Header Ads

ads header

Flash News

Kutuk adik kerana hanya mampu beli proton Iswara buruk, akhirnya...


Assalamualaikum & hi. Bila terkenangkan wajahnya, putih mulus dia. Kulit putih bersih yang diwarisi daripada arwah nenek.

Dalam adik beradik kami, dia saja yang istimewa. Saat dia baru lahir, saya bagaikan cembvru lihat betapa comelnya dia.

Rambut hitam lebat dia. Usia dia baru beberapa jam, dia sudah pandai senyum.

Senyum manis yang sampai kini membahagiakan hati orang sekeliling. Dia lahir tatkala usia saya 13 tahun.

Usia abah dan mak mencecah 40 tahun. Dia lahir tanpa diduga. Terkenang juga tutur bicara dia yang penuh kelembutan. Manja dia. Sopan santun dia.

Ketulusan hati dia. Bila terkenangkan dia, hati ini seakan dipaut dosa. Terasa banyak sungguh dosa dan salah saya terhadap dia.

Dia yang tabah. Dia yang luarannya manja, tapi di dalam tanpa di sangka keras dan padu.

Arwah abah tinggalkan dia saat dia masih di bangku sekolah rendah. Saat dia masih kanak-kanak..Tetapi dia sudah faham peritnya kehilangan.

Dia belajar menerima kehilangan orang tersayang di usia yang muda. Semasa saya di usia begitu, saya masih leka bermain dengan jiran-jiran sebaya.

Saya yang beruntung sempat merengek minta itu ini daripada seorang abah. Saya sempat mengekor abah ke sana sini.

Dia? Di usia yang muda dia merindui abah. Dia menangis sambil peluk kain pelikat abah saban malam.

Dia menginjak sekolah menengah, saya bawa dia jalan ke shopping mall. Sekolah buka bulan depan. Barangkali dia teringin nak merasa baju seragam sekolah baru.

Dia teringin mahu berganti seragamnya yang sudah lusuh kekuningan. Dia perhatikan baju jenama Canggih, saya perasan tindakannya.

Tapi dengan eg0nya saya cakap, kau ada duit ke nak beli? Dia geleng saja. Saya tahu dia mengharapkan saya bermurah hati mahu menaja pakaian sekolahnya.

Tetapi saya memilih untuk membeli pakaian anak saya yang masih bayi.

Meskipun masih banyak baju baru anak saya yang belum terpakai lagi. Baju anak saya yang sehelai harganya RM50.00.

Saya pentingkan diri daripada adik bongsu saya yang seorang itu. Dia mengekor saya berjalan, satu kedai ke satu kedai. Tanpa membeli apa-apa.

Bagi saya dia patut bersyukur saya sudi membawanya berjalan meskipun sekadar mencuci mata. Tapi hari ini, rasa menyes4l memagut hati saya.

Kenapa saya tidak belikan apa-apa untuk dia saat itu, sedangkan saya bukan tiada duit. Semasa saya bersekolah menengah, ar wah abah hantar dan ambil saya.

Adik saya, dia pergi dan balik naik bas sekolah. Jika ada tuisyen, dia akan naik bas lompat.

Perkara paling meruntun hati sampai ke saat ini adalah hari dia SPM. Sebab masa dia SPM tu cuti sekolah, maka tiadalah perkhidmatan bas sekolah.

Jadi dia terpaksa bawa motosikal ke sekolah yang jaraknya hampir sejam perjalanan. Tak pasti paper apa hari tu. Abang dan kakak ipar ada di rumah.

Pagi tu pula hujan lebat. Abang kami masih tidur. Kakak ipar pula menonton televisyen. Adik bongsu kami terkebil-kebil di muka pintu, sudah lewat ke sekolah, tapi hujan masih belum mahu berhenti.

Kakak ipar buat tidak tahu, abang masih tidur lena. Sedangkan mereka memiliki kereta.

Ibu hantar kepergian adik ke sekolah, memerhatikan dia meredah hujan dengan motosikal EX5 pusaka arwh abah dengan linangan air mata. Saya terbayangkan apakah perasaan adik saat memandu motosikal itu.

Dengan perit wajahnya dihent4m hujan yang bagaikan peluru tiada belas kasihan.

Dengan sejuk menggigil dalam bilik darjah menulis karangan, atau mengira-ngira demi peperiksaan yang penting dalam hidup rakyat Malaysia itu.

Dengan malu sesama rakan setingkatan bila dia sampai ke sekolah basah lencun, walhal kawan yang lain dihantar orang tua masing-masing.

Saat saya habis sekolah, saya selesa menganggur, luangkan masa bersama rakan sebaya. Menonton wayang, melepak di mall.

Minta duit abah bila rasa perlu. Tapi adik bongsu itu, saat habis sekolah ligat dia mencari kerja. Satu saja dia tahu, dia mahu bantu ibu.

Dia daftar lesen guna duit sendiri. Dari A-Z, dia uruskan sendiri. Kami tak tahu apa. Tahu-tahu dia dah pandai memandu kereta. Dia yang berdikari. Dia dapat keputusan SPM yang cemerlang..

Dia dapat sambung belajar di IPTA. Saat saya mahu menyambung belajar dulu, abah hantar saya, penuh barang saya dalam bonet kereta. Itu pun result cukup-cukup makan saja.

Saya sibuk bercinta monyet, sampai study entah ke mana. Saya sering berikan alasan, ibu dan abah berikan duit belanja tak cukup, tak seperti kawan-kawan kolej saya yang lain.

Pernah satu hari ibu menelefon saya, ibu bertanya saya, sudah makan? Saya jawab acuh tak acuh, nak makan apa, makan pasir. Duit pun tak ada. Sungguh, saya ego.. Saya luk4kan hati ibu.

Adik bongsu saya, dia uruskan semua sendiri. Dia naik bas sendiri, dia bayar yuran dengan duit yang dia kumpul semasa berkerja sebelum dapat sambung belajar.

Sikit habuk dia tak minta duit saya waima abang-abang kami yang kerja loaded. Dan mereka pun tak ambil tahu langsung tentang adik bongsu kami itu.

Dia tak ambil PTPTN, sebab belajar di kolej kerajaan. Makan free, ada dewan makan disediakan. Ibu bagi RM100.00 sebulan. Campur elaun dia RM200.00 sebulan.

Dia mampu balik jenguk ibu sebulan sekali, naik bas. Kami yang gaji ribu riban ni, bagi alasan takda masa nak balik. Takda masa, takda duit.

Adik buat part-time di kolej pada sebelah malam, jaga kedai runcit di kolej. Dengan duit tu dia survive hidup di rantau orang.

Ketabahan dia buat saya rasa malu saat terimbau kenangan zaman belajar saya. Saya tak habis – habis menyalahkan ibu dan abah yang gagal menyediakan kelengkapan saya, terutama duit belanja.

Saya rasa serba kekurangan dan acapkali membandingkan rakan sebaya yang rata-ratanya anak orang berada. Adik? Kehidupan dia lebih berliku daripada kami.

Tapi tak pernah sekali pun dia mengeluh dan menyalahkan sesiapa. Dia jadikan kekurangan itu sebagai cabaran.

Dia habis belajar, dia balik kampung. Rehat tak sampai seminggu, terus dia cari kerja. Rezeki dia, dapat kerja tempat lama dia semula. Jenis tak memilih.

Dia tak impikan kerja mudah, kerja duduk. Dia suka kerja yang mencabar. Abang-abang pula sesekali mencemuh. Belajar buat habis duit, kerja tak kena bidang.

Adik buat pekak badak. Bagi dia itu normal. Bersepah graduan yang senasib. Kira untung dia mahu juga bekerja, bukan duduk di rumah membela badan.

Ibu-ibu saudara pula sering membezakan adik dengan sepupu sebaya yang sudah mendapat kerja di sektor kerajaan. Adik buat pekak badak juga.

Bagi dia rezeki masing-masing. Kerja beberapa bulan, dia beli kereta. Pencapaian yang mengagumkan di usia yang muda.

Abang – abang kutvk lagi. Kereta kebal la, besi buruk la. Dia beli Proton Iswara. Mungkin tak setanding dengan Toyota Vios abang sulung.

Tak semewah Toyota Innova abang kedua. Tapi, kereta kebal tu yang saban minggu bawa ibu berjalan.

Yang lindung mereka daripada hujan panas. Yang bawa ibu melancong, macam abah selalu buat dengan ibu dulu.

Tapi anak-anak ibu yang lain sibuk dengan dunia masing-masing, takda masa nak bawa ibu ke sana sini.

Sekarang, adik bongsu yang manja itu ambil alih segala tugas kami. Masa saya baru bersalinkan anak kedua, adik datang melawat saya.

Dia memandu jauh, hampir 8 jam untuk berjumpa saya. Sekali lagi hati ini dipalit sesalan.

Saya yang lokek dengan dia, tak pernah sekalipun saya melawat dia semasa dia belajar di kolej dalam tempoh dua tahun itu.

Duit belanja pun tak pernah sekali pun saya hulurkan. Hari itu, dia membawa ibu melawat saya. Dia masakkan saya.

Dia jagakan anak sulung saya. Dia bawa anak saya ke mall. Dia belikan apa anak saya nak.

Malah setiap bulan dia akan kirimkan duit untuk anak-anak saya. Dia balas semua kezaliman saya pada dia dengan kebaikan.

Dan setiap kebaikan yang dia lakukan bagaikan merentap jiwa saya dengan rasa bersalah yang tidak berpenghujung. Bulan berganti bulan, dia mula berniaga kecil kecilan.

Bermula dengan menjadi dropship berniaga online di laman sosial, dia buka payung berniaga di pasar malam pula. Di laman sosial dia meniaga emas, di pasar malam dia menjual kosmetik.

Satu hal yang saya perhatikan, di usia yang muda, dia sudah mengumpul banyak emas. Dia beli emas sebab minat, sebab suka perhiasan.

Dia jual pun sebab minat. Saya rasa gembira lihat orang mengunjungi tempat dia berniaga di pasar malam.

Sampailah dia ambil keputusan untuk berhenti kerja dan berniaga saja sepenuh masa.

Dengan Proton Iswara itu lah dia berangkut barang jualan dia ke sana sini. Saya kagum dengan usaha dia. Di mana ada pasar malam di situ pasti ada payung dia.

Meskipun berdepan cabaran hujan, kadang-kadang ada hari kurang baik, payung ditiup ribut. Tapi dia tetap tabah.

Melihat jatuh bangun dia banyak mengajar saya tentang hidup. Mungkin Allah hantar dia dalam keluarga untuk mengajar kami adik beradik supaya bersyukur dengan apa yang kami ada.

Dia banyak mengajar saya untuk merenung semula segala kesilapan lampau yang pernah saya lakukan sebelum ini.

Anak-anak abang terutamanya selalu merungut bila balik rumah ibu. Rumah peninggalan arwh abah. Rumah opah mereka itu kotor. Geli. Dengan tikar getah terkopak sana sini.

Dengan bumbung yang bocor bila hujan lebat. Tapi semua dah berubah. Adik bongsu itu sudah gantikan lantai simen dengan lantai marmar yang cantik sempena hadiah hari lahir ibu.

Dia cat rumah, dia pasang sliding door. Dia buat semua diam-diam tanpa umumkan di group WhatsApp keluarga.

Hanya bila kami balik kami terkejut lihat rumah ibu sudah cantik. Barulah rasa terkesima. Rasa terpvkul dengan tindakan dia.

Kami yang gaji ribu-ribu tak pernah rasa teringin mahu cantikkan rumah ibu..Cuma pandai mengajar anak-anak merungut meluk4kan hati opah mereka.

Sedangkan adik bongsu kami itu yang kerja siang malam berpanas berhujan, demi menyelesakan kehidupan ibu.

Umur dia 24 tahun, dia bertemu jodoh dengan senior semasa menuntut di kolej dulu. Agaknya lama sudah bercinta. Bila ditanya kerja apa, jawabnya bela kambing.

Abang-abang kami gelak saja. Katanya adik bongsu itu sudah biang terlajak. Mereka ceramahkan adik bongsu, di suruh fikir masak-masak.

Nikah kahwin bukan hal yang boleh dipandang enteng. Mungkin mereka fikir adik pilih lelaki itu kerana rupa tampannya.

Dengan kulit putih kuning, janggut yang kemas dan rapi. Mata sepet persis kacukan cina.

Mungkin mereka tidak yakin kemampuan lelaki tersebut untuk membela adik. Tapi jawab adik apa? Kenapa baru nak risau.

Dia hidup selama ni ada abang-abang pedulikah? Susah senang dia ada abang-abang pernah ambil tahukah?

Kenapa bila ada lelaki mahu masuk meminang mereka risau? Akhirnya adik menikah juga dengan pilihan hati. Tak ada pelamin indah. Tiada bersanding merenjis bagai.

Cuma majlis akad nikah. Adik sangat cantik di hari pernikahannya. Meskipun tiada make up over, tiada pelamin besar dan megah. Tapi dia jamu tetamu dengan makanan mewah.

Tetamu balik senang hati. Mungkin benar, orang yang baik adalah untuk orang yang baik. Adik ikhlas dengan pilihan hati dia si usahawan muda.

Tidak seperti saya dulu. Berkahwin tidak kena dengan niat. Pilih lelaki kaya sebab nak hidup senang.

Hasilnya dapat lelaki yang panas baran. Jarang-jarang tak bertengk4r dalam sehari. Berbeza dengan adik. Dia pilih sebab ikhlas.

Dia kata jangan takut miskin bila kahwin dengan orang miskin..Rezeki Allah tu luas. Rezeki mereka selepas berkahwin melimpah ruah, daripada kambing ada 10 ekor, bertambah jadi beratus ekor.

Daripada ternak kambing, tambah pula ternak ayam kampung.

Daripada kandang kecil, dah ada ladang. Daripada kerja sendiri, sekarang dah ada pekerja. Adik pula tidak perlu bersusah payah membuka payung, dia dah mampu sewa kedai pula.

Tak perlu tunggu pasar malam baru nak berniaga, sekarang hari-hari dia boleh meniaga. Ulang tahun kelahiran dia baru-baru ini, suami dia hadiahkan dia Nissan Navara.

Itu pun saya lihat melalui video yang pekerja ladang suaminya kongsi di facebook. Rasa terharu lihat adik menangis atas dada suaminya sambil marah-marah sebab buat surprise, sebak barangkali kereta idaman sejak sekian lama ada di depan mata.

Sungguh, melihatkan semua itu buat saya belajar banyak perkara.

Dia layak bahagia. Dia layak dapat suami yang baik. Untuk semua kebaikan dia dan ketulusan hati dia, dia layak untuk semua kegembiraan dia pada hari ini.

Di sebalik kesenangan dia hari ini, dia pernah susah, pernah jatuh berkali-kali. Hari ini, dia miliki segalanya.

Hari ini baru abang-abang terasa bangga, terasa mahu berkongsi gambar wajah adik bongsu mereka di laman sosial. Memang dunia begitukah?

Bila kaya, bila berduit baru layak disayangi. Bila miskin dan hina, dipandang sepi bagaikan hidup ini tiada putaran. Tapi adik bijak. Dia tahu siapa yang ada bersama saat dia susah dahulu.

Siapa yang buang saat dia tak punya apa-apa. Bila dia dah senang begini baru terbuka mata orang sekeliling. Baru mak saudara berhenti membanding.

Agaknya kalau adik masih pakai Iswara, berkompang mak saudara kami bandingkan dengan sepupunya yang baru beli Myvi 2018.

Dunia, dunia. Saat ini kalau boleh saya mahu putarkan masa..Saya mahu belikan dia baju sekolah.

Saya mahu tebus semula salah silap saya..Saya mahu berikan dia lebih perhatian dan kasih sayang selayaknya. Saya lelah hidup dalam sesalan..

Walaupun adik tak pernah sekali pun bangkitkan, ungkit hal itu. Mungkin dia sudah move on.

Atau memang dia tak mahu mengenang kepahitan lalu. Harap admin siarkan confession ini supaya kita dapat sama-sama ambil pengajaran.

Semoga kejayaan si bongsu dapat inspirasikan orang di luar sana.. Untuk adik, Fatin Inani.

Kakak minta maaf untuk segala salah silap kakak..Kakak doakan adik dilimpahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat..

Hargai adik anda

– Kakak Yang Menyesal

#sumber

MR :  Allah mengatur kehidupan, jangan sombong kerana atas kesombongan tak ada sesuatu pun manafaat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


22 ulasan:

  1. Syahdunya coretan kisah adik beradik.Sememangnya diakui ujud hingga skrg.Syabas kpd adik yg tabah walaupun dia seorang wanita.Hendaknya kejadian begini tdk berlaku lagi kepada generasi skrg dan akan dtg.Saya akui abng,kakak saya pun x ngam dgn saya sebab x hulur sikit duit gaji pd mereka.Klu hulur,saya akan disanjung le.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya kereta ni banyak buang duit. Lebih baik sewa kereta, pakai Uber atau naik MRT.

    BalasPadam
  3. Saya masih lagi guna proton 12V berumur 30 tahun walaupun dah punya kereta lain. Tiada masaalah besar dan dalam keadaan standard tiada masaalah mengekori vios atau honda city di highway LPT dan bila jeling pada meter.. Maximun 180 kmh. Hanya bumbung dah ada tompok berkarat dan tembus beberapa tempat.13 tahun dulu saya biasa berulang alik dari Kuala Terengganu ke kuala lipis dan pulang ke Kuala Terengganu . Memandu 13 jam dan berhenti hanya solat dan isi petrol.Sesiapa yg pernah melalui jalan Jerantut Lipis atau Benta taulah bagaimana jalan seperti ular kena palu

    BalasPadam
  4. Sesal dulu pndptn,sesal kmudian tk guna

    BalasPadam
  5. Jangan sesekali menghina kekurangan orang lain apatah lagi saudara sedaging

    BalasPadam
  6. Aduhhhh..... touching jugak story Akak menyesal ni...!!biasa laa....Penyesalan selalu datang di akhir sebuah kehidupan...!!
    Si Bongsu,yg termakan hati dgn sikap² Abg&kakak...pedih Wey,bila kita di pandang rendah...oleh adik beradik beradik sendiri.. sepatutnya,yg menjadi Backup paling kuat di belakang...
    moga si bongsu dlm lindungan Allah SWT.

    BalasPadam
  7. Tulisan amat jujur

    BalasPadam
  8. Sedih juga perasaan ini sedikit sebayak terkena juga pada kita,,,,

    BalasPadam
  9. kaseh ibu bawa kasurga kaseh saudara sesudah kaya kaseh Allah banyak hidayat ye .

    BalasPadam
  10. Baca mula2 ingat ke adik tu lelaki tabah sangat,,rupanya perempuan hebat ah

    BalasPadam
  11. Mata masuk habuk pulak..hiissssh.. mana tisu ni..

    BalasPadam
  12. Satu peristiwa yang amat menyentuh perasaan.sama2 kita doa kan semuga kehadiran AHMAD ALBAB Nanti memberi REZEKI yang lebih baik INSYAALLAH

    BalasPadam
  13. Tabik.. Ingat lelaki tapi pompuan... Rasanya dia berjaya selain kerana berusaha tapi juga disebabkan keberkatan kerana menjaga ibunya...

    BalasPadam
  14. Itulah wey..... Namanya Barakah...yang jarang orang Cuba memahami..

    BalasPadam
  15. Aku teringat kisah aku hantar anak aku belajar di Sekolah Agama bapa aku tak setuju sepupu aku juga tak setuju sebab dia kata esok dah tamat sekolah nak kerja apa , alhAlhamdulil besarnya nikmat Allah anak aku kedua dua berjaya sampai ke menenara gading dengan ijazah masing-masing seorang bekerja dengan Sappura seorang lagi kerja sendiri buka syarikat Alhamdulillah.

    BalasPadam
  16. Banyak berbakti dgn mak dia, patut la kaya.kereta tu lambang kapapaan naik motor pun boleh.

    BalasPadam
  17. Sapa potong bawang..kan dah berair mata den..

    BalasPadam
  18. Apa nak hairan, anak bongsu memang kena macam tu, diperlekeh dari sejak kecil. Sebab apa? sebab yang sulung, yang tengah dah sampai dulu. Dari mengaji al-quran tak lancar, sekolah tak tamat, lepas sekolah tak de kerja, tak de rumah sendiri, tak kenderaan, tak de pasangan hidup. Itu semua aku dah kena "bully".
    Aku sendiri anak bongsu dari 7 beradik, dengan jarak yang sulung 15 tahun dari aku. Memang dia tamat universiti luar negara, dia ada kerja, aku tak de, terpaksalah buat muka kesian, kut-kut dia nak taja pakaian aku, kasut sekolah aku.
    Tak payah cerita panjanglah, itu dulu. Sekarang aku ada kerja tetap, Gaji tak banyak 8,600 sebulan. Kereta vios, motosikal superbike, rumah teres ada 2, ada pasangan hidup, barulah muka adik beradik yang lain tu muncul.
    Masa tu, baru nak ngaku saudara, tanya khabar, kenapa lama tak jenguk diaorang? apa nak pelik, kalau susah sapa nak ngaku saudara!

    BalasPadam