Header Ads

Header ADS

Kalau Penyelaras Sokong Pun, Mukhriz dapat buat apa? Hanya menang sorak aje


Seramai 17 penyelaras DUN di Kedah tampil menyatakan sokongan terhadap menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir.

Mereka menyatakan pendirian itu dalam sidang media sebentar tadi, di tengah-tengah ketidaktentuan politik negeri setelah pentadbiran PH dikatakan akan dirampas hari ini.

Kata Penyelaras DUN Sungai Limau, Zahran Abdullah, penyelaras-penyelaras DUN menyokong kepemimpinan kerajaan negeri yang telah dipilih dan dilantik secara demokratik untuk terus mentadbir Kedah sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Penyelaras DUN adalah lantikan politik oleh kerajaan sesebuah negeri, di kawasan-kawasan yang mereka tewas kepada pembangkang.

Maklum Zahran, seramai 11 penyelaras DUN hadir sidang media tersebut, manakala yang lain dikatakan tidak dapat hadir kerana keuzuran dan kemalangan, namun menyatakan kesemua 17 menyokong Mukhriz.

MR :  Lepas ni satu persatu akan tinggalkan Mukhriz apa bila dedak dah habis


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Baru nk kipas mukhriz sekali tumbang daa kerajaan ph hahahaa

    BalasPadam
  2. TERINGAT dalam filem P.RAMLEE....kasihan..kasihan KASIHANNN

    BalasPadam
  3. Penyelaras2 ini ADUN2 @ EXCO...??MOHON PENCERAHAN MB MUKRIZ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lantikan politik, erti kata lain makan gaji buta atau spy atau penghasut dsbg

      Padam
  4. PH kian merosot hari demi hari. tinggal lagi tunggul2 atas sana yang asyik rebut nak jadi PM. Gilakan jawatan PM hingga lupa lubang kubur.Nak nongkat dunia. 22 bulan dah cukup celarukan Malaysia. PM MY Pn selamba jer bagi 2 kali bonus untuk kakitangan kerajaan.Sebelum tu PH kata Malaysia miskin

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.