Header Ads

ads header

Flash News

Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah ucapan Agong


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada majlis perasmian mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14, Isnin ini.

Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, dalam satu kenyataan, hari ini, membabitkan pindaan baharu terhadap aturan mesyuarat di Parlimen.

"Saya sudah menerima surat pemakluman ditandatangani Perdana Menteri sebagai ketua majlis, bahawa disebabkan penularan wabak COVID-19 dalam negara yang masih belum reda sepenuhnya, pihak kerajaan memutuskan majlis mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14 yang berlangsung selama sehari pada 18 Mei dipinda," katanya.

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan, ada tiga usul akan dibawa pada persidangan Isnin ini, iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2019 dan 2020, usul pelantikan Ketua Pembangkang, dan pelantikan jawatankuasa pilihan serta pengerusi dan naib pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Mohamad Arif berkata, pindaan yang dibuat adalah selaras dengan peraturan 11 (2) dan 15 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Justeru, Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat, akan menyusul dengan mengeluarkan notis baharu majlis persidangan Dewan Rakyat bagi mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14 kepada semua ahli dewan," katanya.

MR :  Kesian kepada Mahathir dan Anwar... 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Bagus speaker. Tentukan lakukan seperti apa speaker umum. Kami melihat.

    BalasPadam
  2. Dalam parlimen ketua dewan iaitu pm adalah lebih besar kuasanya dalam mencatur perjalanan mesyuarat parlimen,,hahahaha mahadir dgn nuar ingat tsmy bingai ke mcm.mereka,,tgk kaki la,,njuhyidin yassin la oiii bukan budak2 wechat mcm sadiq tu

    BalasPadam
  3. Itulah hakikatnya. Kita rasa kita dah cerdik, tp ada lg org yg lebih cerdik drp kita. Terbaik TSMY. Utamakan dahulu yg mana perlu diutamakan. Skrg covid-19 masih lg aktif. So, prevention is better than cure.

    BalasPadam