Header Ads

ads header

Flash News

Annuar bayangkan peralihan k'jaan kepada PN tak terhenti di Kedah


Susulan kejatuhan pentadbiran PH di Kedah, BN hari ini memberi gambaran bahawa usaha menukar kerajaan di negeri-negeri tidak terhenti setakat ini sahaja.

Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata ia akan diteruskan sebagai usaha pengukuhan politik oleh Perikatan Nasional (PN).

"Ia sebahagian daripada matlamat PN untuk mengukuhkan politik, dan tidak terhenti setakat Kedah sahaja, mungkin akan ada lagi. Kalau ada satu atau dua negeri lagi nak ikut jejak langkah Kedah, kita sangat mengalu-alukan.

"Ada (maklumat tentang pertukaran) dan sentiasa diusahakan. Negeri PN yang sudah terbentuk seperti Johor, Melaka dan Perak, sekarang masa untuk mereka bekerja. Masa untuk berpolitik sudah habis.

"Bagi Kedah yang baru bertukar, sama juga masuk fasa baru, menteri besar baru, disokong parti-parti dalan gabungan PN akan kena buat kerja," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada imam dan bilal masjid Parlimen Ketereh di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertukaran kerajaan di Kedah yang menyaksikan PH kehilangan kuasa di negeri itu.

Hari ini Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai menteri besar selepas hilang majoriti sokongan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).

Ia susulan dua Adun PKR iaitu Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin, keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada PN pada 12 Mei lalu. Langkah itu disusuli dengan empat Adun Bersatu.

Tempatnya itu akan digantikan Adun Jeneri daripada PAS, Muhammad Sanusi Md Nor.

Annuar yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata negeri-negeri yang masih ditadbir PH boleh bersiap-sedia untuk kemungkinan itu.

"(Negeri) yang belum tukar lagi bolehlah bersiap-siap untuk tukar, dan kita tukar kepada budaya bekerja.

"Kita ucap terima kasih kepada Mukhriz atas perkhidmatannya selama 23 bulan. Semua orang sudah cuba, Mukhriz cuba dengan caranya sendiri tapi mungkin tak berapa berjaya.

"Maka sekarang giliran PN pula mencuba dengan cara kita. Kalau kita tak berjaya rakyat akan buang juga. Kita ambil ikhtibarlah daripada kerajaan yang dibuang," katanya lagi.

Kerajaan PH di Kedah yang bermula sejak gabungan itu menewaskan BN pada PRU14, bertahan selama dua tahun.

Ia selepas peralihan sokongan enam Adun - dua bekas PKR dan empat daripada Bersatu - PN kini menguasai 23 daripada 36 kerusi di DUN Kedah.

MR :  Rasa Selangor boleh


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Next.. NS dan Sabah.Selangor masih mampu berdikari kerana banyak hasil

    BalasPadam
  2. Kata jangan berpolitik sebab covid..vabi nya melayu ameno...

    BalasPadam
  3. Tahniah kepada PN kedah...
    Syukur Alhamdulillah ...
    Kerajaan sekarang lebih perihatin kepada rakyat.

    BalasPadam