Header Ads

ads header

Flash News

Bekas menteri akan dipanggil selepas pembantu ditahan dalam kes babit pemaju KL


KUALA LUMPUR: Bukit Aman memulakan siasatan ke atas dakwaan rasuah membabitkan seorang bekas menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan, FMT mendapat tahu daripada sumber.

Difahamkan, setiausaha politik menteri itu sudah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah di Kuala Lumpur untuk disoal siasat atas dakwaan rasuah membabitkan beberapa pemaju di ibu negara.

Satu laporan dibuat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pemeriksaan FMT mendapati siasatan sedang dijalankan polis Brickfields dan Sentul atas “2 jenayah komersial”.

Satu sumber turut memberitahu FMT, polis akan memanggil bekas menteri itu dan timbalannya tidak lama lagi, serta pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

FMT sudah menghubungi polis untuk mendapatkan butiran lanjut dan bekas menteri itu yang namanya tidak didedahkan sementara menunggu pengesahannya.


MR :  Macam rasa kena bala aje pasal dulu ada fitnah dan mengatakan hudoh kepada tokoh ulama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. SYED SADDIQ dan pimpinan P unah H arapan kena JUJUR jawab kerana menyalak menentang RASUAH/SALAHGUNA KUASA DAN KRONI2

    BalasPadam
  2. Tu la lain kali jangan cakap besaq. Madey kata masa ph dah tak dak rasuah.

    BalasPadam
  3. Betul cakap besar. Besaaaar sangat.
    Allah Maha Adil.
    Kalau tak kena kat dunia, kat akhirat nanti lagi teruk.
    Baik kena kat dunia, nanti kat akhirat Allah ganti kejahatan dengan kebaikan.

    Tu sebab kalau ada orang yang sedang menjalankan hukuman dunia, jangan di caci atau dicerca. Nasib dia kat akhirat nanti entah entah lebih baik daripada kita.

    BalasPadam
  4. Sy nasihatkn kepada para wartawan jgn ambil pot tentang ph ni u thu x makin u siarkn aktiviti mereka negara kita x kn aman....ingat...!!!!!!Tu.

    BalasPadam