Header Ads

ads header

Flash News

Elak ‘mentaliti abang besar’ kata bekas pemimpin PAS


PETALING JAYA: Bekas setiausaha agung PAS, Mustafa Ali mengingatkan Umno supaya mengelak dari dihinggap “mentaliti abang besar” atau “big brother mentality” walaupun ia memiliki kerusi paling banyak berbanding parti lain dalam Perikatan Nasional.

Beliau menyebut begitu kerana “tanda-tanda” sudah nampak “kecenderungan” seperti itu boleh berlaku.

“Faktor yang mampu memperkukuhkan kerajaan PN walaupun majoritinya kecil ialah sifat hormat menghormati, harga menghargai, dengan bersandarkan kepada proses konsultasi dan syura dalam membuat keputusan,” katanya di Facebook.

Musfata mengingatkan setiap komponen PN yang menandatangani memorandum persefahaman adalah rakan setaraf dengan hak dan kebebasan yang sama dalam membuat sebarang keputusan membabitkan kerajaan dan negara, tanpa terikat dengan jumlah kerusi yang mereka miliki.

“Semoga setiap orang menyedari pentingnya peranan masing-masing dalam mengekalkan penerusan pemerintahan PN,” katanya.

Mustafa berkata demikian kerana sidang Parlimen selama sehari pada 18 Mei sudah “menyelesaikan banyak perkara”, antaranya ia mengesahkan PN kerajaan yang sah dengan majoriti 2 kerusi berdasarkan susunan tempat duduk ahli Parlimen.

Ia juga mengesahkan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin perdana menteri “de facto” ke-8, dan perubahan kerajaan selepas ini boleh berlaku hanya melalui undi tidak percaya di Parlimen.

“Ini lah yang sedang diusahakan oleh Dr Mahathir Mohamad mewakili pembangkang,” katanya.

“Menahami senario ini lah barangkali parti-parti yang mendokong PN menandatangani MoU untuk menyatakan kebersamaan mereka dalam mempertahankan keutuhan kerajaan PN.”

Pada 17 Mei, PPBM, PAS, Parti Bersatu Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak mengumumkan suatu memorandum persefahaman Parikatan Nasional dirangka.

Mengandungi 5 tujuan, kenyataan bersama itu ditandatangani Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin; Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Pengerusi GPS, Abdul Rahman Johari Abang Openg; Presiden PBS, Maximus Johnity Ongkili; dan Presiden STAR, Jeffrey Gapari Kitingan.

“PPBM, BN, PAS, GPS, PBS, dan STAR menyokong penubuhan PN melalui kerjasama gabungan parti-parti politik,” katanya.


MR :  MOU perlu difahami konsepnya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Setuju. Umno harus beringat dan jangan kembali kepada budaya rasuah dan kroni seperti dulu. Harapnya parti Pas boleh memantau dan memberi nasihat2 yang bernas seterusnya.

    BalasPadam
  2. Betul pendapat bekas orang kuat pas ini.beliau seorang veteran dalam politi malaysia.dan sangat berpengalaman.semua parti yang berada PN harus bersatu padu jangan sombong diri dan angkuh dan taat pada pwmimpin.

    BalasPadam
  3. Bersatu lah jgn kamu bercerai,org kafir dan munafiq demam tak kebah bila kamu bersatu.

    BalasPadam
  4. jangan jadi macam ketua PKR dan PAN,Mereka ini buta mata hati menjadi barua org kafir kafir yg hendak binasa Islam.Anwar,Mat Sabu dan melayu yg lain itu tak kenal ALLAH termasuk lah Atuk kita itu mula nak nyanyuk.

    BalasPadam