Header Ads

ads header

Flash News

Ekoran artikel terkini Mahathir, Mahathir Nyanyuk atau Najib yang betul?



Entah kenapa PM4/7/7i serang saya sekali lagi hari ini dalam posting terbaru dia.

Tapi satu sahaja yang tarik minat saya.

Dia sekali lagi tuduh penyangak matawang sebagai punca krisis ekonomi Malaysia.pada tahun 1997-1998.

Tapi dia pun dah lama ampunkan "penyangak matawang" tersebut semasa dia meminta bantuan dari penyangak itu beberapa tahun sambil mengumumkan penyangak bukan penyebab krisis tahun 1997.

Dr M clears Soros of ’97 crisis
https://www.thestar.com.my/news/nation/2006/12/16/dr-m-clears-soros-of-97-crisis/

Tak digelar penyangak lagi siap diampunkan selepas PM ke-4 minta bantuan dari "penyangak" itu.

Sebenarnya, krisis ekonomi Malaysia tahun 1997-1998 bukan disebabkan oleh "penyangak matawang" seperti dituduh PM ke-4.

Punca dan penyebabnya adalah dari dasar-dasar ekonomi dan kewangan masa itu yang lebih mementingkan permainan dan perjudian pasaran saham, banyak meminjam dalam matawang asing dari negara-negara asing serta kerajaan yang mengamalkan dasar defisit berkembar iaitu defisit akaun semasa dan defisit akaun dagangan antarabangsa.

Keadaan Malaysia dirumitkan lagi akibat rizab asing negara yang amat rendah akibat skandal forex BNM tahun 1992-1994 yang menyebabkan hampir rizab sebanyak 20% dari KDNK negara lesap di mana satu sen tak pernah dikembalikan - sehingga kita kurang kemampuan bertahan apabila matawang kita jatuh.

Pemain matawang cuma ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan masa itu.

Sebab itu, bukan semua negara-negara di Asia terkesan dalam krisis ekonomi tahun 1997-1998.

Hanya melibatkan beberapa negara yang mempunyai ciri-ciri yang saya nyatakan itu.

Misalnya, negara jiran Singapura, Brunei serta Filipina kurang terkesan masa itu.

Dan sebab itu juga negara Malaysia tidak lagi diserang "penyangak matawang" sejak tahun 1997 ataupun berjaya bertahan apabila terdapat cubaan baru ke atas matawang kita.

PM 4/7/7i seorang ini sering gelar saya macam-macam:

Penyangak, perompak, pencuri, penjual negara, penzina, pembunuh dan sebagainya.

Tapi yang pelik ialah dia tak pernah tuduh saya mengamalkan kronisme dan nepotisme.

Dia tak pernah tuduh saya memperkayakan kroni atau ahli keluarga saya dengan projek-projek kerajaan?

Kenapa ya?

Posting PM4/7/7i:
https://www.facebook.com/TunDrMahathir/posts/10157361019858652


NAJIB RAZAK


MR :  Najib jangan usik orang tua tu nanti lagi berasap!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


16 ulasan:

  1. Pertahankan diri datuk seri. Dulu rakyat tak dapat menilai sebab datuk seri berdiam saja. Biar pekung orang tua nyanyuk ni terbuka.

    BalasPadam
  2. Tun M Bapak Munafik Malaysia.
    Kalau dia mati, tolonglah jangan sedekah Al Fatihah kat dia. Dan jangan doakan dia.
    Sebaliknya ucapkan lah "Allahu basyarum nar". Semoga Allah tunjukkan kamu api neraka.
    Dan tolong jangan solat jenazah kan dia kerana Nabi Muhammad melarang solat jenazah kan orang Munafik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar saudara, kita pun belum tahu lagi nasib kita....

      Padam
  3. Relex bro... Agama sesama islam lain.. Ni politik... Semoga semua di rahmati.. Asal kan semua masih ada kalimah shahadah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atok dah batal syahadah.. dah byk kali hina islam

      Padam
    2. Sudah 2 lah dik mengata orang....setidak tidaknya hormati lh bulan puasa...

      Padam
  4. Nasib2 ...rakyat yg jadi mangsa ekonomi

    BalasPadam
  5. Ya mahathir mmg kuat kroni.... Tgk anak2 nya semua hartawan jutawan... Dr mana datang semua harta... Dar PM 4 selama 22 tahun... Minta kerajaan skrg ini siasat dr mana dtg nya hasil kekayaan anak2 mahathir.... SPRM jgn butakan mata siasat keturunan Mahamahathir

    BalasPadam
  6. Kita yang atas, kebanyakan nya tak tahu apa2, bab politik pada pendapat saya, semua tak betul, kalau padang mashyar tu kita nampak hari ini, semua akan tinggalkan dunia politik Masing2.

    Tunggu lah ketibaan Imam Mahadi, semua orang Islam wajib percaya, kalau Masing2 nak komen, sila kan, kita boleh kenal pasti, yang Islam tulin atau sebaliknya...

    Wallah Huakklam... (tulisan Melayu) memang banyak yang tak setuju...

    BalasPadam
  7. Tulisan anda menggambarkan akhlak anda.Tambahan pula bulan ramadan ini kita ditarbiah kawal hawa nafsu.Marah tu boleh tapi jangan melampau dan mengeluarkan kata2 yang merendahkan akhlak kita. Semua akan mati tapi kita tak pasti bagaimana nasib kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar kata-kata anda ini wahai hamba Allah....semoga Allah melindungi kita dan membimbing kita semua...Aminn...

      Padam
  8. Kita pasrah pada awllah yg akan membalas nya nanti bukan kita yg menghukum diri org lain kecuali awllah yg menentukan pembalasan di akhirat kelak amin amin yahorobillalamin .

    BalasPadam
  9. Yg peliknya xada pula pemberita pernah menanyakan kpd madey...'rakyat ingin tahu darimana dtgnya harta kekayaan ank2nya dn hartanya, kerana sebelum jd PM4,yg dia ada hanya sebuah klinik.. Ini soalan yg nk sgt kita dgr.. Xada pemberita yg berani..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu dia memerintah kuku besi sampai semua orang takut sampai sekarang Lihat je apa dia buat kat anwar dulu. Cuba cari sejarah maklumat berita tentang ini. Lagi dengan prestasi dia di antarabangsa orang malaysia kagum dan sanggup tutup mata sebelah tapi realitinya ini semua untuk menegakkan ego dia dan dia ingatkan dia berhak atas kekayaan malaysia ni sebab dia fikir orang melayu bodoh tak berhak jadi kaya macam dia kecuali kroni yang turut dia lah. Pokoknya sekarang jangan takut pada dia. Dia manusia biasa saja tapi punyai ciri narcissist.

      Padam