Header Ads

ads header

Flash News

Wartawan Channel News Asia Dituntut Mohon Maaf Kepada Malaysia


Dikala negara sedang berperang menangani COVID-19, masih ada segelintir pihak yang cuba mengelirukan rakyat dengan menyebar berita palsu.

Apatahlagi sekiranya penyebar itu adalah seorang wartawan yang sepatutnya melaporkan berita berdasarkan fakta.

Justeru, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mendesak wartawan Channel News Asia Melissa Goh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan Malaysia dan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana telah menfitnah dan memutar-belitkan kenyataan yang dikeluarkan berkaitan COVID-19.

“Saya menuntut agar Melissa Goh (Malaysia Bureau Chief) memadam ciapannya di Twitter yang mengelirukan serta memutar-belit kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Melissa memuat naik status yang mengatakan PKPD di Selangor Mansion dan Malayan Mansion telah menyebabkan warga asing di sana tidak mempunyai makanan dan ianya bukan tanggungjawab kerajaan Malaysia.

“Datuk Seri Ismail Sabri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegini. Apa yang dijelaskan Menteri Kanan ialah kebajikan warga asing tidak pernah dinafikan dan kerajaan juga menyediakan barangan keperluan harian yang akan dijual kepada warga asing di kawasan PKPD ini. Selain itu, kebajikan warga asing adalah tanggungjawab pihak kedutaan masing-masing, namun kerajaan Malaysia sedia membantu golongan yang terjejas ini,” ujar beliau menerusi status yang dimuatnaik di facebook.

Tambah Najmil, kenyataan Melissa ini akan menjejaskan imej baik Malaysia serta mengeruhkan lagi keadaan. Sepatutnya pihak media lebih sensitif dalam isu ini.

Untuk rekod, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerajaan akan memberikan bantuan alternatif kepada warga asing yang tinggal di Selangor Mansion dan Malayan Mansion di bawah kawasan PKPD.

Menurut beliau, bantuan itu berupa barangan keperluan harian yang akan dijual kepada warga asing di dalam kawasan tersebut. – UMNO ONLINE




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Puak kafir dan yahudi di luar negara memang mencari peluang2 untuk memburukkan Malaysia. Ditambah pula dengan sumbangan2 idea dari golongan kafir dan munafik yang berada di dalam negara yang mesti dicop sebagai pengkhianat dan dihukum.

    BalasPadam
  2. Lawan kafir Dajjal ini ialah sabar dan doa. Sabar bukan ertinya berdiam diri tapi sabar dalam mengatur perkataan dan bertegas dgn kumpulan kumpulan laknat ini.

    BalasPadam
  3. Ye betul. Hapuskan terus golongan ni. Gunting dlm lipatan. Duk dlm malaysia tapi nak hancurkan malaysia ikut liberal & sekular.

    BalasPadam