Header Ads

ads header

Flash News

Kait menteri dengan kontrak RM30 juta berniat jahat


PETALING JAYA: Dakwaan mengaitkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dengan syarikat Khazanah Jaya Sdn Bhd (KJSB) yang mendapat kontrak secara perolehan darurat bagi pelaksanaan projek “Lab Mitigation Solution For Covid-19” adalah tidak benar.

Pejabat menteri kesihatan berkata, tuduhan dilemparkan terhadap Adham dibuat dengan niat jahat dan bertujuan membunuh karakter kerana menteri tidak mempunyai sebarang kepentingan perniagaan dalam KJSB.

“Perlu ditegaskan menteri tidak pernah memberi sebarang arahan kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar meluluskan pemberian kontrak kepada KJSB atau mana-mana syarikat.

“Semua urusan pembelian dan perolehan KKM sepanjang perang menentang Covid-19 dilakukan mengikut prosedur dan tatacara kewangan yang diketuai ketua setiausaha kementerian dan pegawai bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, KKM memberi jaminan akan bekerjasama dengan SPRM berhubung siasatan terbaru dijalankan oleh pihak berkuasa itu.

Sebelum ini dilaporkan SPRM menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak membekalkan kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta.

Adham juga sebelum ini mengumumkan kesediaannya bekerjasama dengan agensi anti-rasuah itu bagi memastikan kementerian berkenaan bersih dan berintegriti, berikutan desas-desus pegawai di KKM disiasat oleh SPRM.

Tambahnya, provokasi oleh NGO yang mengaitkan Adham dengan kemungkinan mempunyai kepentingan perniagaan dalam KJSB berdasarkan kedudukan Iskandar Mirza Ahmad yang pernah menjadi pengarah syarikat South Asia Noble Sdn Bhd (SANSB) dan mempunyai kaitan dengan pemilik KJSB.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) sebelum ini mendakwa Adham mempunyai kaitan dengan firma tersebut melalui seorang pemegang saham dalam klinik miliknya.

Menurut C4, pemegang saham itu Iskandar Mirza merupakan bekas pengarah SANSB di mana pengarah KJSB Tan Boon Keong dan Tan Jiat Jui juga merupakan pengarah dan pemegang sahamnya.

“Dakwaan ini jelas berniat jahat dan mendorong serta mencipta sangkaan buruk rakyat terhadap menteri kerana Iskandar Mirza telah lama meninggalkan SANSB.

“Menggunakan Iskandar MIrza sebagai bekas pekerja (pengarah SANSB) bagi mengaitkan menteri dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan syarikat lain sangat tidak masuk akal,” katanya.

Kenyataan itu berkata, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat penyelewengan berkaitan perolehan KKM hendaklah menyerahkan bukti dan dokumen kepada SPRM, bukannya melemparkan tuduhan rambang sehingga menimbulkan fitnah dan gosip tidak benar.

“Iskandar Mirza menyertai SANSB dari 18 Julai 2107 hingga 30 Januari 2015, sementara Tan Boon Keong dan Tan Jiat Jui mentertai SANSB hanya dari 30 Januari 2015.

“Menteri mengalu-alukan siasatan SPRM yang sedang berjalan dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya,’” katanya.

SPRM memulakan siasatan berhubung beberapa kontrak perolehan kementerian itu yang didakwa dianugerahkan melalui rundingan terus untuk mendapatkan peralatan bagi menghadapi wabak Covid-19.

Sumber SPRM memberitau Bernama bahawa kes itu melibatkan proses pelantikan kontraktor bagi semua pembelian di bawah prosedur perolehan darurat.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Di akhir zaman FITNAH dsanjung dn d anggap BENAR.... Yang Benar di HINA DAN d anggap FITNAH pula . GEJALA FITNAH lebih dashsyat daripada membunuh.

    BalasPadam