Header Ads

ads header

Flash News

Cukuplah Tun Dr. Mahathir


Kita menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan keadaan yang suram tanpa tradisi ‘balik kampung’, kunjung-mengunjung dan rumah terbuka akibat ancaman pandemik Covid-19.

Kesuraman ini bukan sahaja kerana tradisi dan norma raya kita telah terjejas, tetapi juga disebabkan ancaman pandemik ini kepada nyawa manusia dan ekonomi.

Di seluruh dunia, terlalu banyak industri dan aktiviti perniagaan telah terjejas teruk. Sehingga hari ini tamadun ini berusaha mencari jalan untuk bangkit semula dalam keadaan mencuba-cuba mencari solusi terbaik melawan pandemik ini.

Di negara kita, selain kemelut nyawa dan ekonomi, kita turut berhadapan ketidakstabilan politik yang mungkin antara paling getir dalam politik pasca hari merdeka.

Kerajaan yang dibentuk pada Mac 2020 bukan sahaja mempunyai majoriti tipis, malah bakal berhadapan ancaman penggulingan pada bila-bila masa.

Apa yang sangat mengecewakan ialah usaha untuk menjatuhkan kerajaan ini datang dari Tun Dr Mahathir Mohamad. Tokoh negarawan yang telah dua kali menjadi Perdana Menteri, dan berpuluh tahun bercakap soal pentingnya kerajaan yang stabil untuk mengukuhkan ekonomi negara.

Namun kita tidak boleh menafikan hak untuk menjatuh dan menubuhkan kerajaan melalui sistem demokrasi negara selagi dilakukan dalam jalur-jalur Perlembagaan negara.

Jika kita menafikan hal-hal ini menggunakan alasan pandemik dan ekonomi, maka saya khuatir kita membenarkan ‘precedent case’ yang merbahaya kepada masa depan sistem politik kita.

Alasan ini boleh sahaja digunakan pada masa depan untuk mengukuhkan kedudukan sang penguasa. Ini sesuatu yang harus ditangani secara berhati-hati.

Justeru dalam keadaan pandemik sekarang kita memerlukan pengorbanan semua pemimpin politik, terutama Ahli Parlimen, untuk menggunakan hak-hak mereka secara waras dan bertolak ansur buat sementara waktu.

Apa lagi Dr Mahathir mahu?

Majoriti rakyat pasti tertanya-tanya apa lagi yang tidak memuaskan hati Dr Mahathir?

Beliau telah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali. Beliau telah berjaya menjatuhkan Barisan Nasional dan UMNO dalam pilihan raya lalu. Mohd Najib telah dijatuhkan dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Secara sulit juga Dr Mahathir pernah memberitahu rangkaian politiknya bahawa beliau ‘tidak begitu gemar’ dengan sikap DAP selepas menjadi kerajaan.

Dr Mahathir juga beberapa kali memberi isyarat bahawa beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah berjanji.

Ini menggambarkan Dr Mahathir tidak ikhlas mahu Anwar menjadi Perdana Menteri. Sejak 1998 Dr Mahathir telah membuat keputusan bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Hari ini, DAP sudah tiada dalam kerajaan. Janji untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri pada Mei 2020 telah berkubur dengan pelantikan Muhyiddin Yassin.

Jadi apa lagi yang Dr Mahathir mahu?

Kepimpinan negara hari ini di tangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, orang yang membantu beliau menjadi Perdana Menteri buat kali kedua. Orang yang membantu beliau menjatuhkan UMNO dan Najib Razak.

Muhyiddin tidak menjatuhkan Dr Mahathir. Dr Mahathir sendiri yang meletak jawatan walau ditegah oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong (SPBYDPA).

Apakah dengan meletak jawatan Dr Mahathir berharap akan diangkat lagi sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga?

Perlembagaan Negara, SPBYDPA dan Parlimen tidak seharusnya menjadi alat mainan Dr Mahathir sesuka hati.

Dr Mahathir selalu menyatakan pemimpin boleh datang dan pergi, apa yang penting ialah perjuangan untuk agama, bangsa dan negara kekal relevan.

Kenyataan ini sangat tepat dan benar, malangnya Dr Mahathir sendiri tidak berpegang kepada prinsipnya.

Cukuplah Tun! Carilah ketenangan diri dan berilah ketenangan kepada rakyat. Kami semua sudah penat dengan politik yang mesti mengikut kehendak hawa nafsu Tun semata.

Sempena hari yang mulia ini saya mendoakan Allah s.w.t membuka pintu hati Tun untuk merendahkan egonya dan menerima realiti politik hari ini.

Selamat hari raya, maaf zahir batin.

Ab Jalil Backer

Sumber: SuaraTV

MR :  Manusia jika diberi satu lembah emas, dia nak dua.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


24 ulasan:

  1. KEMATIAN ITU TIDAK DIUNDANG..TETAPI TIDAK HENTI MENJEMPUT KITA.

    BalasPadam
  2. Malaysia Aman Dan Sejahtera Dalam Keredhaan Allah InsyaAllah TANPA Mahathir Anwar DAP (MAD)

    BalasPadam
  3. Atok masa semakin sangkat..bertaubatlah dari politik kotor dan meagong2kn diri..

    BalasPadam
  4. Mahathir eloklah berundur dan nasihatkan Najib juga berundur. Tak payah tiap hari cerita politik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukankah lebih baik jika PKR, PAN dan DAP pupus dari muka bumi ??? Bukankah puak ini adalah biawak hidup yang sedang dipikul oleh rakyat ???

      Padam
  5. Atok lah yang akan menyebabkan DAP kembali berkuasa di Tanah Melayu ni dan akan berkecamuk le kembali negara ni. DAP akan naik kepala lagi kerana nafsu serakah dendam seorang tua yang egoistik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ditakdirkan usul kutty berjaya, biar tsmy bubarkan parlimen saja dan biar rakyat tentukan puak punah harapan berkubur. Selagi ada perbatasan pergerakan oleh kerana covid, tsmy boleh jadi pm sebelum pru.

      Padam
    2. DAP kembali kuat bukannya sebab atok.. DAP kembali kuat kerana adanya pemimpin melayu yg lupa perjuangan.. lupa agama.. lupa rakyat.. tamak.. rasuah.. pemimpin melayu ini gunakan politik utk kepentingan diri sendiri.. dari 10 yg ada 6 masuk poket sendiri.. 4 lagi utk rakyat.. pemimpin jenis inilah yg patut dibuang dulu.. pemimpin2 melayu inilah menyebabkan DAP meraih sokongan.. kalau dah dibersihkan pasti tiada lagi kekuatan pada DAP kerana sokongan pastinya beralih sepenuhnya pada Melayu.. ketika itu atok dan anwar juga pasti akan hilang sokongan jika terus bersama DAP..

      Padam
    3. Parti kafir Harbi DA-Pigs dan khadam liberalnya telah menggunakan politik persepsi @ fitnah dll untuk mendorong rakyat menyokong dan mengundi musuh Islam dalam PRU sebelum ini.

      Setelah merasakan betapa hancingnya air kencing musuh Islam, rakyat yang cerdik akan mengundi parti Islam dan sekutunya dan menolak musuh Islam ke laut dalam PRU yang akan datang.

      Hanya orang bodoh suka dikencing berulang kali oleh musuh Islam.

      Padam
  6. PH menang pun menipu rakyat buat tuduhan yang tidak berasas sekarang dah terbukti Mahadir penipu Tersangat besar di dunia ini padan muka 22 bulan hancur lebur PH sekarang nak lagi bodoh kan rakyat cukup lah tu tok

    BalasPadam
  7. Cukup2 la tok... rakyat dah mula meluat tgk atok dan ph ni.

    Duduklah dirumah atok ya...

    BalasPadam
  8. Selagi TSMY adil..Allah akan
    Pelihara beliau..aaminnn

    BalasPadam
  9. Kenapa nak salah kan Tun letak jawatan,kalau Tun letak jawatan PM tetap dari MP PH,PKR,Amanah,DAP,Besatu dan tetap PH jadi kerajaan,sekarang kenapa ada kerajaan PN didalamnya ada parti yg kalah PRU,ini semua kerana da pemimpin yg kemaruk nak jadi PM Muhyidin bawa MP bersatu dengan Azmin bawa MP PKR keluar PH,Tun dah tak da sokongan majoriti dlm PH sebab tu dia letak jawatan krn dia tak nak ikut Muhyidin khianati PH.

    BalasPadam
  10. Kenapa nak salah kan Tun letak jawatan,kalau Tun letak jawatan PM tetap dari MP PH,PKR,Amanah,DAP,Besatu dan tetap PH jadi kerajaan,sekarang kenapa ada kerajaan PN didalamnya ada parti yg kalah PRU,ini semua kerana da pemimpin yg kemaruk nak jadi PM Muhyidin bawa MP bersatu dengan Azmin bawa MP PKR keluar PH,Tun dah tak da sokongan majoriti dlm PH sebab tu dia letak jawatan krn dia tak nak ikut Muhyidin khianati PH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cakap berbelit macam keling. Nak jawab persoalan awak buang masa dan tak ada faedah. Tak perlu kelirukan rakyat ya..senang jawab madey tu dajal, bahaya dan tak berguna untuk negara.

      Padam
  11. Tun baik duduk umah buat amalan x pyh susahkan diri sendiri....lupakan dunia politik buat sementara...tun dh kaya dan mewah apa lg yg tun hendak ..cukup2lah tun...

    BalasPadam
  12. Bila Kerajaan dah stabil dan situasi COVID-19 makin terkawal..Atoq tetiba muncul kembali nak meminta hak-hak kononya kerana rakyat. Masa Rakyat tengah susah Atoq duk sibuk pikir kan anjakan ekonomi untuk Kroni-Kroni dia aje..Time Susah Atoq dan kuncunya buat Hal..bila dah semua agak terkawal..datang nak menjahanamkan apa yang rakyat dapat sekarang ke? Nak ambil balik semua bantuan kepada rakyat dan bagi kepada kroni-kroni Puaka Madey ke..

    Kalau rakyat Malaysia masih tak faham lagi dan Mahu bersekongkol dengan PUAKA2 MADEY tak tahu nak kata macam mana.. ALLAH dah tarik Nikmat semasa PH memerintah..ALLAH bagi balik NIKMAT selepas PH jatuh..ni nak Mintak ALLAH tarik Balik NIKMAT yang di beri semula ke? PIKIR-PIKIR dan RENUNG-RENUNGKAN LAH. Esok Orang lain Yang bersama KRONI-KRONI MADEY dapat NIKMAT..rakyat Malaysia dan Orang Melayu Islam Malaysia dapat siksa AZAB dari MADEY DAN SEKUTUNYA.

    BalasPadam
  13. Tak perlu lah nak kutip sana sini . apa perlunya rakyat nak ikut gelagat kebanyakan pemimpin yang bahalol gila kuasa. Biar lah mereka bertelagah sama sendiri yang kononnya aku betul kamu salah. Kalau ahli politik ni degil sangat nak berbalah berebut kuasa dan jawatan kita sebagai rakyat Malaysia yang lebih layak dan berkuasa untuk menentukan kemana dan dimana untuk letakkan ahli politik bangang ini. Kuasa ditangan rakyat mohon bubarkan parlimen buat pengundian semula.

    BalasPadam
  14. Nampaknya atok ni dah makin nyanyok...umo dah senja baik dok diam² aje lah kat rumah,tambahkan amal..

    BalasPadam