Header Ads

ads header

Flash News

Dulu Suara Muhyiddin tular khianat Najib Atok tersengih nampak gigi. Kini Suara Muhyiidin dikatakan Khianat Atok!



Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah Sheraton’ pada 23 Februari lalu, tular lewat malam tadi.

Menerusi rakaman audio tersebut, kedengaran suara mirip Presiden Bersatu itu menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kekal sebagai perdana menteri selain mencadangkan satu rombakan Kabinet diadakan.

“Tapi kita harap Tun akan buat rombakan Kabinet dalam tempoh sebelum Parlimen bersidang tempoh dalam seminggu ni selesaikan semua sekali,” jelas suara itu.

Suara itu turut mencadangkan Bersatu menamatkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kerajaan baharu ditunjangi parti berkenaan.

“...kita pikirkan soal paling besar dalam sejarah kita iaitu keluar dari PH tetapi kita masih kekal sebagai kerajaan. Kerajaan yang diketuai Bersatu. Itu paling penting,” jelas suara itu lagi.

Sementara itu, akaun YouTube Rocket TV yang mendedahkan audio tersebut mendakwa Muhyiddin sebagai pengkhianat.

Jelasnya, ia merupakan bukti jelas Muhyiddin bukan sahaja memungkiri janji untuk menyokong Dr Mahathir malah menjadi antara penggerak kepada ‘Langkah Sheraton.’

Tanggal 23 Februari lalu, satu perjumpaan ahli politik pelbagai parti telah berlangsung di Hotel Sheraton, Petaling Jaya bagi membentuk gabungan kerajaan baharu dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN).

Perjumpaan itu juga didakwa berlangsung tanpa pengetahuan Dr Mahathir dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dr Mahathir kemudian meletak jawatan sebagai perdana menteri ketujuh pada 24 Februari lepas sejurus menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Komen AKU
Apa nak hairan dulu semasa Muhyiddin kutuk Najib, Mahathir tak kata pun itu khinat Najib, malah dia sanjung Muhyiddin. BILA ATAS KEPALA sendiri baharu dia kata khianat. Celaka betul orang tua ini. Asyik dia aje betul.

Entah-entah kena bala sumpah laknat Najib. Itu balasan suka buat jahat kepada orang. Allah panjang umur untuk kena pembalasan di dunia ini lagi.


MR :  Hukum karma kata mat salleh


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Jidin ini ada semangat kebangsaan cakap beliau tak salah

    BalasPadam