Header Ads

ads header

Flash News

Bersatu Selangor sokong Muhyiddin pangku jawatan pengerusi


Bersatu Selangor menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai pemangku presiden Bersatu bagi menggantikan Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari, berkata sokongan kepada perdana menteri itu adalah selaras dengan perlembagaan parti susulan kenyataan Mahathir bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi.

"Berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Bersatu maka Bersatu Selangor secara sebulat suara menyokong pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan pemangku pengerusi Bersatu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rashid berkata, susulan tindakan Mahathir itu, peruntukan Artikel 16(9) perlembagaan parti itu terpakai.

"Bersatu Selangor juga menyanjung tinggi dan menghormati serta mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tun Dr Mahathir," katanya lagi.

Abdul Rashid

Artikel itu antara lain menyatakan jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, presiden parti perlu memangku jawatan itu sehingga pemilihan untuk pengerusi baru diadakan.

Susulan langkah Muhyiddin mengumumkan keluarnya Bersatu daripada PH, Mahathir pada 24 Februari lalu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi.

Bagaimanapun pada 27 Februari, setiausaha agung parti Marzuki Yahya berkata Mahathir telah menerima kembali jawatan itu.

Dua hari kemudian, Muhyiddin mengumumkan beliau memangku jawatan itu, yang bercanggah dengan kenyataan Marzuki.

Ia merupakan antara perkembangan awal perpecahan Bersatu, iaitu pihak yang menyokong Mahathir dan pihak yang menyokong Muhyiddin.

Jawatan Marzuki sendiri kini dalam pertikaian, apabila Muhyiddin memecat Marzuki daripada jawatan itu pada 18 Mac, dan melantik Hamzah Zainuddin sebagai penggantinya.

Mahathir bagaimanapun berkata tindakan itu tidak mengikut peraturan parti, maka ia terbatal dan tidak sah.

Untuk rekod, mengikut perlembagaan Bersatu, jawatan pengerusi mempunyai kuasa muktamad mengatasi jawatan presiden.

Berhubung jawatan pengerusi pula, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Syed Hamid Albar pada sebelum ini berkata hanya Mahathir yang menghantar borang pencalonan bagi jawatan pengerusi, dan justeru menang tanpa bertanding.

Pemilihan Bersatu akan diadakan tidak lama lagi. Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir, antara segelintir pemimpin yang berpihak kepada Mahathir, akan mencabar Muhyiddin bagi jawatan presiden.

Dalam pada itu, Abdul Rashid turut membayangkan keanggotaan Mukhriz alam parti itu telah terlucut, kerana "menongkah arus dan tidak sehaluan" dengan Muhyiddin.

"Tindakan beliau yang telah menongkah arus dan tidak sehaluan dengan presiden Bersatu seperti menubuhkan kerajaan Kedah bersama-sama dengan parti pembangkang.

"Mengambil keputusan untuk duduk di sebelah parti pembangkang di dalam persidangan Parlimen pada 18 Mei 2020 maka peruntukan di bawah Artikel 10(2) Perlembagaan Bersatu adalah terpakai," katanya.

Artikel sama pernah dibangkitkan ketua penerangan Radzi Jidin sebelum ini berkaitan Mukhriz, tetapi Marzuki berkata ia tidak terpakai memandangkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) tidak pernah membuat keputusan untuk meninggalkan PH.

"Segala tindak tanduk dan arah parti adalah tertakluk kepada keputusan Dr Mahathir selaku pengerusi selain selaras Fasal 16.2," kata Marzuki.



MR :  Perang Saudara ni!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Dalam audio mesyuarat ppbm mahathir kata nak keluar ph. Strategi dia semua dah kena muka dia balik. Mungkin dia nak letak jawatan pm untuk keluar dari ph tapi dia tak sangka ahli parlimen milih muhiyidin sebagai pm..ha ha. Lepas tu dia marah lah dakwa muhiyidin khianat. Kalau agung dah umum muhiyidin sebagai pm takkanlah dia nak letak jawatan bagi kat mahathir. Akhirnya terperangkap jerat sendiri.

    BalasPadam
  2. Dengar sepenuhnya juga titah YDPA dalam parlimen semalam... Setiap rakyat yang sihat otaknya akan faham antara fakta dan auta dan menjadikan puak puak ph semakin sewel kerana isu pembohongan yang dijaja puak arif muluk seperti cerita tebuk atap, pintu belakang, cungkil dinding,khianat atau pecah lantai dah tak relevan .

    BalasPadam