Header Ads

Header ADS

Kekecohan Politik Bakal Terjadi Lagi



1) Kekalutan semasa Langkah Sheraton adalah berpunca daripada PH sendiri. Ia adalah rentetan daripada krisis dalaman PKR dan 'pemberontakan' PPBM. Kemusnahan kerajaan PH disempurnakan oleh perletakan jawatan YAB Tun Mahathir sebagai PM-7.

2) Krisis dalaman PKR bukan benda baru. Team kartel dalam PKR sudah lama disebut-sebut sejak sebelum PRU14 lagi. Walaupun sudah berpakat dan memenangi PRU14 membentuk kerajaan, dapat jawatan menteri juga, tetapi krisis dalaman PKR terus membarah.

3) Beberapa insiden pergaduhan sehingga ada insiden berdarah dalam pemilihan dan paling teruk semasa kongres PKR di Melaka - sudah cukup membuktikan betapa parahnya krisis dalaman PKR. Ia adalah tanda kegagalan Presiden parti mengurus krisis dalaman parti.

4) Manakala PPBM pula, kita sudah kerap beritahu bahawa ideologi PPBM adalah berbeza dengan parti-parti ain dalam komponen PH. Jiwa PPBM adalah jiwa konservatif, manakala jiwa PH adalah umumnya liberal. Penganalisis rata-rata sudah lama jangka, hubungan PPBM dalam PH tidak akan lama. Ia hanya bom jangka, dan nyata ia terjadi.

5) Jadi, jika anda menyalahkan UMNO dan PAS dalam Langkah Sheraton, ia adalah salah satu cara anda tak mahu mengaku salah dan tak mahu mengaku kegagalan sendiri mengurus parti dan pakatan, sehingga berlakunya pengkhianatan.

6) Tiada istilah musuh khianati kita. Musuh memang dah kerjanya melawan kita, memang nak jatuhkan kita. Kita tak jatuh pun kalau pihak kita sendiri tak khianat. Pengkhianatan adalah datang daripada pihak dalaman kita sendiri.

7) Jadi, Langkah Sheraton adalah kekalutan yang berpunca daripada PH. Seterusnya, sidang parlimen 18 Mei nanti juga dijangka akan berlaku kekecohan politik sekali lagi. Puncanya adalah PH juga. Politiking PH tidak dapat lari daripada membuat kecoh, lepas tu salahkan pihak lain.

8 ) Undi tak perchaya jika berjaya sekalipun, kerajaan PH 2.0 yang bakal dibentuk adalah sangat tidak stabil. PH 2.0 tidak akan stabil seperti PH1.0 lagi. Bila-bila masa juga boleh tumbang atau ditumbangkan. Sampai bila rakyat dan ekonomi negara akan hadap ketidakstabilan ini?

9) Langkah terakhir adalah pembubaran parlimen. Tetapi tiada seorang pemimpin PH pun yang berani menyuarakan pandangan untuk pembubaran parlimen sebagai langkah yang berkesan untuk tamatkan krisis politik ini. Masih teguh memegang kata-kata "kami ada mandat rakyat".

Sekian


Dr Tanaka Mustafa





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. TERBAIK DARI DR TANAKA...TAPI KERANA GILA BADI DAN SAKA KUASA DARI PENTINGKAN MASLAHAT RAKYAT PARA PEMIMPIN DAN PENYOKONG SENTIASA ADU DOMBA HASUT DAN FITNAH HINGGA KE LUBANG KUBURRR

    BalasPadam
  2. Nak jilatpun jangan lah sampai hilangkan maruah diri

    BalasPadam
  3. قُلِ الْحَقَّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا

    “Katakan kebenaran, sekalipun itu pahit”.


    Seharusnya sesiapapun yang dijulang selaku pemimpin perlu insaf perihal peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila Allah menghimpunkan manusia yang terdahulu dan yang kemudian pada hari kiamat, tiap-tiap orang yang khianat akan diangkat satu panji-panji yang boleh dikenali ramai. Dikatakan kepadanya, Inilah pengkhianatan pulan bin pulan...”(Hadis riwayat Imam Muslim)

    Jika rakyat tidak mampu menghalang pemimpin yang melakukan khianat, maka lakukan lah dengan membenci mereka@bukan menyokong, kerana kerja yg mereka lakukan itu adalah bersifat Fasiq.
    (Tuan Guru Nik Abdul Aziz)

    Haram gajinya bila YB yg dipilih rakyat melompat keparti lain.
    (YB Uztad Nasruddin Tantawi@ulama pas)

    #janganjemuuntukberiperingatan.

    BalasPadam
  4. Betapa hebat pemimpin liberal sehingga rakyat sanggup beri mandat?

    BalasPadam
  5. Muhyidin,Zahid Hamidi jiwa nasionalis.Mahathir M jiwa sekular.Mat Sabu jiwa syiah.Anwar Ibrahim jiwa liberal.Lim Kit Siang kafir Harbi.Hadi Awang Islamis.Saandai nya bapak kalian mati siapa kah diantara mereka ini kamu pilih sebagai Imam solat jenazah.Kalau pilihan kamu tepat.aman lah negara kita ini.Tersilap pilih.Orang Islam akan jadi pencacai.

    BalasPadam
  6. INSHAAALLAH kerajaan PN akan terus kekal dn buatlah apapun usul kjaan PH tak mungkin lg kembali... Rakyat tahu menilai yg mana kaca dn yg mna intan..
    Kilauan palsu selama 19 bulan memerintah itu sudah cukup memilukn hati rakyat....

    BalasPadam
  7. bukankah kita berada di pintu gerbang,(kiamat/kecil-kiamat/besar)!

    BalasPadam
  8. dunia ahkir zaman benar dikatakn salah,salah dikatakn benar

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.