Header Ads

ads header

Flash News

2 adun PKR keluar parti, Kedah jatuh ke tangan PN


Dr Robert Ling Kui Ee dan Azman Nasrudin membuat pengumuman rasmi dalam satu sidang media bersama.

Dua adun PKR di Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin (Lunas) mengumumkan keluar daripada parti itu.

Dalam satu sidang media bersama tengah hari ini, Ling berkata beliau telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan presiden Anwar Ibrahim.

Azman pula berkata keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan secara mendalam.

"Saya dan Robert memberi sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin," kata Azman.

Mereka berdua juga berkata tidak lagi menjadi "adun PKR".

Pengumuman itu sudah dijangka dengan seorang pegawai Ling memberitahu bahawa kedua-duanya akan mengadakan sidang media berkenaan "kedudukan" dalam kerajaan negeri.

Dengan pengumuman Ling dan Azman itu, Menteri Besar Mukhriz Mahathir kini mempunyai 17 kerusi di DUN dan pembangkang pula 19 kerusi.

Pada masa sama, Perikatan Nasional (PN) Kedah turut mengeluarkan satu jemputan “sidang media khas”, dijadualkan berlangsung jam 3 petang ini di Kompleks PAS Kedah.

Minggu lalu, Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya membuat kenyataan bahawa perubahan kerajaan negeri Kedah “sudah tidak dapat dielakkan lagi” dan mendakwa PH tempang di Kedah dan hilang majoriti.

Malah, Ahmad turut menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk menerajui pentadbiran Kedah.

Mukhriz yang juga timbalan presiden Bersatu, mengekalkan kerajaan PH di Kedah meskipun presiden parti Muhyiddin Yassin telah membawa Bersatu keluar daripada gabungan itu untuk membentuk PN bersama-sama BN, PAS, GPS dan wakil bebas.

Mukhriz mencabar Muhyiddin untuk jawatan presiden dalam pemilihan parti yang kini tertangguh gara-gara Covid-19.



MR :  Bertandiung lawan Presiden Bersatu, Nak perjahat kepada Muhyiddin.. Kan dah kena


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. RANCANGAN ALLAH HEBAT...Bapaknya buat usul x percaya...akhirnya DUN KEDAH juga hilang percaya padanya...ARIF MULUK dan sekutunya masih PERCAYA.

    BalasPadam
  3. Gigit jari la lagii pemimpin pH Dan yg sewaktu dgnnya,,,selepas jatuh Kerajaan pusat pH yg memerintah,dek Kerana ketamakan oleh para pemimpin mereka sendiri juga,,maka satu demi satu Kerajaan negeri jatuh ke tangan pN... Melaka, perak, Johor dan akhirnya Kerajaan Kedah jugak tumbang ditangan pN,,, Alhamdulillah... PH, muhasabah la diri sendiri dulu,, Jgn lah asyik menyalahkan orang lain dan parti lain dek Kerana ketamakan mereka untuk menjatuhkan Kerajaan sendiri sbb tak sabar² naik kan anwar dgn memaksa penyerahan kuasa tun kpd DSAI akhirnya semuanya melepas Ibarat cerita anjing mengonggong tulang dan bayang²nya sendiri... tak gitu arif muluk !??

    BalasPadam