Header Ads

ads header

Flash News

Majlis Tertinggi UMNO sudah tolak cadangan penubuhan PN


KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat baru-baru ini sebulat suara menolak cadangan penubuhan Perikatan Nasional (PN) dan sebarang idea untuk menyertainya.

Ini kerana PN bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional (BN) sebaliknya penyertaan UMNO tidak lebih daripada persefahaaman dalam menyelamatkan Malaysia ketika krisis politik teruk melanda negara.

Menurut sumber kepada MalaysiaGazette, kepimpinan dalam UMNO sebenarnya sebulat suara menolak cadangan penyertaan atau penubuhan PN itu.

“Tidak ada kompromi dalam perkara itu. Semua tolak cadangan tersebut malah selama ini pun UMNO tidak pernah sertai PN seperti entiti politik BN. Semua tidak mahu.

“Kita akan adakan semula mesyuarat khas membabitkan kesemua ahli Parlimen dari UMNO dan juga pemimpin komponen BN dalam masa terdekat bagi membincangkan dan muktamadkan perkara ini.

“Ingat ya, UMNO adalah parti politik terbesar masyarakat Melayu untuk sekian lama dan ianya sangat terikat dengan semangat setiakawan antara gabungannya seperti MCA, MIC, PBRS.

“Kita tidak pernah ada apa-apa perjanjian dalam bentuk apa jua dengan PN jauh sekali antara PPBM dan GPS. Kita bersatu melalui satu persefahamaan selamatkan Malaysia dengan mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. UMNO berkorban demi rakyat dan negara.

“Tetapi setahu saya, pengamatan saya sememangnya tidak, tidak ada sesiapa yang berminat dengan penubuhan PN sebagai satu entiti politik atau gabungan seperti BN. Tidak mungkin impian itu akan menjadi realiti,” katanya.



Antara yang menjadi penyebab penolakan ini termasuklah isu-isu berkaitan pembahagian kerusi antara parti-parti persefahaman PN terutamanya parti Bersatu dan UMNO.

Ini termasuklah kerusi-kerusi tradisional UMNO yang kini sudah menjadi ‘milik’ Bersatu selepas wakil rakyat UMNO melompat ke parti tersebut sejurus selepas kalah pada Pilihan Raya Umum lepas.

Malah krisis dalaman politik Bersatu masih lagi menjadi tanda tanya dan ianya hanya boleh diselesaikan melalui pilihan raya parti yang sehingga kini belum lagi nampak tanda-tanda akan berlaku pada masa terdekat.



Baru-baru ini juga, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan lantang menegaskan, parti itu tidak pernah menyertai PN sebaliknya ianya hanya satu persefahamaan menyelamatkan Malaysia.

Secara mudahnya, ia adalah persefahaman untuk membentuk Kerajaan dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH dan tidak lebih dari itu, kata Mohamad.

Persefahaman itu berbeza dengan kerjasama politik UMNO dengan Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN) kerana kerjasama itu diurus secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional dan telah melalui pelbagai proses sumbangsaran termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung sebelum Piagam tersebut dimeterai.

Selain daripada Mohamad Hasan, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran juga melahirkan rasa tidak senang beliau dengan segelintir pemimpin mendesak supaya disegerakan penubuhan PN atau MN sebagai satu entiti politik berdaftar seperti BN.

Jelas Vigneswaran, tidak ada keperluan untuk begitu tergesa-gesa dalam cuba membubarkan BN dan menjadikan PN sebagai satu entiti poliitk ketika kini lagi-lagi dengan pelbagai kemelut serta krisis masih lagi tidak selesai sehingga kini. –MalaysiaGazette


MR :  Perkara seperti masih awal untuk menentukan sikap


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Jangan jadi bodoh sudah...
    Bahtera zaman BN UMNO dah tenggelam setelah 60tahun belayar...bahtera PH hancur setelah 22bulan dgn pentadbiran yg teruk...
    Adakah melayu mahu bahtera baru yg dtg menyelamatkan kerajaan malaysia hari ini tenggelam hanya kerana berfikiran politik semata2-ayuh berilah kesabaran pada muafakat nasional dan PN ..KERANA KERJASAMA INI MENGUNTUNGKAN SEMUA RAKYAT DAN KERAJAAN MALAYSIA.JGN SMPAI RAKYAT MELUAT BUAT SELAMA2NYA.

    BalasPadam
  2. besar kepala pulak umno ni..
    korang xsedar ke
    walau kau bnyak kerusi kat parlimen tp kau xleh berkuasa tanpa parti2 lain..
    xprnah nk menunduk..mendongak je keje kau..

    BalasPadam
  3. Besar kemungkinan...Sebeum Parlimen dibubarkan, mungkin tidak lama lagi, BERSATU akan menyertai MUAFAKAT NASIONAL dan selebihnya tinggal sejarah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umat Islam perlu bersatu padu dan kembali kepada Islam supaya umat Islam boleh memerintah negara dan membela hak Islam dan hak umat Islam yang telah dinafikan selama 22 bulan oleh puak kafir Harbi dan puak liberal.

      Padam
  4. Apa pun gabungan yang akan di ujudkan, aku berdo'a semuga DAP tidak lagi balek berkuasa. Ya Allah kukuhkan perpaduan Islam dan bumiputera di Negara Malaysia tercinta ini. Amiinn

    BalasPadam
  5. berubahlah UMNO. takyahlah angkuh bawa perangai lama.

    BalasPadam
  6. besar kemogkinan jg pn mengukir sejarah kerajaan terpendek hanayt nya.dlm politik semua serba mgkin🤣🤣🤣

    BalasPadam
  7. Belum apa2 dah cite kerusi. Lepas ni meja pulak. Tak masuk lagi sofa almari kabinet. Rilex la. Kerajaan TS Muhyiddin ni pon baru berapa bulan. Tak sempat nk fikir apa2 pon. Duk setel hal Covid. Ingat UMNO. Jgn sampai rakyat kembali meluat dah lah.

    BalasPadam
  8. UMNO cepat terlupa.

    YANG DIA TAK PUNYA KUASA DAH. PARTI PUN TERGANTUNG TAK BERTALI DAH.
    TAPI MASIH RASA DIRI HEBAT, GAH, DISOKONG.
    sedar la dari lena tu oii...

    BalasPadam