Header Ads

ads header

Flash News

Macai PH memang bodoh, cari dan jaja kononnya salah PN, diri sendiri terbuka nampak punggung dia orang tak sedar



Perintah mahkamah langsung tidak dihirau. Ini contoh "rule of law" kerajaan PH.

Pada tahun 2017, seorang jurutera yang bekerja di syarikat GCU Consultants direman oleh SPRM kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan RM1.5 bilion daripada dana projek pembangunan luar bandar di Sabah.

Seleweng RM1.5 bilion: Ahli Warisan ditahan SPRM
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/10/19/seleweng-rm1-5-bilion-ahli-warisan-ditahan-sprm/

Selepas PRU14, jurutera ini yang juga setiausaha bahagian Parti Warisan terus dilantik oleh kerajaan PH Sabah sebagai ketua Jabatan Air Sabah, iaitu jabatan utama yang disiasat oleh SPRM dalam kes penyelewengan RM1.5 bilion tersebut.

Alasan yang diberi oleh kerajaan Sabah kenapa dia dilantik dari luar untuk menjadi ketua Jabatan Air Sabah ialah "dia adalah jurutera air, orang Sabah dan pilihan betul."
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/12/amarjit-ialah-jurutera-air-orang-sabah-dan-pilihan-betul/

Pada bulan Oktober 2019, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan pelantikan jurutera itu adalah tidak sah dan melanggar undang-undang.

Pelantikan Amarjit sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah tidak sah
https://www.sinarharian.com.my/article/51294/EDISI/Sabah-Sarawak/Pelantikan-Amarjit-sebagai-Pengarah-Jabatan-Air-Sabah-tidak-sah

Namun, Ketua Menteri Sabah serta EXCO air Sabah mengarahkan jurutera itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah dan terus menjawat sebagai ketua Jabatan Air Sabah.

Tujuh bulan sejak Mahkamah putuskan jawatan dia haram, dia masih menjawat.

Hanya selepas Gagalkrasi PH tumbang, baru kerajaan PH Sabah mahu pertimbangkan untuk hentikan dia:

11 Mei 2020: "Ahli politik Warisan ketuai Jabatan Air Sabah jangka ditamatkan kontrak"
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/11/ahli-politik-warisan-ketuai-jabatan-air-sabah-jangka-ditamatkan-kontrak/

Oleh kerana perlantikan dia telah disahkan adalah haram, maka sebarang keputusan yang dia buat di Jabatan itu pada masa ini boleh juga diisytiharkan sebagai keputusan haram dan Jabatan Air Sabah boleh disaman.

Jelas sekali bahawa PH terang-terang melanggar keputusan Mahkamah dalam isu ini.

Tetapi Jabatan Peguam Negara dan Menteri Undang-undang PH tidak tuduh pemimpin-pemimpin PH itu menghina Mahkamah pula.

NGO-NGO pro-PH yang kononnya anti-rasuah dan mengamalkan "Rule of Law" turut membisu dan buat-buat tak nampak..



MR :  Kalau tak bodoh takkan penyokong PH memang jelas betul


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: