Header Ads

ads header

Flash News

Gugur Keahlian Mahathir tidakan yang betul kata pengasas Bersatu


PETALING JAYA:
Salah seorang pengasas bersama PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman tidak terkejut keahlian Dr Mahathir Mohamad dan 4 lagi individu digugurkan, mengatakan beliau hanya menunggu masa bila presiden parti nak bertindak.

“Saya sebagai antara pengasas dan setiausaha agung dan setiausaha kerja PPBM yang pertama, sentiasa memerhati keadaan ini,” katanya kepada FMT.

“Saya hanya menunggu adakah Muhyiddin Yassin (presiden) berani menyingkirkan mereka yang membawa masalah dalam parti tanpa mengira siapa…tapi akhirnya keputusan itu diambil kerana PPBM kena ‘move on'”.

Kamarulazman berkata keputusan menggugurkan keahlian Mahathir dan anaknya, Mukhriz, serta Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik, dan Amiruddin Hamzah itu “tepat” dan sepatutnya sudah lama dibuat walaupun rakyat menganggap Mahathir seorang ikon.

Malah, Kamarulazman berkata ia tidak perlu dipersoal.

“Mereka tidak mahu akur dengan kepentingan parti dan mempunyai agenda yang semua sedia maklum,” katanya.

Beliau mendakwa tindak-tanduk Mahathir mendorongnya meninggalkan parti yang ditubuhkan bersama 6 pemimpin lain itu.

“Kini jelas apa yang saya katakan dulu menjadi kenyataan. Mahathir dan Mukhriz bukanlah ‘team players’. Mereka lebih bersifat individualistik dan tidak menghiraukan pandangan ramai dalam parti,” katanya.

Semalam, dalam surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya, keahlian Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, Maszlee, dan Amiruddin dihentikan serta-merta selepas mengingkari parti dengan menyertai blok pembangkang di Dewan Rakyat.

Kamarulazman berkata keputusan itu selaras dengan perlembagaan PPBM.

“Mereka memilih duduk di kerusi pembangkang walaupun PPBM sebahagian daripada kerajaan. Apabila ahli tidak hormat keputusan presiden, ini menunjukkan mereka tidak sepatutnya terus ada dalam parti,” katanya.

Mengenai masa depan PPBM, Kamarulazman berkata ahli parti itu kini berada di persimpangan selepas pengguguran pemimpin utamanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan jatuh bangun sesebuah parti terletak kepada kebijaksanaan presiden “merencana kebangkitan sebagai satu pasukan yang mempunyai hala tuju yang sama”, dan kesediaan menerima perubahan.

“Ahli tidak boleh bernostalgia dengan sejarah kehebatan Mahathir. Zaman beliau sudah berlalu,” katanya.

Beliau menambah presiden juga mesti tunjukkan kekuatan dalam mengemudi parti dan menyingkir kumpulan yang mempunyai agenda peribadi.

“Sekiranya ini tak berlaku, maka saya lihat PPBM akan melalui zaman kejatuhan seperti parti politik serpihan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata Muhyiddin mempunyai kelebihan ketika ini iaitu beliau mendapat kepercayaan rakyat sebagai perdana menteri dalam mendepani wabak Covid-19.

“Sokongan wakil rakyat juga lebih terarah kepada Muhyiddin kerana lumrah ahli politik mereka sentiasa berpegang kepada tunjang kekuatan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengasas bersama PPBM, Anina Saadudin berkata, pengguguran Mahathir dan 4 individu lagi tidak perlu dipersoal kerana ia berpunca daripada mereka sendiri.

Katanya, mereka pada sidang Dewan Rakyat 18 Mei enggan duduk di blok kerajaan dan memilih untuk bersama blok pembangkang.

“Ini bermakna Mahathir mengkhianati parti sendiri,” katanya.

“Jangan lupa Mahathir menumbangkan kerajaannya sendiri 3 bulan lalu dengan meletakkan jawatan walaupun puas dipujuk Agong.”

Anina bagaimanapun masih menghormati Mahathir sebagai seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

“Saya mohon pemimpin hari ini jadikan sejarah sebagai pedoman hidup, bukan menghukum Mahathir tanpa melihat diri sendiri di cermin,” katanya.

Kamarulazman dan Anina, bersama Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi merupakan 7 pengasas dan penaja PPBM.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. NOKTAH.Warga emas itu tidak perlu dilayan.Tunggu saat2 kematian untuk hidup alam sana.Melainkan yang bodoh sahaja mempergunakan warga emas itu untuk kacau ganggu kerajaan.DAP DIAM.Tunggu dapat kuasa semula untuk kleptokrasi duit negara.Barua Melayu seperti PAN,PKR dan atuk sebagai puppet kecohkan keadaan.Kalu bukan MP,atuk dah jadi sampah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Geng melayu Mahatireq dn GENG melayu Anwaar terus bercakaran GILA KUASA..yg senyum suka situasi ini DAPIGS dan PANkhianat.

      Padam
  2. Tak payah nak tambah dosa KUTUK orang. Cermin diri sendiri apa yang kita dah sumbangkan untuk negara. Ajal maut Allah yang tentukan!

    BalasPadam
  3. Apa beza kutuk dengan menyatakan yang benar agar manusia lain tidak ikut mungkar yang dia buat?Fitnah dan penipu selain kleptokrasi hasil negara. Jika sakit hati orang kritik warga emas kesayangan kamu, ikula dia hingga lubang kubur.Bila atuk buat jahat, kamu diam membisu bagai syaitan bisu,Bila DAP kena kata,cepat2 backup DAP.sama macam PAN

    BalasPadam