Header Ads

ads header

Flash News

Khalid Samad tahu tak rakyat tidak memilih kerajaan atau PM


'Saya nak menegaskan ... bahawa usaha untuk mengambil alih kembali pentadbiran yang telah dirampas oleh Perikatan Nasional melalui tindakan khianat adalah satu usaha yang wajib ...' - Khalid Samad

Masih lagi yang tak faham-faham bahawa Malaysia walaupun mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, rakyat tidak memilih kerajaan atau PM. Rakyat di sesuatu kawasan hanya membuang undi bagi memilih wakil mereka untuk kawasan itu di Parlimen. Pemilihan wakil rakyat dibuat melalui perkiraan undi semasa PRU atau PRK, yakni calon mana yang mendapat undi terbanyak. Andaikan di kawasan X terdapat 100 orang pengundi. Andaikan juga semua pengundi hadir dan membuang undi yang sah semasa PRU atau PRK. Akhir sekali, andaikan 30 orang mengundi A dan 30 orang mengundi B manakala baki 40 orang mengundi C. Menurut sistem pemilihan yang diamalkan di Malaysia, C akan diisytiharkan sebagai wakil rakyat untuk kawasan X walaupun 60 orang di kawasan itu tidak mengundi C. Mau tak mau, itulah kaedah yang kita guna pakai selama ini, dan kaedah ini dikenali sebagai FPTP atau first past the post.

Kalau rakyat tidak memilih kerajaan atau PM tetapi rakyat di sesuatu kawasan hanya memilih wakil rakyat untuk kawasan itu menggunakan kaedah FPTP, jadi siapa yang memilih kerajaan atau PM? Jawapannya adalah wakil-wakil rakyat yang telah dipilih. Kalau di Parlimen sekarang, terdapat 222 wakil rakyat. Mereka yang akan menentukan siapa dipilih sebagai PM. Walaubagaimanapun, ada syarat-syaratnya. PM mestilah salah-seorang daripada 222 orang itu, dan yang paling penting, Yang di-Pertuan Agong hendaklah berpuas hati bahawa wakil rakyat yang dipilih sebagai PM itu mempunyai sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat yang lain.

Rakyat hanya boleh memilih wakil-wakil rakyat setiap kali PRU atau PRK diadakan di kawasan mereka. Namun wakil-wakil rakyat boleh memilih PM pada bila-bila masa, walaupun selepas Yang di-Pertuan Agong melantik seorang wakil rakyat sebagai PM. Sebagai contoh, Dr M, iaitu wakil rakyat kawasan Langkawi, dilantik sebagai PM pada tahun 2018 tetapi pada tahun 2020, TSMY, iaitu wakil rakyat kawasan Pagoh, pula dilantik sebagai PM. Rakyat tidak boleh membuat apa-apa apabila wakil rakyat mereka melompat parti dan menyokong pihak lawan. Satu lagi contoh, selepas sehari dua Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal pula dilantik sebagai Ketua Menteri negeri itu. Rakyat Sabah hanya boleh merungut.

Akhir sekali, siapa yang melantik anggota kabinet? Sudah pasti yang melantik adalah Yang di-Pertuan Agong tetapi lantikan dibuat berdasarkan nasihat PM. Menteri dan Timbalan Menteri boleh dilantik dalam kalangan wakil-wakil rakyat yang menyokongnya, wakil-wakil rakyat yang tidak menyokongnya, dan juga ahli-ahli Dewan Negara yang bukan dipilih oleh rakyat.

Pendek kata, (1) rakyat memilih wakil-wakil rakyat masing-masing semasa PRU atau PRK, (2) wakil-wakil rakyat tersebut pula memilih pada bila-bila masa salah seorang daripada mereka sebagai PM setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, dan (3) PM dari masa ke masa boleh memilih sejumlah Menteri dan Timbalan Menteri sebagai anggota-anggota kabinet kerajaan.

So, nampak tak betapa jahilnya Khalid Samad ini? Dr M meletak jawatan secara sukarela dan TSMY dilantik mengganti tempatnya, menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Tiada rampasan kuasa. Baca apa yang disebut oleh Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini:

'Dalam pertemuan itu, beta telah meminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak meletak jawatan, namun beliau tetap dengan keputusannya. Beta dengan hati yang sedih terpaksa akur dan menghormati keputusan beliau. Oleh yang demikian, beta bertanggungjawab untuk melantik seorang Perdana Menteri yang baharu seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan ...' - BH (https://www.bharian.com.my/…/agong-sudah-minta-tun-m-tak-le…)

Khalid Samad, kalau ya pun PH nak jadi balik kerajaan, tak payah buat PC. Tak payah hasut rakyat. Tak payah soal budibicara dan kuasa Yang di-Pertuan Agong. Tak payah tunggu sidang Parlimen Julai nanti. Hang kumpulkan sekarang juga sekurang-kurangnya 112 orang wakil rakyat yang menyokong Dr M atau DSAI sebagai PM. Jika hang berjaya, maka TSMY telah hilang sokongan majoriti, dan dalam keadaan itu, TSMY hanya mempunyai dua pilihan: (1) pohon kepada Yang di-Pertuan Agong agar Parlimen dibubarkan dan PRU 15 diadakan dalam masa 60 hari, atau (2) letak jawatan sebagai PM. Tapi jika hang tak berjaya, maka tutup lah mulut hang yang sial itu sehingga hang kumpulkan 112 orang wakil rakyat atau sehingga PRU 15 diadakan.


FB
DR. SHAMSHER SINGH THIND

P.S. Aku tengok kadang-kadang Bossku pun suka share pos aku, sebab itu aku tak berani nak mencarut. Tapi kalau cakap pasal Khalid Samad dan tak mencarut, pun kira tak boleh juga, kan? So, saya nak share frasa yang paling popular dalam bahasa Punjabi, iaitu Hun Farlo Tattay (sekarang boleh pegang buah pelir). Ertinya, it is too late, nak buat apa lagi, peganglah! Dan bila kita sebut frasa ini, kita kena buat gesture macam Khalid Samad buat ini. Itulah kerja dia sekarang.

MR :  Kasar engkau main rupanya!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Bila Kerajaan dah stabil dan situasi COVID-19 makin terkawal..Atoq tetiba muncul kembali nak meminta hak-hak kononya kerana rakyat. Masa Rakyat tengah susah Atoq duk sibuk pikir kan anjakan ekonomi untuk Kroni-Kroni dia aje..Time Susah Atoq dan kuncunya buat Hal..bila dah semua agak terkawal..datang nak menjahanamkan apa yang rakyat dapat sekarang ke? Nak ambil balik semua bantuan kepada rakyat dan bagi kepada kroni-kroni Puaka Madey ke..

    Kalau rakyat Malaysia masih tak faham lagi dan Mahu bersekongkol dengan PUAKA2 MADEY tak tahu nak kata macam mana.. ALLAH dah tarik Nikmat semasa PH memerintah..ALLAH bagi balik NIKMAT selepas PH jatuh..ni nak Mintak ALLAH tarik Balik NIKMAT yang di beri semula ke? PIKIR-PIKIR dan RENUNG-RENUNGKAN LAH. Esok Orang lain Yang bersama KRONI-KRONI MADEY dapat NIKMAT..rakyat Malaysia dan Orang Melayu Islam Malaysia dapat siksa AZAB dari MADEY DAN SEKUTUNYA.

    BalasPadam
  2. Khalid ni muka macam setan. Macam mana dengan duit suap dari setiausaha politik yang kena tangkap tu dah dapat ke?

    BalasPadam