Header Ads

ads header

Flash News

Dr M mula hilang sokongan PKR, DAP?


KOTA KINABALU: Soalan timbul mengenai PKR dan DAP yang dilihat tidak menyatakan sokongan terhadap usul Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melalui undi tidak percaya.

Dua penganalisis politik berkata mereka bingung dengan tindakan PKR dan DAP yang berdiam diri terhadap cadangan Mahathir serta usul Presiden Warisan Shafie Apdal yang gagal mengemukakan resolusi undi percaya terhadap bekas perdana menteri itu, yang juga pengerusi PPBM dan puak dalam parti tersebut masih bekerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan.

Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak berkata ramai orang tertanya-tanya mengapa Shafie, yang partinya bukan dalam gabungan PH tetapi mesra dengan gabungan itu, bertindak mengemukakan usul yang memihak kepada Mahathir ketika ia seharusnya dilakukan oleh seseorang dari PKR atau DAP.

“Saya juga bingung,” kata Puyok kepada FMT. “Tetapi saya fikir DAP mahu mengelak daripada dilihat sebagai parti bukan Melayu yang menentang orang Melayu.”

Muhyiddin mengetuai gabungan yang terdiri daripada Umno, PAS, GPS dan puaknya di dalam PBBM.

Sementara bagi PKR, Puyok berkata, beliau dapat memahami parti itu mengambil pendekatan berhati-hati dalam hal yang berkaitan Mahathir.

Menyentuh mengenai Presiden PKR Anwar Ibrahim yang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri, beliau membuat spekulasi parti itu tetap membiarkan pilihannya terbuka.

Beliau tertanya-tanya adakah Shafie dan Mahathir memainkan peranan yang diselaraskan dan PKR serta DAP merancang sesuatu yang besar.

Tony Paridi Bagang berkata beliau berminat untuk menafsirkan tindakan PKR dan DAP yang berdiam diri terhadap gerakan menentang Muhyiddin sebagai kurangnya keyakinan mereka terhadap tindakan Mahathir.

“Tetapi ini hanya akan diketahui pada 18 Mei,” kata ahli akademik UiTM Sabah itu, merujuk kepada tarikh persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.

Beliau berkata seseorang juga dapat melihat situasi itu sebagai persaingan segi tiga antara Muhyiddin, Mahathir dan Anwar.

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof minggu lalu menerima usul Mahathir mengenai undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Bagaimanapun, beliau menolak surat Shafie yang meminta usul undi percaya terhadap Mahathir, dengan berkata ia bertentangan dengan peruntukan perlembagaan mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam melantik perdana menteri.

Bagang berkata, parti Shafie ketika ini mungkin menjadi mangsa keadaan dalam persaingan antara Mahathir dan Muhyiddin.

Bagang berkata surat tersebut mula menghantui presiden Warisan itu walaupun Shafie berkata dalam usul berkenaan beliau tidak mempersoalkan kuasa Agong.

Antara mereka yang menyerang Shafie adalah bekas menteri persekutuan Abdul Rahman Dahlan dari Umno. Beliau mencabar Shafie meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Sabah.

Bagang berkata beliau percaya usul Shafie adalah sebahagian daripada usaha menyerang Muhyiddin dari beberapa arah. - FMT



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. DAP serah peranan kepada khadam yang ada.Bila ada kuasa baru DAP pulun abih2. 22 bulan aritu macam tu lah bila dah kuasa. Tika ni PAN,PKR perlu nyaring cikit

    BalasPadam
  2. Amat malang bagi Melayu dan Bumiputera di mana telah termaktub di dalam perlembagaan hak kita dibumi Malaysia punya pemimpin yang sentiasa bergesel dan berebut jawatan dan kuasa. Kita berpecah kerana pemimpin yang berada diatas membawa rakyat terutama Melayu dan Bumiputera KEARAH PERPECAHAN. OLEH YANG DEMIKIAN KITA PERLU LAKUKAN SESUATU YANG BESAR DAN BERANI UNTUK MENENTUKAN SIAPA KAN PEMIMPIN YANG BENAR2 PRIHATIN KEPADA RAKYAT DAN NEGARA . KITA PERLU TINGGALKAN PEMIMPIN YANG MENGHANCURKAN KEINGINAN RAKYAT DAN KEDALUTAN NEGARA KITA BANGKITLAH RAKYAT KITA DAH TEMUAI JAWAPAN DAN MELIHAT SIAPAKAH PEMIMPIN YANG SEBENAR INGATLAH BUKAN PARTI TAPI PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT, BUKAN PEMIMPIN UNTUK KELUARGA DAN KRONI . JADILAH RAKYAT YANG BIJAK DAN MATANG SUPAYA GENERASI KITA TETAP TERBELA. KITA RAKYAT BUKANNYA KAYA RAYA TAPI KITA PENENTU PEMIMPIN KITA. CUKUPLAH KITA TELAH DIPERMAINKAN OLEH PEMIMPIN2 YANG MEMECAH BELAH KAN KITA.

    BalasPadam
  3. DSSA perlu setia gabungan DAP & PKR sebab utamanya PWS memerintah hasil gabungan DAP PKR & UPKO Sabah, jika PWS mahu menyokong PN bermakna kerajaan Sabah akan bergolak & mungkin akan berpecah, sebab itu PWS tetap menyokong Tun M. Memyedari situasi ini sudah pasti TSMY akan menolak bulat bulat utk kerjasama dengan PWS.

    BalasPadam
  4. Abdul rahman dahlan ni ni gila ka apa???ckit² cabar letak jawatan.nmpk btul la kw ni org yg paling GILA KUASA.kmp blm ckup kw mkn duit wktu ada jwatan?? Hbis sda beras d rmh kmu?? Smpai sru org letak jawatan spaya kw dpt jwatan utk kaC mkan anak binimu???

    BalasPadam
  5. Sya x sokong mana2 tgok jer apa Kesudahanya.mls nk komen.

    BalasPadam
  6. Mari coba keberuntungannya disini AjoQQ"c0m
    Kontak whatsapp +855969190856
    Sedia deposit pulsa juga (min 20rb)

    BalasPadam