Header Ads

Header ADS

Berhenti ambil pekerja warga asing di Pasar Selayang, kata Annuar Musa


Pasar Selayang yang terkenal dengan warga Rohingya jangan lagi dilabel sebagai Little Myanmar, sebaliknya perlu dikekalkan nama asal.

Tan Sri Annuar Musa sebagai Menteri Wilayah Persekutuan mengingatkan ‘tauke’ atau majikan perniagaan di Pasar Selayang agar mengambil pekerja tempatan dan bukannya warga asing. Hal ini kerana mengambil pekerja warga asing seolah-olah menggalakkan mereka menjadikan kawasan itu sebagai lubuk mata pencarian.

Akibatnya, jumlah mereka akan menjadi terlalu ramai dan mendominasi pekerjaan yang terdapat di Pasar Selayang tersebut. Menurut spot check yang dilakukan semasa PKP juga mendapati bilangan mereka menjadi ramai sehingga mencecah ratusan ribu di sesuatu kawasan.

Kajian data UNHCR juga menunjukkan seramai hampir 46,740 pula adalah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun yang lahir di Malaysia.

Di saat PKP, majikan telah menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan di sekitar Pasar Borong KL sejak fasa 1 PKP iaitu 20 April yang lepas.
“Saya terkejut apabila dilaporkan hari ini lebih 1 ribu orang tempatan bekerja di pasar borong (KL). Persoalannya boleh pula ambil pekerja tempatan, kenapa sebelum ini ambil pekerja asing?
“Jawapannya, mungkin kerana majikan mahu jimat dari segi bayaran upah kerana upah warga asing jauh lebih murah jika dibandingkan dengan pekerja tempatan. Hal ini kerana faktor peraturan gaji minimum yang perlu dipatuhi oleh majikan untuk pekerja tempatan.
“Tetapi jika sesuatu perniagaan itu untung, kenapa majikan begitu kedekut untuk menggaji pekerja tempatan dengan tahap gaji minimum. Walhal begitu banyak kelebihan mengambil pekerja tempatan dari warga asing. Pekerja asing kebanyakannya kurang mengamalkan kebersihan yang baik, tiada permit perjalanan dan bukan warganegara,” katanya pada sesi langsung FB Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini.

Annuar juga berharap pengambilan warga tempatan itu terus dilaksanakan pada masa akan datang dan merayu majikan atau tauke agar sayangilah negara dan berhentilah mengambil warga asing sebagai pekerja di Pasar Borong KL.

“Terdapat ramai warga tempatan dan gelandangan yang mahu bekerja, malah sesetengahnya hari ini sudah selesai menjalani temuduga.
“Saya tidak mahu lagi lihat pasar borong ini jadi Little Myanmar atau Little Arakan, sebaliknya Selayang perlu kekal dikenali sebagai Selayang,” katanya.

Tan Sri Annuar telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melihat perkara tersebut dengan serius dan selesaikan masalah ini dengan tegas dan telus.
“Saya tahu perkara ini susah untuk dilaksanakan, ada tauke atau majikan yang tak suka dengan apa yang saya sebutkan tetapi kita tak mahu lihat Chow Kit, Selayang dipenuhi warga asing. Saya juga mendapat laporan Little India dan Petaling Street juga didominasi dengan warga asing. Ini sangat mengecewakan.
Utamakan pekerja tempatan, mungkin agak sedikit mahal tapi ia berbaloi dan tidak salah berkongsi keuntungan dengan rakyat sendiri“, tegas Annuar.

“Jika hanya fokus kepada keuntungan dengan sanggup ambil warga asing, maka akan terjadilah apa yang kita lihat sekarang di mana kawasan ini sesak dipenuhi dengan warga asing sehingga masyarakat tempatan menjadi tidak selesa dan kita sendiri rasa tidak selamat,” katanya.



MR :  Satu pendekatan terbaik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Kerajaan boleh gunakan segala kuasa yang ada samaada kuasa politik,undang undang dan seumpamanya dalam mengurus serta mengawal permasaalahan kerana ianya tidak boleh lagi dielakkan dalam kitaran ekonomi atau perniagaan. Pantau peranan jabatan berkenaan untuk elakkan unsur unsur seperti duit kopi dsb.Warga pendatang asing bukan setakat menjadi kuli lagi sekarang ,malah mereka sudah ramai yang mampu menjadi taukeh perladangan,pembinaan,gedung perniagaan dan lain lain. Persoalannya adakah mereka ini membayar cukai pendapatan. Kekadang majikan dan individu mengambil warga asing kerana alasan menjimatkan kos upah atau komitmen dalam pekerjaan dan lain lain kepentingan seperti mengelakkan untuk membayar kepada kwsp dan perkeso.Dalam mengawal pengambilan warga asing yang bersaing dengan rakyat tempatan,kadar bayaran levi atau permit yang tinggi boleh dikenakan pada sektor terpilih

    BalasPadam
  2. Setuju dengan pendapat tuan... Harap pihak berkuasa dapat perbaiki keadaan ini demi negara tercinta.

    BalasPadam
  3. Setuju tapi AM mesti juga menjaga integriti penjabat2 sama ada ahli2 politik atau jabatan2 bertanggungjawab melaksanakan pemulihan pasar selayang supaya tidak dikuasai oleh unsur2 samseng yang menafikan peluang perniagaan disitu oleh rakyat malaysia yang sewajarnya.

    BalasPadam
  4. Baru sekarang menteri wilayah nak bersuara.?
    Takpa la.. better late then never.

    Tokey yg ditangkap ambil PATI esok ni elok la dihantar kenegara pekerja yg beliau ambil.
    nak sangat... pi ikut depa balik myanmar

    BalasPadam
  5. Bagi sebatang sungai bila dijejaki ke hulunya yang rata,berbukit atau bergunung ganang pasti akan berjumpa dengan punca permulaan air samada dari titisan embun,awan,mata air,salji atau lain lain.Sama juga dengan PATI ,hanya dengan cukup kaedah hikayat cerita bangau oh bangau akan bertemu punca punca penyebabnya. Hanya yang tinggal ialah kemahuan dan kemampuan untuk membenteras kerana PATI juga penting kepada pihak pihak yang berkepentingan terutamanya dari sudut ekonomi.Yang salah ialah kerana cara kemasukan tidak menurut saluran yang sah. Tiada satupun negara yang bebas 99.99 peratus PATI waima dinegara yang maju dan terkehadapan dalam saringan keselamatan sekalipun,selagi ianya melibatkan sesama manusia dan menguna pakai undang undang rekaan manusia. Begitulah juga dengan negara Malaysia yang luas sempadan lautan, maka adalah mustahil mampu mencegah kehadiran PATI dan kemasukkan warga asing

    BalasPadam
  6. Ok lah tu dari x buat langsung.ada jugak usaha.

    BalasPadam
  7. satu permulaan yang baik.22 bulan PH tak buat apa.gaduh nak PM jah.Ubah dan ubah tanpa perlu melaung2 REEFOORMASIIII.Akhirnya BASI

    BalasPadam
  8. Nak halang pati kat Malaysia ni kena cari dalang nya balik.
    Siapa yg luluskan permit kemasukan warga bangladesh satu masa dulu.
    Yg melibatkan adik seorang menteri.
    Siapa yg luluskan syarikat utk kutip levi dari pelancong china datang kemalaysia..

    Semua rakyat dah tahu.
    Siapa pemimpin nya

    Malah dia salah satu pemimpin parti politik terbesar di malaysia.

    BalasPadam
  9. Kalau mereka tak dapat kerja, mereka akan jadi perompak dan pelacur tuan annuar Musa oi.
    Kembangkan lah bisnes org tempatan Please dan benarkan mereka ambil warga asing utk bekerja.

    BalasPadam
  10. tuan ini dari www.malaysiapolitik.com. Mohon jasa baik tuan untuk gantikan laman web Isu Viral Politik di minda kiri kepada Malaysia Politik. Laman Isu Viral Politik telah berpindah ke www.malaysiapolitik.com (Malaysia Politik)

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.