Header Ads

ads header

Flash News

Akhbar AMANAH dan Mahathir kaki putar belit



'Dia curi berbilion, dia bawa dengan lori bagi balik kepada kerajaan, dia kata ini duit aku curi, sekarang jangan ambil tindakan ke atas aku ... Apakah kita di masa depan kalau ada pencuri, dia kena tangkap, lepas itu bagi balik duit, dia dilepaskan? ... Saya tidak persoal keputusan hakim, tentulah ia dibuat mengikut undang-undang, tapi saya khuatir pasal ada banyak lagi pencuri dalam negara kita, kalau kita pegang asas ini pencuri terlepas ... Kalau macam ini undang-undang, mungkin kita kena pinda balik, tapi itu terpulang kepada Dewan Rakyat nak pinda ...' - Dr Mahathir Mohamad (https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/15/dr-m-bimbang-pencuri-lain-mungkin-terlepas-susulan-kes-riza-aziz///www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/15/dr-m-bimbang-pencuri-lain-mungkin-terlepas-susulan-kes-riza-aziz)

Menurut Perkara 48(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana MP yang didapati tidak sempurna akal akan hilang kelayakan menjadi MP. Bukan nak tuduh orang tua dah gila. Tapi saya risau juga bila fikir pasal Dr M. Ini komen saya:

1. Undang-undang membenarkan pihak berkuasa untuk mengkompaun kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 92(1) Akta tersebut. Selepas kompaun dibayar, tiada pendakwaan boleh dibuat terhadap orang yang membayar kompaun untuk kesalahan yang dikompaun itu. 

2. Bila Akta ini mula berkuatkuasa? Pada 15 Januari 2002 (ketika itu, Akta ini dikenali sebagai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001). Bila Akta ini diberi Perkenan Diraja? Pada 25 Jun 2001? Nak tanya sekarang, siapa PM masa itu? Siapa Menteri Kewangan masa itu?

3. Tahun lepas, SPRM (yang diketuai oleh Latheefa Beebi Koya, iaitu seorang lantikan Dr M) telah mengeluarkan notis kompaun terhadap beberapa individu dan entiti untuk membayar kompaun kerana menerima wang 1MDB, dan sekiranya mereka gagal, mereka boleh didakwa di Mahkamah untuk kesalahan berkaitan dengan pengubahan wang haram tapi jika mereka bayar kompaun itu, tiada tindakan akan dikenakan (https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/614856/sprm-keluar-notis-kompaun-terhadap-80-individu-entiti). Saya nak tanya, Dr M tidurkah masa itu? Kenapa tak cakap kat Beebi Koya yang seksyen 92 itu tak betul, jangan guna? Kenapa tak cakap yang kita tak boleh maafkan pencuri walaupun jika dia memulangkan balik barang curi itu? Mesti Dr M tidur lah masa itu!

4. Saja lah Dr M guna istilah "curi" walaupun Riza sebenarnya didakwa untuk kesalahan pengubahan wang haram. Sebab kesalahan curi memang tidak boleh dikompaun, Kanun Prosedur Jenayah tak izinkan. Kesalahan penggubahan wang haram boleh dikompaun selaras dengan seksyen 92 itu. Dr M harus ingat, walaupun beliau bercakap macam orang buta huruf bab undang-undang, PHitnah tetap PHitnah.

P.S. Dr M ini okay kah? Atau saya ja tak faham kata-katanya? Teringat satu pepatah Punjabi: "gunggay day ishaaray, gunggay di ma hi jaan di", ertinya isyarat yang dibuat oleh seorang bisu hanya boleh difahami oleh ibunya. Siapa sini "ibu" Dr M, tolong fahamkan saya maksud kata-kata Dr M!

Dr Shamser Singh Thind
16 Mei 2020

Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2609518445929940&id=2151812461700543
MR :  AMANAH? Ini parti pengkhianat perjuangan Islam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Dr M pemutar belit nombor satu. Dia kata mahkamah ikut undang2 tapi dengan sinis menginsyaratkan seperti tak betul. Inilah ular bercabang dua yang patut dihapuskan.

    BalasPadam
  2. Atuk memang dah lupa n nya.......

    BalasPadam
  3. Betullah apa TM cakap, lepas ni senanglah penyamun2 boleh bagi alasan yang sama utk lepas diri, oh ! Alangkah senangnya dlm hati dpt bebas ... lepas ni giliran siapa pulak

    BalasPadam
  4. Kenapa kes lge tengah bicara di batal kan ag x pertikai kan..x hairan tp tekejut kes kuil mkh tinggi dah buat keputusan ag batal kan tampa ulang bicara x tekejut dan x petikai kan dah lah sindiwara ni zaman maklumat di hujung jari...22tahun dulu bleh tutup sebab maklumat tersimpan lah hujung jari je...pling lama pun 24 jam lepas tu satu dunia tahu.

    BalasPadam
  5. Untuk Anon 17 Mei 2020 2:02 PTG

    Zaman Madey dan AG Lantikannya TOMOI TOMATO lagi banyak senang penyamun lepas diri..Hadamkan ini ye ANON..

    Ini bukan kali pertama Tommy menafikan dia tidak tahu atau tak terlibat dalam keputusan Pejabat Peguam Negara yang cetuskan kontroversi walaupun dia Peguam Negara masa itu:



    Banyak lagi contoh-contoh dalam tempoh singkat dia menjawat:

    KES 1: Peguam Negara tak libat dan tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara gugurkan kes majikan Pulau Pinang dera dan bunuh amah Indonesia.

    21 April 2019: Peguam Negara akan siasat isu gugur kes bunuh amah
    http://www.astroawani.com/berita-malaysia/peguam-negara-akan-siasat-isu-gugur-kes-bunuh-amah-steven-sim-205402

    KES 2. Peguam Negara tak libat dan tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan balas terhadap sabitan dan hukuman penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin

    12 Julai 2019: Kes Wan Ji: Tommy tak sedar rayuan balas pendakwaan
    https://www.sinarharian.com.my/article/37398/BERITA/Mahkamah/Kes-Wan-Ji-Tommy-tak-sedar-rayuan-balas-pendakwaan

    KES 3: Peguam Negara tak libat dan tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara memfailkan affidavit bahawa ahli Bomba Muhammad Adib tidak dipukul.

    “Dalam afidavit yang difailkannya pada 19 Julai, Thomas berkata bahawa walaupun terdapat 1,200 pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara (AGC), beliau tidak mengeluarkan arahan kepada mereka mengenai tugas harian masing-masing.”

    24 Jul 2019: AG nafi afidavit kata Adib tak dipukul perusuh
    https://www.malaysiakini.com/news/485181

    KES 4: Peguam Negara tak libat dan tak tahu kenapa dua pertuduhan tambahan dikenakan ke atas wakil rakyat DAP sehingga dua pertuduhan baru ini digugurkan sebaik sahaja ianya difailkan dalam Mahkamah dengan alasan pertuduhan baru ini adalah berlebihan.

    7 Nov 2019: LTTE: AG jelaskan sebab 2 pertuduhan baru pada Adun DAP dibatal

    KES 5: Peguam Negara tak libat dan tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap kebebasan Raja Formula Negara.

    6 Dis 2019: “AG says appeal against Rafizi acquittal done without his knowledge”
    https://www.theedgemarkets.com/article/ag-says-appeal-against-rafizi-acquittal-done-without-his-knowledge

    KES 6: Peguam Negara kata dia tak terlibat dalam pengguguran kes rasuah Guan Eng.

    5 Sep 2018: Guan Eng bebas, peguam Tommy Thomas tidak terlibat
    https://www.beritaharian.sg/dunia/guan-eng-bebas-peguam-tommy-thomas-tidak-terlibat

    BalasPadam