Header Ads

ads header

Flash News

Allah Mendorong Si Mati Ke Tempat Kematiannya..


Arwah disahkan positif Covid-19 setelah ditemui meninggal dunia di tepi jalan menghala ke Muadzam Shah, Pahang ketika dia sedang berjalan kaki pulang ke rumahnya di Kuala Terengganu dari tempatnya di Segamat, Johor.
.
Oleh kerana terlalu rindukan anaknya di kampung, arwah berkeras juga untuk pulang walaupun dengan hanya berjalan kaki setelah sekian lama terpisah dengan keluarganya semenjak PKP bermula.
.
Di pertengahan jalan, ada sumber memaklumkan kepada kami yang arwah ada melintasi kawasan Sekatan Jalanraya (SJR) tempat anggota tersebut bertugas dan arwah dilihat dalam keadaan lemah tidak bermaya.



Atas ehsan mereka, arwah diberikan makanan dan dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanannya itu. Namun arwah berkeras juga untuk pulang berjalan kaki yang dimulakannya sejak pagi Jumaat, 08 Mei 2020 yang lepas.
.
Bimbang dengan keselamatan dirinya, pihak waris meminta pihak berkuasa mengesan kedudukan arwah setelah gagal untuk dihubungi.
.
Sehinggalah arwah ditemui telah meninggal dunia di tepi jalan menghala ke Muadzam Shah pada tengahari Isnin, 11 Mei 2020.
.
"Alhamdulillah, jenazah Almarhum Mohd Haszlee bin Hashim selamat disemadikan sebelum Zohor tadi di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan.

Innalillahi wainna ilaihi roojiiun.
.
Kakak arwah yang menghubungi kami memaklumkan arwah adiknya itu sangat bertanggungjawab pada keluarganya. Walaupun terkejut dengan khabar berita kematian adiknya itu, dia dan keluarganya tetap redha dan menerima suratan takdir tersebut.
.
Jenazah dibawa dari Hospital Muadzam Shah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk urusan saringan Covid-19.
.
Kami berada di Forensik HTAA, Kuantan seawal jam 9:00 pagi tadi. Saya diminta oleh Pegawai Perubatan di Unit Forensik berkenaan untuk memimpin bacaan doa sebelum prosedur dimulakan.
.
Urusan jenazah dilakukan di bilik autopsi dengan cara menyapu debu tayyamum sebagaimana yang difatwakan oleh Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
.
Setelah itu, jenazah dikafankan di atas 3 helai kain putih sebelum disolatkan jenazahnya di situ juga. Ahli keluarganya hanya dapat melihat untuk pengecaman mayat arwah dari luar cermin jendela bilik autopsi sahaja.
.
Jenazah kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan menggunakan Van Jenazah HTAA diiringi sebuah MPV PDRM, 2 buah van KKM dan Van SPJ5.
.
Cuaca ketika proses pengebumian jenazah agak panas setelah hujan yang turun sejak semalam mula berhenti.
.
Dalam keadaan memakai alat pelindung diri (PPE) yang lengkap satu badan, kami perlu mengambus tanah secara bergilir-gilir setelah jenazah dimasukkan ke liang kubur.
.
Ada beberapa kali saya mula pitam kerana berasa terlalu lemas berada dalam keadaan tersebut. Peluh mencurah-curah membasahi pakaian kami. Matahari berada tegak tepat di atas kepala kami.
.
Allahuakbar. Tidak terbayang betapa hebatnya barisan petugas hadapan yang memakai pakaian berkenaan seharian. 😢
.
Setelah selesai, pihak KKM menyembur seluruh badan kami dengan cecair pembasmi kuman sebelum kami pulang semula ke Forensik HTAA untuk membersihkan diri.
.
Ketika alat pelindung diri (PPE) tersebut ditanggalkan satu persatu, saya melihat jari tangan dan kaki saya mengecut dan ada luka kecil kerana memakai pakaian berkenaan dalam tempoh yang agak lama.
.
Walaubagaimanapun kami bersyukur kerana urusan fardhu kifayah tersebut berjaya juga disempurnakan. Alhamdulillah.
.
Pihak waris mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan dalam menyempurnakan jasad ahli keluarga mereka.
.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak Unit Forensik HTAA, Kuantan, pasukan PDRM & KKM, pihak Tanah Perkuburan Islam Setali, pasukan SPJM Negeri Pahang yang diketuai Hj. Yuseri dan semua yang terlibat dalam membantu menyempurnakan urusan jenazah ini.
.
Sesungguhnya apa yang berlaku adalah kehendak Allah swt. Jika Allah swt menetapkan ajal seseorang itu di sesuatu tempat, Allah pasti akan mendorongnya ke tempat tersebut walau dengan pelbagai cara sekalipun.
.
Begitulah situasinya dengan arwah tersebut. Ajalnya memang telah ditetapkan di situ.
.
Oleh sebab itulah dia begitu nekad dengan keputusannya untuk berjalan kaki dari Segamat ke Kuala Terengganu walaupun jarak perjalanannya itu sejauh lebih 400 kilometer!
.
Semoga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh & semoga ahli keluarganya redha dan tabah menerima ujian yang ditetapkan Allah ini. Aamiin.
.
Rahsia kematian tiada siapa yang mengetahui. Ia kekal menjadi rahsia Allah swt terhadap sekalian makhluk-Nya.
.
Persoalannya, bersediakah kita menghadapi saat kematian itu?
Tepuk dada tanyalah iman..." ❤️
.
SYABAS SKUAD!
BERKHIDMAT SECARA BERJEMAAH DIBERKATI ALLAH SWT!
.

Untuk sebarang sumbangan, sila salurkan ke akaun rasmi pertubuhan:-
*PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA* (PPM-026-14-24012018)
CIMB: 8603-48-9285
BSN: 1410-0410-0030-6186
.
SPJ MALAYSIA KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFESSIONAL ANTARABANGSA
.
Akhukum fillah;
Ustaz Rafie Zainal - Undertaker
Skuad Pengurusan Jenazah - SPJ Malaysia
Majlis Usrah Nur Fattah



MR :  Semoga Allah berkati beliau


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. semangat dh nak tgk arwah sampai kepangkuan anak dia selepas berjalan kaki 400km..

    rupanya dia berjalan kearah allah...
    al-fatihah.

    BalasPadam
  2. Mari coba keberuntungannya disini AjoQQ"c0m
    Kontak whatsapp +855969190856
    Sedia deposit pulsa juga (min 20rb)

    BalasPadam