Header Ads

ads header

Flash News

Armada Terenganu, Sabah tolak kembali pada PH


Keputusan Pemuda Bersatu (Armada) untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) tidak dipersetujui pemimpin Armada Sabah dan Terengganu.

Ketua Armada Sabah, Isquzawan Israq Arsit, berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya pendirian itu kerana ramai ketua Armada bahagian tidak diberitahu mengenai hasrat Armada Pusat dalam hal tersebut.

"Pendirian Armada Sabah ialah tidak bersetuju. Ia bukan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Exco Armada Pusat, sebaliknya mesyuarat khas yang dinyatakan dalam kenyataan media Armada Bersatu Malaysia itu sebenarnya merupakan Mesyuarat Penyelarasan Agihan Bantuan Armada Bersempena Ramadan 2020 dan Perjumpaan Bersama Pengerusi Bersatu," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Senada dengan Sabah, Ketua Armada Terengganu Syaiful Irfan Anang menegaskan, pendirian Armada Terengganu tetap bersama presiden parti selain tidak mahu bermusuh dengan mana-mana parti yang menyokong Perikatan Nasional.

Armada Pusat hari ini dilaporkan menyokong agar Bersatu kembali bekerjasama dengan PH selain menyatakan sokongan terhadap pendirian pengerusi mereka, Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan Umno.

Sementara itu, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata semua pihak perlu merujuk kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 23 Feb lepas untuk membawa parti keluar daripada PH selaras dengan Fasal 13 perlembagaan parti.

“MPT adalah badan tertinggi parti di luar mesyuarat agung. Oleh itu, keputusan tersebut adalah mengikat ke atas seluruh parti dan kekal sehingga ada keputusan sebaliknya daripada MPT itu sendiri,” katanya yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam satu kenyataan.

- Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Bagus...berterus terang lagi baik daripada jadi pengkianat dalam PH macam Si Kitul.,BYE BYE

    BalasPadam
  2. X SOKONG SBB DPT JAWATAN DLM KABINET ATAU GLC.
    SOKONG SBB X DPT JAWATAN

    BalasPadam