Header Ads

ads header

Flash News

Janganlah Mati Mahathir, Tak Mesyuarat BERSATU sampa kiamat!!


Bukankah Mahathir telah meletak jawatan Pengerusi PPBM? Menurut kata Pengarah Penerangan PPBM, berdasarkan perlembagaan PPBM, peletakan jawatan Pengerusi PPBM muktamad. Tak apa anggap macam dia letak Jawatan PM kemudian dia kata dia nak PM semula.

Tajuk diatas tu nak beritahu, jangan bodoh sangat dnegan peraturan. Peraturan boleh dipinda oleh yang majoriti.


-------
Hanya pengerusi boleh panggil mesyuarat Bersatu - Mukhriz
Hanya Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad boleh memanggil mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, kata timbalan presidennya, Mukhriz Mahathir.

Beliau mengulas tindakan memanggil mesyuarat berkenaan pada 11 Mei lalu tanpa kehadiran Mahathir, sebelum mesyuarat itu ditunda ke tarikh lain.

Menurut Mukhriz, kedudukan Mahathir selaku pengerusi turut diiktiraf Muhyiddin sendiri selaku presiden parti.

"Jadi, saya ingat ini tak betul.

"Mesyuarat MPT hanya boleh dipanggil oleh pengerusi parti dan diiktiraf oleh semua pihak, termasuk Tan Sri Presiden (Muhyiddin Yassin) sendiri bahawa Tun Mahathir adalah pengerusi parti Bersatu dalam kenyataan-kenyataan sebelum ini, surat menyurat antara Tan Sri dengan Tun pun mengakui Tun sebagai pengerusi parti.

"Jadi, kalau Tun pengerusi parti tak panggil mesyuarat MPT macam mana orang lain boleh panggil.

"Kemudian tak jemput (pengerusi) pula, tak bolehlah. Dalam mana-mana mesyuarat pun kena panggil semua," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman, hari ini.

Mukhriz berkata demikian ketika mengulas mengenai desas desus terdapat usaha daripada dalam Bersatu sendiri untuk memecat beliau dan bapanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Nasihat kat Tun, masa dah tak banyak.Umur extra diberi Allah.manfaatlah yang berbaki untuk kearah kampung kematian,bukan mengharubirukan dunia.Usia 95 duk diam-diam bersama nenda dan cucu-cucu.banyak sangat kluk klak,antara sifat nyanyuk dah.zaman dah berlalu

    BalasPadam