Header Ads

ads header

Flash News

Mampukah percaturan Mahathir kali ini berhadapan 2 musuh politik


Perjalanan politik anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad iaitu Mukhriz agak berliku baik ketika bersama di dalam Umno mahupun kini bersama Bersatu.

Dua kali Mukhriz gagal menamatkan tugasnya selaku menteri besar Kedah iaitu pada tahun 2016 ketika masih bersama Umno/BN dan kali ini bersama Bersatu.

Plotnya hampir sama dengan krisis yang berlaku pada tahun 2016. Beliau disingirkan Umno kerana penentangannya terhadap presiden Umno ketika itu Najib Razak.

Kali ini cerita sama juga berulang apabila beliau secara terbuka menentang kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Umno, PAS dan GPS.



Pada tahun 2016, Mukhriz bersama bapanya, Muhyiddin dan Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal secara terbuka mengkritik dan mendesak Najib yang juga perdana menteri ketika itu supaya meletak jawatan kerana dikaitkan dengan skandal 1MDB

Saya masih ingat lagi dalam satu jamuan makan malam sempen perhimpunan agung Umno tahun itu di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, Mukhriz di hadapan bapanya dan Muhyidin secara terbuka mengkritik kepimpinan Najib.

Najib pada masa itu tiada pilihan lain kerana enggan tunduk kepada desakan sesuatu perlu dilakukan dan tindakan mesti diambil.

Akhirnya semua mereka disingkirkan daripada Umno dan mereka membentuk Bersatu sehingga berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 9 Mei 2018.

Kali ini plot yang sama dengan skrip hampir sama, kerana bersama bapanya menentang Muhyiddin, sekali lagi Mukhriz hilang jawatan menteri besar.



Malah Mukhriz ketika sidang media mengumumkan peletakan jawatan secara terbuka menegaskan yang beliau berpegang teguh kepada pendirian ayahandanya untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Mukhriz bagaikan menjadi mangsa kepada percaturan politik bapanya.

Sebelum PRU-14 lalu "3M" Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz menjadi tonggak yang menentang kepimpinan Najib dalam Umno.

Boleh dikatakan majoriti rakyat cukup kagum kepada 3M ini ketika itu, namun situasinya agak berbeza selepas PH berjaya menguasai Putrajaya.

Mahathir sejarahnya memang terkenal dengan sikap suka berkonfrantasi dengan pemimpin Umno dan bekas perdana menteri.

Daripada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sehinggalah kepada Najib, semuanya tidak terlepas daripada menjadi mangsa Mahathir.

Kini giliran Muhyiddin pula menjadi mangsa kepada serangan Mahathir, dengan rasminya Mukhriz disingkirkan, maka perdana menteri perlu bersiap sedia untuk menerima serangan dan percaturan politik bekas perdana menteri dua kali itu.



Persoalannya apakah percaturan Mahathir kali ini mampu menjatuhkan Muhyiddin? Ini kerana Muhyiddin merupakan pengikut setia yang amat memahami percaturan Mahathir.

Ketika Mahathir mendesak bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi supaya berundur, Muhyiddin digunakan bagi menekan Pak Lah ketika itu, begitu juga ketika mendesak Najib, Muhyiddin juga turut digunakan.

Episod yang dilalui Muhyiddin kali ini tidak ubah dengan apa yang dilalui Najib ketika menjadi perdana menteri. Kemungkinan tekanan lebih kuat akan dikenakan terhadap Muhyiddin.

Cuma bezanya kali ini Muhyiddin bukan saja mendapat sokongan sebahagian pemimpin Bersatu, bahkan turut mendapat sokongan Umno termasuk Najib, PAS dan GPS serta kumpulan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Jadi, secara tidak langsung Mahathir kini mempunyai dua "musuh politik" yang perlu dihadapi iaitu Muhyiddin dan Najib untuk kembali ke tampuk kuasa.



Kali ini, Pakatan Harapan (PH) pula dijadikan "kenderaan" oleh Mahathir untuk mencapai matlamatnya dan mengembalikan PH ke tampuk kuasa.

Persoalannya, mampukah percaturan Mahathir kali ini untuk berdepan dengan dua musuh politiknya?

HASPAIZI ZAIN

MR :  Ada satu lagi yang tersembunyi Anwar Ibrahim


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Insyallah masa dan peluang tetap ada juara mandat rakyat ada di depan amin..PH

    BalasPadam
  2. PH mola2 jadi kera jaan dengan imej bersih yg kononya nak hapuskan rasuah dgn kera jaan kleptokrasi. Tapi lepas 22 bulan gagal uruskan kemenangan, akhirnya PH keluar sebagai kerajaan yang paling rasis, paling perkauman dan paling teruk, paling anti Melayu dan Muslim. Semuanya jadi malapetaka bila ada pemimpin DAP dlm kerajaan PH yg semakin besar kepala, biadap, angkuh dan rasis. melayu ph .. ceroi..

    BalasPadam