Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa Dewan Rakyat bersidang sehari tanpa bahas…


Pada mulanya, saya menjawab satu-satu email yang dihantar dengan berkata saya tidak ingin masuk campur isu ini dan hanya akan membuat rungkaian menerusi satu sesi live 9 malam Sabtu ini, bersamaan 16hb Mei 2020, menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI).
Saya memberi alasan bahawa selagi sidang live saya tidak diadakan, saya ingin senyap terus kerana perkara ini perlu dirungkai secara audiovisual, bukannya bertulis bagi mengelakkan salah faham dan salah tafsir.
Tetapi saya didesak juga oleh segelintir individu yang berkata adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi penjelasan memandangkan saya melabelkan diri saya sebagai seorang “pejuang kebenaran” yang sentiasa cuba menangkis propaganda tanpa memihak kepada sesiapa.
Justeru, selepas memikirkan perkara ini semasak yang mungkin, saya memutuskan untuk memberi pendapat ringkas saya di sini tanpa prejudis dan tanpa memihak kepada sesiapa dan tetap akan adakan sidang live 9 malam sabtu ini bagi membuat rungkaian lebih mendalam, termasuk factor-faktor politik yang terlibat.
Dengan ini, berikut merupakan tafsiran saya berhubung kenyataan Speaker Dewan dan dakwaan Mahathir yang terbaharu berkenaan persidangan parlimen yang bakal diadakan:
1. Orang yang paling berkuasa ketika Dewan Rakyat bersidang ialah Yang di-Pertua dewan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Speaker”).
2. Hal-hal berkaitan pelantikan Speaker terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, manakala kuasa-kuasa yang ada pada Speaker terkandung terutamanya dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat (Standing Orders of the Dewan Rakyat) yang lebih tertumpu kepada kuasa-kuasa Speaker ketika dewan bersidang.
3. Untuk makluman, tugas utama Speaker adalah menentukan bila sidang Dewan harus dibuka dan ditutup, di mana beliau boleh menangguhkan persidangan untuk jangka waktu yang singkat jika perlu.
4. Speaker juga bertanggung jawab untuk memastikan Perlembagaan dan Perintah Tetap Dewan diberikan penghormatan yang sewajarnya, mendisiplinkan anggota Dewan, menentukan siapa yang akan diberi laluan untuk bercakap selama persidangan, mengadakan pemilihan-pemilihan yang berkaitan dan memeriksa kuorum ketika Dewan bersidang.
5. Speaker hanya mengambil bahagian dalam undian apabila undian berkenaan tidak ada majoriti nyata
6. Ada pihak yang mendakwa Speaker mempunyai kuasa lampau yang menjadikan fungsi dewan kurang demokratik, seperti kuasa prerogatif untuk menentukan had bagi soalan tambahan semasa sesi pertanyaan, kuasa prerogatif untuk menyekat pembentangan pertanyaan pada sesi berkenaan dan kuasa untuk meminda salinan ucapan bertulis yang dibuat oleh anggota Dewan.
7. Manakala itu, Dewan Rakyat merupakan salah satu daripada dua dewan di dalam Parlimen Malaysia,di mana semua rang undang-undang perlu diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.
8. Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat.
9. Status Dewan Rakyat pula diterangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: “Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat.”
10. Kuasa memanggil dewan bersidang dijelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong.
11. Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan dari tarikh terakhir persidangan terakhir berlalu tanpa ada tarikh tetap untuk sesi seterusnya, di mana sekiranya dewan gagal bersidang selepas tempoh ini, parlimen akan bubar secara otomatik.

12. Justeru, persidangan 18hb Mei ini dilihat sebagai formaliti semata-mata bagi mengelakkan parlimen daripada bubar, sekaligus bermakna pihak kerajaan tidak ingin parlimen bubar atau tidak bersedia hadapi pilihan raya atas sebab-sebab tertentu.

13. Atas dasar inilah pada hemat saya sidang 18hb Mei ini dihadkan tempohnya selama satu hari.
14. Dengan meletakkan had ini, persidangan selanjutnya boleh secara tiba-tiba ditangguh selama enam bulan lagi atas alasan-alasan tertentu sekiranya penangguhan itu difikirkan perlu atas dasar keselamatan negara dan rakyat jelata.
15. Sebagai contoh, Majlis Keselamatan Negara boleh secara tiba-tiba menasihati kerajaan untuk menangguhkan 15 hari persidangan dewan yang dijadualkan bermula pada 13hb Julai 2020 atas dasar ancaman yang dibawa oleh wabak Covid-19.
16. Kerajaan secara lazimnya akan menetapkan urusan-urusan yang difikirkan perlu untuk dibahaskan dan dibincang dalam dewan, di mana urusan-urusan ini akan terkandung dalam Kertas Aturan Urusan Mesyuarat dan lazimnya diberi keutamaan.
17. Tetapi saya fikir adalah tidak wajar bagi kerajaan menetapkan agar dewan tidak mengadakan perbahasan atau mesyuarat selepas mendengar ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong pada hari pertama persidangan, walaupun perkara ini tidak melanggar mana-mana peraturan dewan ataupun peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
18. Memandangkan dewan akan hanya bersidang selama satu hari sahaja, dan memandangkan ada risiko persidangan-persidangan selanjutnya ditangguh selama enam bulan disebabkan ancaman wabak Covid-19, maka adalah tidak masuk akal jika Dewan tidak dibenarkan mengadakan sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong.
19. Belum ada lagi sebarang hujah yang dikemukakan oleh mana-mana pihak bagi menjelaskan secara rasional dan munasabah justifikasi keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan dewan bermesyuarat selepas ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong.
20. Jika keputusan ini dibuat berdasarkan faktor keselamatan disebabkan ancaman jangkitan Coronavirus, maka ianya tidak masuk akal memandangkan kesemua ahli parlimen sudah akan berada dalam dewan ketika mendengar ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong dan sudah akan terdedah kepada sebarang bentuk ancaman Coronavirus pada ketika itu.
21. Melainkan keputusan ini adalah keputusan yang bersandar kepada faktor keselamatan negara, saya berpendapat, kedua-dua Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Majlis Mesyuarat agak samar dalam situasi sebegini dari segi kuasa-kuasa yang ada pada Speaker.
22. Ini memandangkan Dewan Rakyat merupakan platform bagi membuat undang-undang dan membincangkan polisi kerajaan serta isu semasa melibatkan kebajikan rakyat secara am menerusi satu proses pemerincian yang wajib melibatkan perbahasan dan pembentangan soalan.
23. Tanpa adanya ruang perbahasan dan pembentangan soalan disebabkan perintah yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak, maka satu-satu persidangan Dewan Rakyat tidak lagi diklasifikasikan sebagai “sidang Dewan Rakyat,” walaupun perkara ini terbuka kepada tafsiran pakar-pakar perundangan.
24. Saya perhatikan, kebanyakkan hujah sokongan yang dikemukakan oleh puak pro-kerajaan yang menyokong tindakan menghadkan sidang dewan kepada ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong adalah hujah yang tidak bersandar kepada mana-mana akta, peraturan majlis ataupun peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
25. Ianya lebih berupa “sokongan beremosi” semata-mata, sekaligus menyebabkan saya tidak ingin masuk campur dalam isu ini pada peringkat awal bagi mengelakkan berlakunya salah faham atau salah tafsir melibatkan mana-mana pihak.
26. Apa pun, saya tetap akan membuat rungkaian menerusi satu sesi live 9 malam Sabtu ini, bersamaan 16hb Mei 2020, menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI), di mana saya tidak akan memihak kepada sesiapa dan akan berhujah tanpa prejudis.
Wallahu A’lam
Raggie Jessy Rithaudeen


MR :  Mahathir guna kuasa Pengerusi cengkam BERSATU, PN guna kuasa Speaker cengkam Atuk


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Speaker sekarang boleh buat hal 18 mei nanti kalau tak kena gaya sebab dia asal dari kem ph. Jadi kena hati2. Tapi kalau dia buat hal terbukalah pekung puak pembangkang sekarang iaitu jelas mereka hanya pentingkan diri dan kuasa bukan kesejahteraan dan kesihatan rakyat.

    BalasPadam
  2. Raggie Jessy Rithaudeen...auta keling

    BalasPadam