Adun Chini dari BN meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Adun Chini, Abu Bakar Harun dari Barisan Nasional meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi ini.
Difahamkan beliau meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi akibat serangan jantung.
Perkara itu turut disahkan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, menerusi status Facebook rasminya, pagi ini.
“Mendapat perkhabaran berita sedih pemergian seorang sahabat dan rakan seperjuangan, Abu Bakar Harun yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.
“Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Salam takziah kepada ahli keluarga, semoga tabah menghadapi ujian ini,” kata Wan Rosdy.
Abu Bakar pernah dilantik sebagai exco Hal Ehwal Peneroka dalam pentadbiran kerajaan Pahang di bawah kepemimpinan Menteri Besar Adnan Yaakob, antara 2013 hingga 2018.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini yang disandangnya dalam saingan 3 penjuru dengan majoriti 4,622 undi apabila mendapat undi 10,027.
Dalam pertembungan itu, beliau menewaskan wakil PAS, Muhd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi dan calon Pakatan Harapan diwakili PKR, Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi.
Beliau menjadi wakil rakyat DUN Chini sejak 2004.
DUN Chini berada di bawah Parlimen Pekan yang diwakili bekas perdana menteri Najib Razak.
MR : Inalillah..
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan