Header Ads

ads header

Flash News

Belum apa-apa 39 MP PKR bercakap tentang peralihan kuasa


Di tengah-tengah spekulasi bahawa Pakatan Harapan (PH) mempunyai sokongan yang cukup daripada anggota parlimen untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), anggota parlimen PKR menegaskan peralihan kuasa harus dilakukan "seperti yang dijanjikan".

Perkara itu ditegaskan oleh 39 anggota parlimen PKR dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh ketua whip parti itu, Johari Abdul.

Walaupun tidak mengulas lanjut, mereka dipercayai menyentuh janji bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan kuasa kepada presiden PKR Anwar Ibrahim tahun ini.

"Kami mengambil maklum bahawa proses rundingan dan perbincangan dengan semua pihak masih berterusan, demi mengembalikan mandat rakyat ke tempat yang sepatutnya pada kadar segera.

"Ini bukan pertarungan di kalangan elit politik untuk merebut kuasa, tetapi sebaliknya adalah usaha membawa agenda Reformasi sebenar yang mengutamakan kepedulian rakyat.

"Sebarang peralihan kuasa perlu berlaku sepertimana yang dijanjikan, berjalan dengan tertib dan aman, serta mengikut lunas undang-undang," tegasnya.

Terdahulu, dikhabarkan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah telah mengumpulkan sokongan 129 anggota parlimen daripada 222 anggota di Dewan Rakyat bagi mencabar keabsahan kerajaan PN.

Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) Azmin Ali hari ini berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu namun memberi amaran agar pihak berkenaan tidak mengheret negara ini ke dalam krisis politik sekali lagi.

Sebagai rekod, semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu, susunan tempat duduk menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti tipis dua kerusi dengan sokongan 114 anggota Parlimen.

Sementara itu, anggota parlimen PKR berkata, mereka akan melipatgandakan usaha bagi meneliti dan menggubal  dasar yang mengutamakan nasib rakyat, serta agenda reformasi di dalam dan luar parlimen.

Menurutnya, anggota parlimen PKR juga menekankan keperluan meneliti usaha selama ini untuk menepati janji-janji yang dibuat serta mengelak daripada mengulangi kesilapan lalu.

"Ahli-Ahli Parlimen Keadilan diingatkan agar menitikberatkan kebajikan warga terutama yang terkesan akibat Covid-19 termasuk yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan, di mana usaha menyeluruh diperlukan," jelasnya.


MR :  Ini semua kerja HANCING belaka!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Adakah pakatan kafir harbi-liberal berhak bercakap tentang mandat rakyat sedangkan pakatan kafir Harbi-liberal juga yang telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll?

    BalasPadam
  2. Kepada rakyat yg rasa mahu d perbodohkan lg dgn puak PH ..SILA UNDI PAKATAN HAPRAK..
    Aku x mahu kerana aku waras..
    Like TSMY

    BalasPadam
  3. Kembalikan mandat rakyat.
    WAJIB.
    Tolak Pengkhianat
    WAJIB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muluk Muluk yg pengkhianat adalah PH . Janji pada rakyat tak dtunaikan . Janji Tun kamu mahu tuntut . Specis apa kamu ini ?

      Padam
    2. ARIFF MULUK akan mengiringi TUN dn 129 MP akan mengadap YDPA secepatnya utk menyatakan KAMI bersedia utk MERAMPAS KUASA yang diiktiraf YDPA serta SAH dalam perlembagaan.Bagi menyakinkan bahawa KAMIlah yang telah KHIANAT MANDAT RAKYAT DI PRU 14 serta MERUNTUHKAN KERAJAAN 22 BULAN.MOHON YDPA PERKENANKAN...

      Padam
    3. RBA ternakan parti kafir Harbi DA-Pigs mahu bercakap tentang mandat rakyat tetapi pada masa yang sama Pakatan Hancing pimpinan DA-Pigs telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll.

      Ini membuktikan RBA dan tuan kafir Harbi mereka adalah pembohong yang sangat menjijikkan.

      Padam
  4. Muluk ni akan ketawa seorang diri ambil duit geng2 madey dan puaka hancing sambil mengetahui madey dan geng tak kan menang perang saraf ni dan dan dia makin hari sakit jiwa sebab dia tahu dalam hati jadi cybertrooper dapig ni salah. Jadi lose-lose ��

    BalasPadam
  5. Tak tau nak cakap apa dengan temberang ph yang mendakwa cukup sokongan kononnya.Mp mana yang kepala masuk air nak sokong tu.. Jalan mudah lebih baik masuk blok pn terus dari mendengar khayalan puak kencing rakyat. Jika kamu puak pembohong dah cukup SD, belum subuh lagi dah tunggu depan Istana.Ph sudah semakin tenat kerana gara gara nafsu dua ekor ayam tua yang sudah lemah tenaga.Rakyat kasi mandat untuk korang mengurus negara bukan suruh menipu atau meratib manifesto bukan kitab suci atau kencing rakyat.Tak lama lagi rakyat akan kencing pula ph hingga ph terbantut puluh tahun

    BalasPadam