Header Ads

ads header

Flash News

‘Langkah Rawang’ selepas Aidilfitri, Armand dakwa Anwar mahu jadi MB Selangor


KUALA LUMPUR, 22 Mei
— Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah mendakwa wujud usaha untuk mengangkat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari.

Armand yang memuat naik kenyataannya kepada sebuah media di Instagram mengakui menerima maklumat tersebut daripada sumber dalaman PKR.

Jelasnya, usaha yang dinamakan sebagai ‘Langkah Rawang’ itu berkemungkinan besar akan dilakukan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

‘Langkah Rawang’ akan menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chua Wei Kiat terpaksa melepaskan kerusi kawasan itu kepada Anwar.

“Persoalannya, apa pendirian Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berhubung ‘Langkah Rawang’ ini. 

“Bagaimana pula dengan kesediaan Adun Rawang Chua Wei Kiat untuk melepaskan jawatan yang baru disandangnya selama 24 bulan untuk memberi ruang kepada Anwar bertanding di sana,” katanya.


MR :  Patut ada MP PKR keluar parti


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. 1.Langkah Permatang pauh
    2. langkah kajang
    3. Langkah port Dickson
    4. kalu jadi - Langkah Rawang
    5. Pasti jadi - Langkah ke lubang kubur
    Berapa banyak wang negara nak dihabiskan kerana seorang atuk? Jom kita laungkan, selamat negara daripada kleptoktasi,perompak duit negara,jom reformasi...Semuanya kelaut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Kita dah tak mau wang rakyat habis gara2 mereka.

      Padam