Header Ads

ads header

Flash News

Agong dedahkan Muhyiddin dapat kepercayaan majoriti, Kerajaan sah bukan pintu belakang


KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong hari ini mendedahkan baginda telah meminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri semasa pertemuan yang berlangsung pada jam 5 petang, 24 Februari lalu.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tetap dengan keputusannya, titah baginda.

Rentetan daripada keputusan Dr Mahathir itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda bertanggungjawab untuk melantik seorang Perdana Menteri yang baharu.

Ia selaras dengan Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong untuk lantikan tersebut.

Susulan itu, pada 25 dan 26 Februari lalu, baginda telah mengadakan sesi pertemuan secara berseorangan dengan Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk menilai sendiri sokongan kepercayaan mereka.

”Pada 29 Februari lalu, beta telah menitahkan semua parti-parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat untuk mencalonkan nama seorang Ahli Dewan Rakyat sebagai wakil Perdana Menteri.

”Atas permintaan beberapa ketua parti politik, beta telah berkenan pula melanjutkan tempoh masa bagi parti-parti politik mengemukakan pencalonan mereka agar masa yang cukup diberikan dalam mereka membuat perhitungan secara demokrasi.

”Sudah tentu setiap pertandingan pasti akan ada penamatnya,” titah baginda semasa membuka Penggal Ketiga Sidang Parlimen ke-14 di sini.

Ini kerana, titah baginda, kemelut politik negara tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan dengan tanpa penghujungnya

Selepas melalui proses berkenaan dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, baginda menegaskan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti.

“…dan dengan demikian selayaknya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8,” titah baginda sambil menegaskan telah menggalas amanah dengan telus dan adil selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.

Baginda menaruh keyakinan kepada Muhyiddin untuk membawa negara ke tahap lebih tinggi, selain melaksanakan amanah yang digalas dengan jujur dan penuh tanggungjawab.

Pesan baginda, jangan sesekali mengabaikan kesejahteraan rakyat. – MalaysiaGazette

MR :  Tutup mulut macai PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


12 ulasan:

  1. Apa alasan lagi madey nak bagi? Kalau dia buat usul nanti bulan julai dan tak berjaya dan tak undur diri, dah sah dia orang tak bermoral yang tak berguna untuk rakyat.

    BalasPadam
  2. Rasa tertelan buaj durian mahathir dengam nuar bila tuanku bocor lubang sapa punca ph hancur hahahaha

    BalasPadam
  3. Apabila Tun berdiri, tubuhnya sudah senget dan tak tegak macam dulu. senget dan sepatutnya lama dah rebah tapi ditongkat oleh DAP serta khadamnya DAP.Atuk game over,balik ke tikar sejadah,bersiap sebelum pulang ke kampung asal

    BalasPadam
  4. Rasanya takde sape yg tak cakap tak sah. Macam rogol anak orang. Lepas rogol jumpa bapak dia mintak kawin. Nak tak nak bapak dia kawinkan jugak pasal tak nak perogol lepas macam tu je. kawin tu sah. Cuma sekarang ni nak tau berakhlak ke dapat kawin cara rogol dulu ni?

    BalasPadam
  5. Sepatutnya Agong jadi pendamai. bukan menyebelahi mane2 pihak.. kalau Agong berani dan betul2 adil dia boleh nasihat Abg Deen buat pungutan suara balik utk buktikan Agong dan dia tak cakap bohong. sekarang ni jgn cakap abg Den je takut. Agong pun cuak. Takut cakap diorang hari tu tak betul. Bukan kena keluar duit juta2 pun nak buat pungutan sokongan ni. Barulah dikatakan tak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooi bodoh.. Bukankah agong dah tanya sorang2 ahli parlimen dan siapa diaorg sokong dan Agong kira siapa yg plg bnyk dapat sokongan.. Xpasal2 pagi2 dah kena bodoh.. Geram pulak aku

      Padam
    2. Ydpa tak cakap belit2 macam ko dan macai2 ph.

      Padam
    3. Bodo nya kau ni. Tak sedar dr tidor lg ke. Ydpa, dah cakap yg benar.

      Padam
  6. Hendak la kamu terima pinpinan yg ada
    Yg kamu harap blom tntu lg .Yg ada
    Kan da nampak hasil kerjanya
    Jgn kamu kufur nikmat2 yg di beri.

    BalasPadam
  7. rindu dgn komen pakar ARIFF MULUK...sonyappp skrg.bagi yang masih bertelagah dengan lantikan YDPA itu termasuklah Pemimpin dan penyokong2 MEREKALAH PENGKHIANAT RUKUN NEGARA DAN MEMBENTUK PINTU BELAKANG.mungkin telah diasuh oleh pemimpin mereka yang suka MAIN BELAKANG (mahkamah)

    BalasPadam
  8. Khalid samad mat sabu masih krkal dgn pendirian kerjaan pintu belakang kesian puak ni tau2 dia kena main belakang dgn su nya....apo lagi yg nal di kato nya.

    BalasPadam
  9. yang saya tahu ariff muluk sudah ada komen di blog @ web lain pula.

    BalasPadam