Harga Petrol Naik Lagi 5 sen
KEMENTERIAN Kewangan mengumumkan harga petrol akan naik 5 sen mulai tengah malam ini.
Harga RON95 meningkat daripada RM1.38 kepada RM1.43 seliter dan RON97 daripada RM1.68 kepada RM1.73 seliter.
Diesel pula naik 10 sen kepada RM1.61 seliter berbanding RM1.51.
Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok sehingga 5 Jun Mei.
Kementerian Kewangan berkata, kenaikan dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses yang semakin meningkat, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
MR : Semasa kereta dah mula boleh bergerak harga pun naik
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan