Header Ads

ads header

Flash News

Isu Cabar Keputusan Bersatu, Mahathir terkena perangkap sendiri kata Najib


PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri Najib Razak yakin Dr Mahathir Mohamad tidak akan membawa isu melibatkan keahliannya dalam PPBM ke mahkamah kerana tahu ia tidak akan memperoleh manfaat susulan tindakannya semasa menjawat tugas sebagai perdana menteri ke-4.

Najib berkata, Mahathir tidak boleh berbuat demikian kerana tindakannya sendiri yang meminda Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 serta perlembagaan parti sebelum ini.

“Pindaan ini secara terang menyatakan keputusan parti adalah muktamad dan tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah.

“Jika bawa ke mahkamah maka keahlian parti dia akan dibatalkan secara automatik seperti ditulis dalam undang-undang negara serta perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 menyatakan, keputusan sesuatu parti politik atau perlembagaan parti adalah muktamad dan konklusif. Keputusan itu tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

Malah, Seksyen 18C Akta Pertubuhuhan 1966 turut menyatakan, tidak ada mana-mana mahkamah mempunyai bidang kuasa, melayani atau memutuskan apa-apa guaman, permohonan atau prosiding atas apa-apa alasan berkenaan dengan kesahan keputusan itu.

Jelas Najib, Mahathir bertindak sedemikian kerana pada 1987 dalam keputusan pemilihan parti dan jawatan presiden Umno, Mahathir dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

“Akibatnya, Umno lama terpaksa dibubarkan setelah diharamkan oleh mahkamah tinggi pada tahun seterusnya.

“Masa dia tubuhkan Umno baru untuk ganti Umno, dia pinda Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 serta perlembagaan parti untuk elak dia dicabar dalam mahkamah sekali lagi,” katanya.

Terdahulu, surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya memaklumkan keahlian Mahathir bersama 4 pemimpin lain, Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Abdul Rahman dan Amiruddin Hamzah dihentikan serta-merta selepas mengingkari parti.

Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin turut menegaskan 5 pemimpin itu bagaimanapun tidak dipecat, tetapi keahlian mereka “terhenti” kerana melanggar perlembagaan PPBM.

MR :  Ligat Atok terbelit kaki sendiri


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Tak habis habis PH,rakyat Malaysia dah muak,jemu,nak muntahlah

    BalasPadam
  2. kerja2 MUNAFIK DAN PENYEBAR SERTA PENJILAT FITNAH bersekongkol antara mahathir/anwar di bawah naungan DAPIGS/PaNKHIANAT P arti K hianat R eformasi Rakyat.

    BalasPadam
  3. Atuk dah betul2 lupa dia dah letak jawatan PM

    BalasPadam
  4. Zon nyanyuk warga emas.Kita yang belum warga emas ini,usahlah bazirkan masa nak layan orang tua tu,kecuali para pemabuk kuasa sahaja dibenarkan

    BalasPadam
  5. Tue kaki putar teputar kepala sendri,,
    Sendiri putar sendiri pening
    Sendiri duduk sendiri jatoh
    Parah dh tu,,nyanyok kot

    BalasPadam