Header Ads

ads header

Flash News

Adakah BERSATU akan kempen untuk Umno di Chini?


PETALING JAYA:
Dua penganalisis politik membuat ramalan berbeza mengenai sama ada pemimpin tertinggi PPBM akan berkempen untuk calon Umno dalam pilihan raya kecil (PRK) Chini yang bakal diadakan.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, beliau percaya mereka tidak akan berbuat demikian, tetapi Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia pula berkata, beliau tidak nampak PPBM akan melihat kehadiran pemimpin seperti Muhyiddin Yassin dan Mohamed Azmin Ali yang turun membantu kempen Barisan Nasional (BN) sebagai satu masalah.

Azmi berkata, PPBM akan bersikap berhati-hati untuk tidak memberi gambaran bahawa ia begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan Umno dalam mengurus pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dan mahu menunjukkan ia mengawal keadaan.

“Ia (PPBM) amat sedar mengenai kedudukannya yang goyah,” katanya.
Azmi Hassan
Bulan lepas Umno berkata bahawa hubungannya dengan PN hanyalah berdasarkan persefahaman dengan parti lain bagi mengembalikan sebuah kerajaan yang berfungsi.

Umno juga berkata, ia tidak menyertai PN.

PPBM mengetuai kerajaan PN dengan sokongan BN, PAS dan beberapa parti kecil lain.

Azmi juga berkata, terdapat golongan dalam PPBM yang kurang selesa terhadap hubungan rapat parti itu dengan Umno.
Beliau merujuk kepada pertelingkahan antara Muhyiddin dengan Dr Mahathir Mohamad, yang mengetuai satu kumpulan dalam PPBM, dengan berkata, pemimpin dalam kumpulan Muhyiddin akan bersikap berhati-hati untuk tidak memberi peluru baru kepada Mahathir dengan berkempen untuk calon Umno.

“Mahathir akan menyifatkan Muhyiddin sebagai boneka Umno.”

Kamarul Zaman berkata, anggota kumpulan Muhyiddin akan melihat PRK Chini sebagai peluang untuk menunjukkan kepada Umno bahawa PPBM adalah rakan kongsi yang boleh dipercayai.
Kamarul Zaman Yusoff
Katanya, penyertaan mereka (PPBM) dalam kempen akan merapatkan hubungan 2 parti itu dan “memastikan kelangsungan PPBM dalam pilihan raya umum akan datang”.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Umno tidak terlalu memerlukan bantuan PPBM kerana Chini merupakan kubu kuat parti itu.

Beliau menolak pandangan Azmi bahawa penyertaan PPBM dalam kempen Umno menunjukkan ia terdesak kerana Umno sudah hampir pasti menang dalam PRK di Chini.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, beliau percaya sokongan PPBM kepada kempen Umno tidak akan dibuat secara terbuka, tetapi melalui kelulusan dana pembangunan di kawasan itu.

Beliau berkata, kehadiran sama ada Muhyiddin atau Azmin dalam kempen tidak akan menambah apa-apa.
Oh Ei Sun
Beliau berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini termasuk dalam kawasan Parlimen Pekan yang diwakili oleh bekas perdana menteri Najib Razak.

Justeru katanya, PPBM tidak mahu memberi gambaran bahawa ia bekerjasama dengan beliau.
PRK Chini akan diadakan pada 4 Julai depan susulan kematian penyandangnya Abu Bakar Harun minggu lepas.

Pada pilihan raya umum 2018, Abu Bakar yang mewakili Umno mempertahankan kerusi Chini dengan undi majoriti sebanyak 4,622 mengalahkan calon PAS dan PKR. - FMT


MR :  Tak berkempen pun tak apa PH hancing tak akan menang


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Ph bertanding di Chini, serupalah dengan pergi terjun dalam lubuk yang penuh dengan buaya.Tiada harapan atau mustahil boleh menang.Jika bertanding di komposisi kaum pelbagai pun semakin payah ph menang.. Jika kawasan melayu KO terus..

    BalasPadam
  2. Moga ada jalan untuk juara insyallah PH
    usaha dan terus berjuang
    Perjalanan jauh

    Apa yang umno buat 60 tahun merdeka
    Puak puak balaci kenyang

    Peneroka makan tanah
    Air putus kemarau
    Bangunan kerajaan usang daif

    Ngundi baru turap jalan?
    Balak sapa sapu?
    Bijih sapa sapu?
    Pencemaran tasik ?
    sapa tanggung?

    Mana bank yang dijanjikan?
    Peluang kerja apa?

    BalasPadam
  3. Semua orang hanya sedap cakap
    PH usahakan letak calon
    Menang atau kalah adat
    Perjuangan mandat rakyat

    BalasPadam
  4. harap ph letak calon prk chini. baru boleh test market ph ketika ini. kalau dapat lebih 1000 undi,ph boleh berbangga.tapi rasanya ph tak hantar calon takut hilang wang pertaruhan. malu besar kalau bekas kerajaan msia hilang wang. pulak tu gabungan 3 parti besar.

    BalasPadam