Header Ads

ads header

Flash News

Kedudukan Kerusi Parlimen Dah Tahu Undi Tak Percaya Tak Ada apa-apa sekadar kokok Pembangkang


Habis segenap media sosial dipenuhi dengan posting kononnya sidang sehari kerana Muhyiddin taku undi tak percaya. Tapi kalau ada akal kedudukan kerusi di Parlimen kita dah tahu Undi tak percaya tak ada-apa kesan, silap-silap yang duduk di kerusi pembangkang pun sokong Muhyiddin.

Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan sekali gus memberi gambaran bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Mengikut cadangan tempat duduk Dewan Rakyat yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bahawa seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan.

Seramai 107 ahli parlimen termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad duduk di blok pembangkang.

Bekas Menteri Kerja Raya Baru Bian juga duduk di blok pembangkang sebagai ahli parlimen Bebas.

Sidang Dewan Rakyat hanya diadakan untuk satu hari akan menyaksikan majlis pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga parlimen ke-14 itu hanya berlangsung seketika.

Daripada sehari, ia dipendekkan untuk mendengar titah diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah sahaja.

Sidang hari ini menarik perhatian ramai kerana ini merupakan yang pertama sejak Langkah Sheraton berlangsung dan menyaksikan kemunculan Perikatan Nasional - sebuah gabungan tidak berdaftar - menggantikan Pakatan Harapan sebagai kerajaan.

Sidang pertama ini sepatutnya diadakan antara 9 Mac hingga 16 April lalu tetapi ditangguhkan kerana negara berdepan ancaman wabak Covid-19.

Sementara itu, Mahathir yang juga ahli parlimen Langkawi dilihat berada dalam blok pembangkang.

Difahamkam sebanyak lima ahli parlimen Bersatu termasuk Mahathir memilih untuk berada di blok pembangkang walaupun Bersatu menjadi tulang belakang kerajaan Perikatan Nasional.

Di blok pembangkang, ahli parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim dipilih sebagai ketua pembangkang.

Beliau duduk di barisan depan, diikuti ahli parlimen Kota Raja Mohamad Sabu, ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng, Dr Wan Azizah Wan Ismail dari parlimen Pandan, Lim Kit Siang, wakil rakyat Gelang Patah, Muhamad Yusof Rawa dari Parit Buntar dan Mahathir.

MR :  PH cakap berapi bila dapat kuasa tak tahu nak buat kerja


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. Dengar sini orang Melayu.
    Kita dah tak perlukan orang Cina dan India non Muslim di negara Malaysia ini. Mereka menjadi kaya raya kerana kami orang Melayu memberikan segala peluang untuk menjadi kaya. Dan apabila mereka kaya mereka mula memandang rendah terhadap orang Melayu dan mempertikaikan kedudukan orang Melayu, agama Islam dan Raja kita. Orang orang cina dengan angkuhnya mendabik dada mengatakan bahawa "We are the biggest tax payer" tanpa mengira bahawa kamilah orang Melayu yang menstabilkan negara agar mereka dapat berniaga dengan aman dan tenteram.
    Sudah tiba masanya kita orang Melayu mengisytiharkan bahawa kita sudah tidak lagi memerlukan orang bukan Melayu di negara ini. Ini bukan lagi zaman British di mana orang Melayu ketinggalan dari segi ilmu teknologi dan perindustrian. Sekarang, orang Melayu sudah ada kepakaran dalam segala serba serbi teknologi negara, cuma peluang ini telah di curi dan di monopoli oleh orang bukan Melayu yang kini mendabik dada dan angkuh serta sombong. Orang Melayu perlu mengambil alih kerajaan secara total dan mula menguasai ekonomi negara tanpa lagi bergantung kepada orang bukan Melayu.
    Kita di hina oleh Tun Mahathir mengatakan kita lemah dan bacul kerana tidak dapat bersaing dengan bukan Melayu padahal merekalah yang telah mencuri dan merampas hak orang Melayu sehingga institusi seperti Mara, Tabung Haji, Dewan Perniagaan Melayu, Khazanah Malaysia, Teraju dan sebagainya semua mahu di kacaunya atas alasan salah urus dan korupsi.
    Wahai orang Melayu, bangkitlah. Kuasai ekonomi Malaysia. Take control. Ambil kembali Tanah Melayu ini. Pertahankan kedudukan keistimewaan kamu. Pertahankan agama serta Raja Melayu. Ambil kembali hak kamu yang telah dirampas oleh bukan Melayu. Ayuh inilah jihad ekonomi yang kita perlu perkasa kan agar kita akan sentiasa dihormati dan disegani.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita akan tetap mempertahankan islam, melayu dan raja2 dengan nyawa tapi jangan kita kita menjadi zalim pula.

      Tugas kita sekarang antara kita islam dan melayu banteras dgn sekuat2nya salah guna kuasa aka rasuah dan kroniysm antara kita umat islam. Kalau anak pun bersalah tetap hukum setimpalnya.

      Padam
    2. Saya tak kata kita perlu bersikap zalim. Saya kata kita perlu "kita jaga kita". Kita tidak lagi boleh mengharap simpati atau khidmat kaum lain lagi.
      Orang Melayu perlu berdikari dan merdeka dengan kata merdeka yang sebenar.

      Padam
    3. orang yg mcm nuar tu gila kuasa dia bkn kira islam dan melayu porak peranda yg dia tau gila naknjadik p.m

      Padam
    4. MALAYSIA AKAN JADI NEGARA ZIMBABWE JIKA TERLALU PENTIINGKAN KAUM TERTENTU. DISEBABKAN MUGABE MENGHALAU ORG2 PUTIH DARI BUMI ZIMBABE, AKHIRNYA EKONOMI ZIMBABWE MERUDUM TERUK! KITA HARUS TERIMA MAYSARAKAT MAJMUK SEPERTI MANA DI NEGARA LAIN. INGAT, JGN JADI SEPERTI AMERIKA DISEBABKAN KEMATIAN SEORANG KULIT HITAM OLEH POLIS BERKULIT PUTIH, NEGARA BERKENAAN MENJADI KUCAR KACIR. ADAKAH KITA AKAN JADI ISRAEL KEDUA SEPERTI MANA MEREKA MENGAGUNGKAN KAUM YAHUDI DENGAN MENINDAS ISLAM?! ADAKAH KITA SANGGUP JADI SEPERTI INDIA YG MENINDAS MINORITI MUSLIM!? INGATLAH, KEEGOAN ININ MENYEBABKAB NEGARA KITA AKAN HANCUR!!!

      Padam
  2. Apa pun suku kaumnya tk jadi masalah yg masalah kaum mana yg bnyk rasuah yg bnyk penyalah gunaan kuasa..melaysia negara yg harmoni yg terdiri dri pelbagai bangsa dan budaya jgn la suka menuninding jari dgn org lain klu memang itu salah diri sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangsa bukan melayu hulur kepada melayu dua dua salah. Yang menghulur jangan syok sendiri merasa terlepas patut di hukum sama berat dengan penerima.

      Padam
    2. Wah kau ingat DAP tak rasuah ke? Kes terowong apa cerita? Kes Tanjung Bungah apa cerita? Kes jual IC apa cerita? Banyak lagilah. L

      Padam
  3. Korang dengar tak betapa biadapnya kenyataan Xavier Jayakumar?
    Sila dengar laporan Reggie Jessie Rithauddin. Member dah geram kat lahanat DAP sekor ni. Ini menguatkan lagi statement saya di atas.

    BalasPadam
  4. Dalam keadaan kain kafan sedang ditenung untuk kita semua, atuk masih lagi tak ubah kegilaan untuk berkuasa semula. jawatan Pm seperti mainan sahaja. Patut dan cantik titah agung harini.Jelas kecuali ada yang bebal dan bodoh sahaja pekakkan telinga

    BalasPadam
  5. Bila aku baca ni baca kat sini kekdudukan kerusi MADEY kat MANA..cuma tertanya-tanya penyokong MADEY tak sedar-sedar lagi ke? Mata Celik tapi hati BUTA dah ke?

    https://novandri.blogspot.com/2020/05/akhirnya-sebab-sebenar-kerajaan-ph.html

    BalasPadam
  6. Jaman tun mustapah sabah paling kaya dalam Malaysia jaman berjaya lima tahun sahaja terus mejadi negeri paling miskin dalam Malaysia jaman tun.m dengan datu haris Saleh harap2 rakyat sabah buka mata

    BalasPadam