Header Ads

ads header

Flash News

Dakwaan Ustaz Ismail Kamus Meninggal Palsu


PENGARAH Ikhtiar Syifa yang juga Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Haji Jusoh menafikan Datuk Ismail Kamus sudah meninggal dunia.

Beliau menerusi hantaran di laman Facebook Ikhtiar Syifa HQ memaklumkan, Ismail masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Khabar angin mengatakan Ustaz Ismail Kamus meninggal adalah palsu.

“Jangan putus harapan dan teruskan berdoa kepada beliau. Pada Allah jua kita meletakkan setinggi-tinggi harapan,” katanya.

Terdahulu, anak Ismail iaitu Mohd Firdaus memaklumkan keadaan bapanya bertambah baik.

Bagaimanapun, katanya, jantung Ismail masih lemah dan diberikan ubat untuk sokongan. – myMetro Online




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Nampaknya RBA sangat terdesak untuk menfitnah pemimpin parti Islam PAS sehingga mereka mencipta pelbagai berita palsu. Orang bodoh sahaja percaya pada RBA dan pemimpin mereka. Cukup-cukuplah RBA kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dan fitnah

    BalasPadam