Header Ads

ads header

Flash News

Gugur keahlian Dr M dan 4 lagi bukan tindakan terburu-buru, kata Muhyiddin


PETALING JAYA:
Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin berkata, tindakan menggugurkan keahlian Dr Mahathir Mohamad dan 4 pemimpin lain tidak dilakukan secara terburu-buru, walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan diambil terhadap mereka.

Katanya, beliau mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan apa saja tindakan yang dibuat perlu berlandaskan perlembagaan parti serta tiada individu yang mengatasi perlembagaan parti.

“Tentunya kita berasa dukacita dengan pilihan dibuat Mahathir untuk tidak berada bersama-sama kita dalam wadah dan haluan perjuangan parti, sepertimana yang diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi.

“Mahathir bersama pengikutnya yang lain memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan, walaupun parti memutuskan sebaliknya. Jika itu pilihan Mahathir, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khamis lalu, keahlian Mahathir bersama anaknya, Mukhriz serta Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah, dihentikan serta-merta selepas mereka mengingkari parti dengan menyertai blok pembangkang di Dewan Rakyat yang bersidang pada 18 Mei lalu.

Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, Pengerusi Lembaga Disiplin, Megat Najimuddin memaklumkan isu membabitkan Mahathir dan 4 pemimpin lain “tidak lagi relevan” untuk dibawa ke lembaga disiplin parti itu “apabila kedudukan keahlian mereka terhenti” mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3.

Muhyiddin meminta ahli parti bersabar dan yakin PPBM akan terus teguh memandangkan ia sudah menghadapi banyak cabaran dari awal, sejak parti itu ditubuhkan.

“Kita sudah menempuh banyak duri dan ranjau dalam perjuangan, yang penting kita tidak berjuang demi mana-mana individu, tetapi demi agama, bangsa dan negara kita.

“Marilah kita rapatkan saf bersama saya untuk terus perkukuhkan kerajaan yang sudah kita tubuhkan demi masa depan Malaysia yang lebih aman dan sejahtera.”


MR :  Nampaknya sekali bersuara terus Atok terkena


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. kenapa JUDI NARAM DISINI???MR TOLONG BLOCK

    BalasPadam
  2. Amat sesuai dng masa BERSATU mengambil tindakan/menyampai maklum menghentikan keahlian Dr Mahathir dan 4 lagi kencunya drp keahlian parti.. Mereka berlima sehati sejiwa duduk diblok pembangkang.. sedangkang TSMY selaku Preseden BERSATU amat memerlukan sokongan bereka berlima..

    BalasPadam
  3. Nak jilat pun.
    Jilat lah perkara yg berfakta.

    Nilai dari perlembagaan parti.

    Jgn bila dah jadi pm semua nya dianggap betul.

    Ingat semua pembaca ni tak sekolah ke ?

    Lain lah parti islam semalaysia.
    Jubah & serban hanya nak mengelaburi org walaunta taksubin.
    Org yahudi pun pakai serban & jubah juga.

    قُلِ الْحَقَّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا

    “Katakan kebenaran, sekalipun itu pahit”.

    Beberapa surah yg Allah bagi peringatan kepada orang-orang yg khinat :
    @kerajaan Pakatan Nasional
    @Kerajaan Johor.
    @Kerajaan Melaka.
    @Kerajaan Perak.
    @kerajaan Kedah

    1. Surah AlHajj. Ayat 038.
    Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.

    2. Surah AnNisaa'. Ayat 107.
    Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.

    3. Surah Yusuf. Ayat 106.
    Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

    4. Surah AlAnfaal. Ayat 058.
    Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.

    5..Surah AlAnfaal. Ayat 027.
    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

    6. Surah AnNisaa'. Ayat 105.
    Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

    7. Surah Ali'Imran. Ayat 057.

    Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

    8. Surah AlAnfaal. Ayat 071.
    Dan jika mereka (orang-orang tawanan itu) bertujuan hendak melakukan khianat kepadamu, maka sesungguhnya mereka telahpun melakukan khianat kepada Allah (dengan kekufuran mereka) sebelum itu, lalu Allah menjadikan (engkau) mengalahkan dan menundukkan mereka; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    9. Surah Ali'Imran. Ayat 161.
    Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang) dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).

    10. Surah Ali'Imran. Ayat 032.
    Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.


    *Seharusnya sesiapapun yang dijulang selaku pemimpin perlu insaf perihal peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila Allah menghimpunkan manusia yang terdahulu dan yang kemudian pada hari kiamat, tiap-tiap orang yang khianat akan diangkat satu panji-panji yang boleh dikenali ramai. Dikatakan kepadanya, Inilah pengkhianatan pulan bin pulan...”* (Hadis riwayat Imam Muslim)

    Jika rakyat tidak mampu menghalang pemimpin yang melakukan khianat, maka lakukan lah dengan membenci mereka@bukan menyokong, kerana kerja yg mereka lakukan itu adalah bersifat Fasiq.
    (Tuan Guru Nik Abdul Aziz)

    Haram gajinya bila YB yg dipilih rakyat melompat keparti lain.
    (YB Uztad Nasruddin Tantawi@ulama pas)

    #janganjemuuntukberiperingatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selebihnya kita serah aja pada Allah.kau dah macam tak puas hati aje.bersabarlah wahai orang orang yg beriman.

      Padam
  4. Cukup-cukup la atok.
    Banyak dah yang terjadi.semenjak atok menjadi pm.
    Dr dulu sampi sekarang.
    Kami bukan nak pergaduhan sesama melayu.
    Perpecahan tercatus bila mana atok asik buat game.demi kepentingan atok sendiri dengan menjual bngsa dn agama atok susun atur macam2 games.
    Berhentilah atok.
    Pasal anak-anak atok jangan risau kemana ala tuju mereka.
    Lebih elok atok fikirkan kehidupan di sana kelak.
    Dari atok menjadi ahli biasa bermulanya susun atur game atok.jangan terlalu tamak.
    Atok berkuasa sebab rakyat.
    Tapi atok lupa yang lg berkuasa ada di atas atok.
    Dan atok tetap masih menyalahkan orang lain.
    Cukuplah atok.
    Tak miskin pun anak-anak atok,bahkan rakyat yang atok tak tahu lebih daif kehidupan atok.
    Cukup2lah atok.
    Atok nak anak atok ikut jejak atok.
    Tp atok hilangkan jejak orang lain.
    Dan kifarah atok semakin jelas nampak di mata..
    Kerana kepentingan peribadi atok dulukan.
    Rakyat hanya jadi sandaran ketika perlu.
    Atok sanggup buat apa saja,kepentingan agama bangsa hanya di hujung kuku atok selitkan.
    Permainan atok semakin jelas nampak.
    Dulu rakyat tak nampak.
    Zaman dah berubah...

    BalasPadam