pada Februari lalu.

Terdahulu, PKR menggantung keahlian Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha kerana menghadiri pertemuan dengan Azmin dan Zuraida Kamaruddin pada Februari lalu.

Haniza sendiri mengesahkan beliau menerima surat penggantungan keahliannya pada 13 April lalu.

Surat yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, memaklumkan penggantungan itu berkuat kuasa 6 April lalu.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Diberikan surat tunjuk sebab tu apa benda? Pkr tunjuk sbb kan, biasanya dia yg kena tunjuk sebab atas sesuatu isu

    BalasPadam
  2. Amerika sudah tidak dapat menanggung parti satu mata Parti KhinziR ini kerana mahu melancarkan perang terhadap China. Semua tahu PKR adalah projek CIA utk menghancurkan kerajaan Melayu yang semakin hari semakin Islamik berkat persepaduan bersama PAS.
    PKR akan berpecah kerana dana sudah habis. Ya Allah, hancurkan lah musuh Islam dan orang Munafik.

    BalasPadam