Apabila seseorang Pengerusi itu membuat keputusan untuk meletakkan jawatan, MPT tiada kuasa untuk menolak
KUALA LUMPUR: Keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah selaras dengan perlembagaan parti itu sendiri, kata seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Pemimpin berkenaan, yang juga merupakan salah seorang pemimpin Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu berkata, keputusan itu adalah berdasarkan Perkara 16.9 Perlembagaan Parti.
“Dalam perlembagaan Bersatu fasa 16.9, bila Pengerusi berhenti... Presiden memangku hingga jawatan diisi.
Terdahulu, ROS dalam satu surat bertarikh 5 Mei 2020, menjelaskan Dr Mahathir sendiri telah memutuskan untuk meletak jawatan selaku Pengerusi pada 24 Februari 2020, dan berkuatkuasa serta-merta.
Ia berkata, susulan tindakan itu, maka Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak memangku jawatan itu sehingga pemilihan untuk penggal baharu selesai.
“Oleh itu, berdasarkan dokumen yang dikemukakan iaitu surat perletakan jawatan pengerusi, ROS mengesahkan bahawa perletakan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu oleh Yang Berhormat Tun Dr Mahathir Bin Mohamad adalah sah.
"Pemangkuan jawatan Pengerusi Bersatu oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Presiden Bersatu adalah juga sah dan masih berkuatkuasa selaras dengan peruntukan perlembagaan Bersatu sehingga diadakan pemilihan pengerusi baharu.” menurut isi kandungan surat itu lagi.
MR : Sekali lagi Mahathir terkena dengan percaturan diri sendiri
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Bersedialah untuk melihat ular2 memutar belit ke sana sini dengan gerak geri yang menjijikkan dalam dua tiga minggu ni.
BalasPadamBoleh ke seorang ahli biasa yang tidak mempunyai apa apa kedudukan dicalonkan sebagai pengerusi BERSATU, kalau boleh, terpaksa lah ambil tindakan displin keatas ahli biasa yang disebut tu kerana bertentangan dengan keputusan parti. Walaupun tiada calon lain bertandingan tapi proses pemilihan belum dijalankan atau pencadang untuk ahli biasa tu tak layak lalu pencalunan ahli biasa sebagai pengerusi dibatalkan.
BalasPadamPERCATURAN..?
BalasPadamNampak macam madet tengan main dam haji ja...
dia galak makan sampai 3 lapis..
tapi sekarang haji dh kena kepung..
sebab galak sangat nak makan banyak... rupanya langkah makan diri..
raja perangkap kini terperangkap di dalam perangkap sendiri.