Header Ads

ads header

Flash News

Lebai Mula Membalak Di Kedah


1) Kita guna berita Malaysiakini. Cherita dia camni.

"Pada Mac tahun lalu, kerajaan negeri pimpinan PH membatalkan semua konsesi balak di Ulu Muda bertujuan memulihara khazanah alam, walaupun terpaksa kehilangan hasil PULUHAN JUTA melalui aktiviti pembalakan."

2) Kemudian...

"Adalah difahamkan terdapat 40 konsesi balak yang membuat tuntutan ganti rugi susulan arahan pemberhentian semua aktiviti pembalakan tahun lalu."

3) Berapa tuntutan tersebut?

"Kerajaan negeri Kedah sedia mempertimbang membuka semula konsesi balak daripada membayar tuntutan saman hampir RM1 bilion yang dikemukakan syarikat pembalakan sebelum ini, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor."

4) Mudah nak faham, PH batalkan konsesi balak walaupun terpaksa kehilangan puluhan juta. OK, itu pengorbanan. Tapi setelah itu bakal disaman 1 bilion pula. Daripada kehilangan puluhan juta, bakal hilang pula 1 bilion.

5) Kenapa nak disaman 1 bilion? Tahun lepas, pihak industri kayu Kedah telah buat gesaan supaya kerajaan negeri (PH) tidak menutup aktiviti pembalakan (selepas menggazetkan kawasan tadahan air), kerana industri kayu bakal kehilangan RM1.8 bilion akibat penutupan itu.

6) Jadi kerajaan negeri sedang pertimbang untuk buka semula pembalakan, sebagai ganti kepada saman 1 bilion tersebut. Ayat mudahnya, lebih baik buka semula pembalakan yang hanya bernilai puluhan juta daripada hilang 1 bilion duit rakyat untuk bayar saman kelak.

7) Untuk kemaslahatan Alam Sekitar, PH memilih untuk hentikan pembalakan. Manakala kerajaan baru PN Kedah tidak lah mahu membatalkan kawasan tadahan air yang telah digazetkan kerajaan PH. Kerajaan PN Kedah bakal mencari kawasan baru yang mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan.

"Selepas ini kita akan dapat kebenaran Jabatan Perhutanan supaya kita mematuhi peraturan, kawasan sensitif berhampiran kawasan tasik, empangan yang berpotensi untuk menghasilkan pencemaran mengganggu penduduk tidak akan diusik,"

8 ) Kena ada win-win situation antara kerajaan negeri dengan pihak-pihak yang berurusan dengannya yang sah mengikut undang-undang. Baharulah orang akan respect polisi kerajaan negeri.

"Mereka sudah bayar premium, jadi tak adil untuk mereka. Saya tidak boleh lari daripada keputusan (pembatalan konsesi) kerajaan yang sudah ada ikatan undang-undang, namun perkara ini boleh diselesaikan," katanya

Sekian

Dr Tanaka Mustafa

p/s: Mahacai sedang main isu... berapa tauke balak bayar sampai nak buka semula tu? Spesis baca tajuk, memang macam tu.


MR :  MB jangan ghairah nak bercakap dengan pemberita


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:


  1. "Pada Mac tahun lalu, kerajaan negeri pimpinan PH membatalkan semua konsesi balak di Ulu Muda bertujuan memulihara khazanah alam, walaupun terpaksa kehilangan hasil PULUHAN JUTA melalui aktiviti pembalakan."


    PERSOALAN BESAR:

    Bukankah ini menunjukkan KERAjaan PH Kedah yang sengaja memberi konsensus balak kepada pihak berkaitan di Ulu Muda walaupun tindakan tersebut diketahui akan mengancam kawasan tadahan hujan di Ulu Muda ?

    Bukankah ini tindakan KERAjaan PH Kedah yang tidak bertanggung-jawab ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:


      Bukankah ini menunjukkan KERAjaan PH Kedah yang sengaja memberi konsensi balak kepada pihak berkaitan di Ulu Muda walaupun tindakan tersebut diketahui akan mengancam kawasan tadahan hujan di Ulu Muda ?

      Padam