Header Ads

ads header

Flash News

Bayaran pengeluaran i-Akaun KWSP dikreditkan bermula esok


KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bayaran Pengeluaran i-Akaun yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula esok sehingga 18 Mei ini.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, ahli akan dimaklumkan melalui kemudahan i-Lestari Online sejurus selepas bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank mereka sekiranya akaun mereka adalah aktif dan tidak dibekukan.

Menurutnya, tarikh sebenar wang tersedia dalam akaun bank ahli bagi tujuan pengeluaran adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran di pihak bank masing-masing, yang mungkin mengambil tempoh satu hingga tiga hari dari tarikh KWSP membuat pindahan.

"Sejak pelancaran i-Lestari pada awal bulan April 2020, kami telah meluluskan lebih 3.51 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion.

"KWSP telah mengadakan perbincangan mendalam dengan bank-bank rakan kongsi sepanjang bulan lalu bagi memastikan sistem dan infrastruktur mereka bersedia untuk menerima dan memproses sejumlah besar deposit pada satu-satu masa.

"Lanjutan daripada perbincangan itu, kami telah bersetuju kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian secara berperingkat dari KWSP ke institusi kewangan.

"Insya-ALLAH jika semuanya berjalan lancar, dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alizakri berkata, KWSP memahami keperluan mendesak ahli untuk menggunakan wang bagi melalui waktu mencabar ini walaupun terdapat kekhuatiran pengeluaran i-Lestari akan mengurangkan simpanan persaraan mereka.

"Kami berharap ahli telah berfikir secara mendalam sebelum memutuskan jumlah yang akan dikeluarkan dari Akaun 2 mereka kerana mereka perlu mengimbangi keperluan tunai semasa dengan keperluan untuk memiliki kewangan yang utuh pada masa depan.

"Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, kami menggesa ahli untuk membuat janji temu dengan pegawai Khidmat Nasihat Persaraan yang akan membantu mengkaji dan merangka semula rancangan persaraan mereka," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua KWSP berkuat kuasa 1 April lalu bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.

Inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Saya boleh pergi kwsp perjabat ambil duit yang saya permohon tidak

    BalasPadam
  2. Sebab saya tidak bank akaun .kecuali saya pergi perjabat kwsp .

    BalasPadam
  3. saya dah buat permohonan tapi saya saya takde acc bank .sebab acc bank hilang n so sya buat permohonan dah diluluskandiluluskan sehingg tarikh yang saya dapat ialah 20 hari bulan so sya nak tanya kewangan kwsp masukkan ke sebab sya tak yakin n sya pakai no acc kawan saya

    BalasPadam
  4. Duit kwsp adik saya dah dipotong tpi kenapa belum masuk dalam akuan bank...dia menggunakan akuan bank saya sbb belum ad akuan bank sendiri

    BalasPadam
  5. Saya punya di ganti dengan cek jurubank.. Bila kah Saya akan dapat cek dan Macam mana Cek tu nk Sampai ketangang saya

    BalasPadam
  6. Saya punya digantikan dengan cek jurubank. Tapi sampai sekarang saya belum lagi terima cek itu. Sampai bila saya harus tunggu cek sampai?

    BalasPadam
  7. 27hb.6.2020 kwsp i lestari sudah dapat.utk bln july bila masuk??

    BalasPadam
  8. Askum nak tnya Kalau nak tutup Akaun Kwsp boleh ke.tanya Saja.klau boleh macam mne urusan. Boleh Kua ke dalam Akaun kalau Ada Wang.tak faham ni.tu yg tnya. Maf tnya sje

    BalasPadam